Terus terang Kak Bell bukanlah seorang yang meminati barangan 'bundle' tetapi tidaklah bersikap skeptikal terhadap peminat dan penggemarnya. Walaubagaimanapun, jika bercakap tentang hal berbelanja dan berjimat, sudah pastilah kedai yang menjual barangan bundle, pre-loved, murah dan berpatutan akan menjadi pilihan ramai orang.
Terdapat banyak pilihan kedai pre-loved yang menawarkan pelbagai dan seleksi barangan. Baru-baru ini, Kak Bell sendiri telah berkunjung ke Jalan Jalan Japan yang merupakan kedai yang menjual barangan pre-loved Jepun yang terbesar di Malaysia. Kak Bell berkunjung ke sini kerana ingin mencari baju-baju musim sejuk yang murah untuk edisi travel yang akan datang. Berikutan telah ramai yang memberi maklum balas positif mengenai Jalan-Jalan Japan dari segi harga dan stok mereka yang masih cantik dan baik, membuatkan kak Bell datang sendiri untuk membeli-belah di sini.
Jalan Jalan Japan ini dibuka hasil kerjasama di antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn. Bhd, Koike Corporation Limited dan Bok Marketing Sdn. Bhd. Memang tidak dinafikan, harga yang ditawarkan oleh mereka jauh lebih murah dan mampu milik. Berikutan sambutan hangat terhadap barangan pre-loved Jepun, kini Jalan-Jalan Japan telah mempunyai 5 outlet di Malaysia. Outlet JJJ yang ada adalah di One City Sky Park USJ, 1 Shamelin Mall Cheras, CenterPoint Seremban, M3 Mall Taman Melati dan terbaru di KIP Mall, Bangi.
Kak Bell telah berkunjung ke outlet Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall, Cheras, Kuala Lumpur. Sekarang ini, outlet di 1 Shamelin Mall baru sahaja diperbesarkan bagi memenuhi permintaan barangan pre-loved dari Jepun ini. Outlet ini adalah store ke dua JJJ di Malaysia dengan keluasan tapak 17,700 kaki persegi. Kini, outlet JJJ di 1 Shamelin Mall 25% lebih besar dengan tambahan sebanyak 3,500 kaki persegi. Jadi, sudah tentunya barangan yang ada di sini lebih banyak untuk pelanggan membuat pilihan. Jika anda semua nak tahu apa barangan yang telah berjaya Kak Bell beli dengan hanya RM100 di sini, jom ikuti lebih lanjut.
JJJ di 1 Shamelin Mall ni mempunyai 1 pintu masuk dan pintu bahagian keluar di bahagian kaunter pembayaran. Di dalam JJJ terdapat banyak bahagian yang ditawarkan seperti perhiasan rumah, alat tulis, perkakasan dapur, pingan-mangkuk, pakaian lelaki dan wanita, kasut, beg, aksesori seperti topi dan skarf, cenderahati, baranagn perhiasan kecil dan juga mainan kanak-kanak. Sebelum membeli belah, Kak Bell buat 1 pusingan terlebih dahulu untuk melihat-lihat barangan apa yang ada di sini.
Bila dah meningkat usia, memang sindrom ke bahagian perkakasan dapur adalah lebih dominan. Jadi kak Bell mula dari bahagian kiri outlet yang menawarkan barangan cenderahati, figura patung mainan, alat tulis dan perkakasan dapur. Di hujung tahun, budak-budak nak kembali ke sekolah ni, boleh datang beli peralatan alat tulis di sini sebab memang comel. Poster-poster anime dan artis pun ada dijual.
Bila masuk bahagian alatan dapur ini, memang terasa gila nak beli semua. Pinggan mangkuk semua tersusun rapi, banyak dan cantik-cantik. Kak Bell sangat suka bekas dan barangan yang diperbuat dari kayu veneer ni. Memang menarik habis. Cakap sahaja nak apa, periuk belanga, pingan-mangkuk semua ada. Bekas nasi dan bento Japun memang menarik sangat untuk dijadikan koleksi. Buat penggemar pinggan atau cawan kaca antik atau tembikar dari Jepun ni, memang patut datang cari di sini.
Seterusnya, Kak Bell 'browsing' di bahagian beg. Barangan beg di sini ada pelbagai termasuk dari shopping bag dan seterusnya beg-beg untuk kegunaan harian. Beg berjenama dan designer bag pun ada dijual dengan harga yang lebih tinggi sedikit dan diletak delam rak berkunci. Ianya masih boleh dibeli dengan harga sekitar RM100. Untuk beg, Kak Bell mencari beg sekolah galas Jepun. Tapi tak berjumpa pula.
Di bahagian Ornaments atau barang-barang perhiasan ada dijual patung kayu dan figura patung mainan Jepun. Patung mainan Jepun tu kira memang rarelah di Malaysia ni kan dan patung ini dibuat hand-made. Ada banyak lagi barangan-barangan lain tetapi Kak Bell cuma fokus untuk ke bahagian pakaian wanita.
Colorful post box
Patung diperbuat dari kayu dan buluh
Ok, ni seram sikit. Mungkin sedara mara Anabelle ni
Patung Jepun
Kepada yang ingin terus mencari pakaian pre-loved Jepun, boleh terus sahaja menuju ke ruang bahagian tengah bersebelahan dengan bahagian beg. Untuk bahagian baju perempuan memang super luas dan banyak pilihan. Cakap sahaja nak seluar, skir pendek, baju panas, blouse, shirt, cardigan, dress semuanya ada. Yang penting memang kena ambil sedikit masa untuk tengok ke semua baju-baju yang ada. Lenguh juga tangan ya hampir 2 jam buat pilihan. Itu pun tak habis semua Kak Bell tengok. Untuk bahagian lelaki pun ada juga banyak pilihan tetapi tidaklah sebanyak pakaian wanita.
Selua-luas alam baju perempuan!
Sudah namanya preloved Jepun, semestinya ada pakaian tradisi Jepun iaitu Kimono. Disebabkan Kak Bell ni tak cukup inci, jadi agak mencabar nak mencari Kimono yang sesuai. Semuanya menyapu lantai. Rambang mata dibuatnya nak bawa balik sehelai Kimono. Sebenarnya saiz pakaian mereka tidak jauh beza atau sama sahaja dengan orang Malaysia, jadi tak perlu risau pasti akan jumpa yang padan dan sesuai. Untuk kasut dan boot, Kak Bell dah cuba juga, malangnya tak muat. Terompah Jepun pun tak muat, besar betul kaki Kak Bell kan!
Kebanyakan pakaian yang ada di JJJ masih dalam keadaan baik dan dijual dengan harga yang sangat murah. Bermula dari RM2 dah boleh dapat sehelai baju dan paling mahal pun mungkin harga sweater dalam RM50. Setelah 2 jam berhempas pulas, inilah dia pakaian pre-loved dari Jepun yang berjaya Kak Bell sambar. Jumlah ke semua nilai belian adalah RM100. Jom kita lihat 'looked' yang Kak Bell berjaya gayakan dengan baju-baju yang dah dibeli tempohari.
Trench coat RM30
Baju RM10 + Seluar RM5 + Jacket RM20
Baju RM10 + RM10 + Seluar RM5 + Beg Polka Dot RM5
Yang ini sahaja yang sesuai dengan ketinggian Kak Bell. Kalau dapat kipas tangan dengan rambut bersanggul, memang gadis Jepun habis lah!
Skirt RM5
Kesemua pakaian yang dibeli adalah berjumlah RM100. Jangan tak percaya dengan RM100 dah boleh dapat macam-macam jenis baju dengan gaya yang menarik. Teruja tak nak shopping di JJJ?. Seriously memang sangat berbaloi dan murah! Untuk pengetahuan, fitting room mereka ada disediakan di kawasan berhadapan kaunter bayaran. Tetapi kuantiti bilik persalinan di sini tidak begitu banyak. Walaubagaimanapun, suasana di JJJ 1 Shamelin Mall ini memang selesa dan luas. Seronok dan puas membeli belah di sini, lebih-lebih lagi berbaloi untuk duit anda!
Bagi anda semua yang ingin merasai pengalaman membeli belah yang sama seolah- olah berada ni negara Jepun boleh lah berkunjung ke Jalan Jalan Japan. Tak payah susah-susah ke Jepun. Jika nak ke Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall, Cheras anda boleh waze sahaja ke alamat berikut. Untuk alamat store-store JJJ yang lain anda boleh semak di website rasmi Jalan Jalan Japan.
1 Shamelin Mall, Cheras
Lot L3-006, Level 3,
1 Shamelin Mall,
100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100, Kuala Lumpur.
Tahun dibuka: 2017
Masa operasi: 10.00AM-10.00PM
Dibuka setiap hari (termasuk Public Holidays)
Maklumat lanjut boleh layari laman berikut:
Website: https://www.jalanjalanjapan.com.my/
FB: https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Tags:
Baju Murah
Barang Murah Jepun
Barangan Jepun
Barangan Murah
Bundle Murah
Bundle Shop
Harga Giler
Jalan Jalan Japan
JJJ
Kedai Serbaneka
Preloved Shop
RM100 Challenge
Santai