Hi korang! Semalam blog Kak Bell telah mencecah jumlah 4 juta viewer
setelah agak berkurun lama menunggu. Ambil masa 8 bulan untuk dapat 1 juta
lagi pageviews berbanding tempoh 6 bulan untuk yang sebelumnya. Walaupun ada
orang lain yang lebih hebat, tetapi buat diri sendiri sudah cukup
menggembirakan. Mestilah gembira dan bangga kan sebab ianya semua adalah
hasil dan usaha kita selama menulis dan berkongsi melalui blog.
Kak Bell mula menulis menerusi blog Ini Adalah Bellarina Natasya
pada 18 April 2016. Kiranya, hingga sekarang blog Kak Bell dah berusia 3
tahun 8 bulan. Baru sangat mencapai tahap matang untuk sesebuah blog. Nak
cakap hebat tidaklah, tetapi Kak Bell yakin semuanya bermula dari usaha
dan passion
untuk buat yang terbaik dalam apa jua bidang yang kita minati. Bagi Kak
Bell, kekuatan sebuah blog itu pastilah dari jumlah carian dan tidak
bergantung kepada jumlah follower semata-mata. Tetapi kebiasaannya, jika
dah ramai follower pastilah jumlah kutipan view pun akan tinggi kan. Jadi
jom sama-sama tingkatkan jumlah pageview dan trafik blog masing-masing
melalui penghasilan artikel yang menarik.
1 JUTA HITS BLOG KAK BELL
Korang semua menulis blog kerana minat atau pun kerana duit? Terpulanglah
kepada tujuan dan misi masing-masing. Kak Bell sendiri pun tidak terfikir
nak menulis blog pada mulanya. Semua bermula sebab nak kongsikan dan
abadikan kisah travel walaupun hanya beberapa edisi sahaja yang ada.
Selepas 2 bulan berblogging, event pertama Kak Bell dapat adalah dari
Nuffnang untuk penjagaan rambut. Sejak dari tu, Kak Bell mula gigih menulis
dan sudah rasai keseronokkannya.
Bila diingat semula, sejak zaman sekolah memang Kak Bell selalu masuk
pertandingan menulis esei dan setiap kali pertandingan mesti akan menang
tempat pertama atau kedua. Pada masa tu, Kak Bell suka baca buku dan tulisan
esei pelajar tingkatan 6 untuk luaskan pengetahuan. Masa ujian kerjaya,
dapat pula sebagai wartawan atau penulis, memang Kak Bell tak percaya sebab
cita-cita berangan nak jadi doktor atau saintis. Walaupun tak dapat jadi
saintis, sempatlah belajar bidang Kimia yang memang Kak Bell minat dan
hujung-hujung jadi part-time blogger. Jadi, betullah agaknya ujian kerjaya
yang Kak Bell buat tu sebab akhirnya terlibat juga dalam bidang
penulisan.
1 juta views -18/04/2016-22/11/2017 (19 bulan)
2 juta views -23/11/2017-31/05/2018 (06 bulan)
3 juta views -01/06/2018-12/04/2019 (10 bulan)
4 juta views -13/04/2019-23/12/2019 (08 bulan)
Resepi nak berjaya atau Tips Nak Tingkatkat Jumlah Blog Trafik (klik sini) tu korang boleh juga google lah cari di artikel
orang lain. Nak bagi tips pun bukannya tahap dewa kan. Yang penting dalam
blog, lepas kenal pasti apa minat, tulislah artikel yang berkaitan. Diselang
seli dengan artikel review dan sebagainya. Jangan pula sampaikan
artikel sendiri tak ada, dari A sampai Z semua review je. Tujuan
berblog? Gittew.
Apapun terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan baca artikel di blog
Ini Adalah Bellarina Natasya. Harap Kak Bell lebih komited buat tahun
hadapan. Di kesempatan ini, Kak Bell ucapkan selamat hari Natal buat yang
meraikannya dan Happy New Year 2020!