Asam Pedas Ayam Johor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Asam Pedas Ayam Johor

Trending

Asam Pedas Ayam Johor

Di antara salah satu masakan popular yang paling digemari rakyat Malaysia adalah masakan asam pedas. Asam Pedas juga ada pelbagai jenis. Yang Kak Bell tahu, ada asam pedas Melaka dan asam pedas Johor. Negeri lain sis tak pasti. Untuk masakan asam pedas ini selalunya orang gunakan ayam, ikan pari, ikan mayong atau ikan baung. Nak pakai ikan tongkol atau ikan duri atau daging pun boleh. Ikut suka korang nak guna ikan paus pun. Hehe. Tapi ikan paus tu tak tahulah jadi ke tidak asam pedasya nanti. Semuanya bergantung kepada kehendak dan citarasa tukang masak lah gamaknya.


Untuk pengetahuan, asam pedas Johor ini tidak sama seperti asam pedas Melaka. Asam pedas Johor tidak menggunakan rempah seperti jintan manis, jintan putih dan halba. Bahan-bahan yang digunakan untuk asam pedas Johor ni memang sangat mudah. Nak cerita pasal versi asam pedas ni pun ada pelbagai, Kak Bell pun tak pasti mana resepi yang asli dan original. Mungkin orang Johor bolehlah komen dan beri pendapat.

Resepi Asam Pedas Johor ni, Kak Bell dapat masa berkongsi dapur memasak dengan kawan UKM tempohari. Resepi ini tidak menggunakan belacan, kunyit mahupun lengkuas seperti sesetengah resepi. Paling menarik resepi ini menggunakan sawi jeruk. Memang Kak Bell tak pernah cuba sawi jeruk ni dalam masakan. 


Klik untuk resepi Ayam Masak Borneo

Bahan A
1 ekor ayam
2 btg bunga kantan (dibelah 5)
Segenggam daun kesum
4 biji tomato
10 biji bendi
Sawi jeruk
2 sudu pes asam jawa
1 ketul gula melaka
Serbuk lada hitam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan B (blend)
30 tangkai cili kering (agak-agak)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai



Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan gula melaka. Tumis sehingga garing dan naik bau.
2) Masukkan ayam, daun kesum dan bunga kantan, gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3) Masukkan air secukupnya, pes asam jawa dan sawi jeruk. Kacau rata.
4) Perasakan dengan garam dan perasa jika suka
5) Kemudian masukkan bendi dan tomato dan tunggu sehingga ayam masak.
6) Masukkan sedikit serbuk blackpepper dan masak hingga kepekatan kuah yang bersesuaian.

TIPS!
  • Jika tidak mahu kisar serai, serai boleh dititik sahaja
  • Boleh tambah sedikit air sekiranya kuah agak pekat
  • Pastikan sukatan cili lebih banyak dari bawang dengan nisbah 1:3 untuk elakkan kuah pahit

Asam pedas yang sedap menggunakan lebih halia dan lebih minyak untuk menumis. Lebihan minyak tu, selepas masak nanti bolehlah di buang. Yang penting, bahan wajib ada ialah bunga kantan dan daun kesum. Barulah asam pedas namanya!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post