Hi! Harini Kak Bell kongsikan resepi kedua masakan Padang yang Kak Bell masak last week iaitu Gulai Ayam Padang. Kak Bell tak berapa pasti adakah sama kalau kita sebut masakan Padang tu juga masakan Minang. Menurut Cik Wiki, Minang tu actually merujuk kepada masyarakat Minangkabau (beragama Islam), singkatannya masyarakat Minang dan masakan mereka yang lebih dikenali dengan sebutan masakan Padang.
Dari pemahaman Kak Bell orang Padang adalah masyarakat yang berasal dari Padang, sedangkan orang Minang adalah orang yang memiliki darah Minangkabau. Orang Tiong Hua or India yang lahir di kota Padang bukanlah orang Minang. Ini dari segi pemahaman kak Bell lah. Kalau silap tolong betulkan ye. Tak kisahlah nama apa, yang penting resepinya sedap bila di makan. Hahaha.
Klik untuk resepi Daging Berlado.
Dalam menu orang Padang ini kebanyakkannya menggunakan bahan-bahan yang sama juga oleh kita. Salah satunya daun jeruk. Mula-mula dahulu Kak Bell pun pelik juga apa dia daun jeruk tu. Rupa-rupanya daun limau purut. Memang tak asing sangatlah sebab kat Malaysia pun bersepah masakan yang gunakan daun limau kan.
Kalau sekali tengok menu Gulai Ayam Padang ni tak jauh beza dengan Gulai Ayam biasa. Bahan-bahannya macam nak masak rendang pun ada cuma beza tak ada kerisik ajelah kan. Jom tengok bahan-bahannya.
Bahan A
1 ekor ayam
2 biji kentang
1 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 batang serai
1 kotak santan
Minyak Masak
Garam
Gula
Bahan B (bahan kisar)
10 batang cili merah
5 biji cili api
10 ulas bawang merah
6 bawang putih
1/2 inci halia
2 inci kunyit hidup(dikisar)
1 inci lengkuas
1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar B sampai naik bau.
3) Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai.
5) Masukkan garam, gula dan perasa jika suka.
Siap resepi Gulai Ayam Padang kita. Untuk lengkuas tu, kalau tak nak kisar sekali pun boleh. Cuma masukkan pada step no. 3. Bagi yang nak masakan lebih sedap, bolehlah gunakan santan pekat. So, memang terangkatlah masakan korang nanti. Oklah selamat mencuba!