Festival Batu Permata Habib Sempena Jualan Akhir Tahun 2019 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Festival Batu Permata Habib Sempena Jualan Akhir Tahun 2019

Trending

Festival Batu Permata Habib Sempena Jualan Akhir Tahun 2019

Jika bercakap tentang berlian, pasti tagline "A Diamond is Forever" akan terus muncul difikiran kita. Slogan yang dicipta oleh Mary Frances Gerety ini sebenarnya dicipta untuk syarikat penjual berlian De Beers ketika krisis kejatuhan jualan berlian pada tahun 1948. Slogan terkenal "A Diamond is Forever" yang membawa bermaksud kekuatan dan ketahanan berlian yang kekal selama-lamanya, sampai sekarang masih digunakan dalam iklan yang berkaitan dengan berlian.


Kalau anda nak tahu, berlian adalah kristal atau material paling keras di dunia berbanding jenis batuan kristal yang lain. Berlian ini sebenarnya adalah alotrop karbon, dalam kata mudahnya berasal dari atom karbon. Susunan atom karbon yang berbeza akan mempengaruhi sifat kimia dan fizik material yang terhasil iaitu sebagai grafit (pensel) dalam keadaan susunan atom yang lemah dan sebagai berlian bila dalam keadaan struktur susunan atom yang kuat. Harini kak Bell kongsi sedikit tentang Kimia 101!

Trivia Tentang Berlian
  • Berlian paling muda berusia 900 juta tahun.
  • Berlian 58 kali lebih keras daripada mineral paling keras kedua di bumi.
  • Hanya berlian yang dapat memotong berlian yang lain.


Sebenarnya Kak Bell nak kongsikan tentang Festival Batu Permata Habib yang sedang berlangsung sekarang di IOI City Mall, Putrajaya. Siapa yang tak kenal dengan jenama permata Habib yang menjadi pelopor dan pakar penghasilan barang kemas di Malaysia. Para peminat batu permata dan barang kemas sangat bertuah kerana buat pertama kalinya, Habib mempamerkan koleksi terbesar barangan kemas batu permata mereka di Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya.


Kak Bell sendiri telah berpeluang menyaksikan lebih dari 1000 koleksi barangan kemas batu permata berharga di Festival Batu Permata Habib yang bermula hari ini sehingga 1 Disember 2019. Festival ini diadakan seiring dengan Jualan Akhir Tahun Malaysia dan Jualan Akhir Tahun Habib yang turut disambut di semua 28 bilik pameran Habib seluruh negara, dengan potongan harga menarik sehingga 1 Januari 2020.

Memandangkan ini merupakan kali pertama Habib menyambut musim perayaan secara besar-besaran, jenama ini menawarkan pelbagai pilihan barang kemas antaranya berlian pelbagai bentuk, potongan dan karat, emas 916 terutamanya koleksi eksklusif Oro Italia 916 yang menjadi kegemaran ramai, jongkong emas, batu permata berharga dan mutiara dengan harga yang berpatutan. Untuk memberi laluan kepada koleksi 2020, koleksi istimewa yang dinamakan Koleksi Eksport dimana rekaannya yang unik dan eksklusif dengan berlian terpilih pada setiap barang kemas. Koleksi ini amat ditunggu-tunggu setiap hujung tahun kerana hanya ditawarkan ketika Jualan Akhir Tahun Habib.


Diantara koleksi terbaru berlian Habib dengan rose gold

Berpegang kepada tagline ‘Gift of Happiness’, ini adalah masa paling gembira di seluruh dunia. Dengan bermulanya musim cuti sekolah, musim perkahwinan, perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru yang akan datang, Habib Jewel memastikan pelanggan mereka bukan sahaja berpuas hati dengan harga yang ditawarkan tetapi turut memberi mereka sesuatu yang berlainan ketika Jualan Akhir Tahun ini.

Dengan perubahan trend dan fesyen antarabangsa sekarang, rekaan barang kemas menjadi lebih ringkas, moden, elegan dan berkelas tinggi. Buat masa sekarang, batu permata pelbagai warna sedang menjadi trend hangat. Oleh itu, pihak Habib telah menggabungkan fesyen Eropah dalam rekaan barangan kemas mereka sejajar dengan trend global.

Mencuba cincin batu permata Rubi


Koleksi batu permata Habib sebenarnya amat jarang diberi diskaun. Tetapi bersempena dengan Jualan Akhir Tahun ini, buat pertama kalinya, pihak Habib memberikan sesuatu yang istimewa untuk pelanggan mereka dengan tawaran harga yang mampu milik untuk koleksi permata mereka. Promosi yang amat jarang sekali dibuat oleh Habib, jadi sudah tentu peminat barang kemas Habib tidak akan lepaskan peluang ini.

Sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia yang telah berada di pasaran selama lebih 60 tahun, Habib kini membawa barangan kemas batu permata yang menjadi trend global ke Malaysia. Permintaan terhadap batu permata berwarna seperti zamrud, delima, dan nilam memang sangat tinggi dalam industri fesyen masa kini.

Gelang dengan batu Sapphire pelbagai warna


Sempena Jualan Akhir Tahun dengan tema ‘Magical Holiday Festivity’, Habib telah mengadakan majlis pelancaran Festival Batu Permata dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan 12 koleksi batu permata berharga terbaik Habib. Kak Bell sangat sukakan koleksi dari HEARTS ON FIRE yang popular sebagai The World's Most Perfectly Cut Diamond dan juga koleksi eksklusif Oro Italia 916 kerana rekaan dan emasnya yang berkualiti dan terbaik. Di bawah ini, merupakan 12 koleksi terbaik Habib yang diperagakan. 



Majlis bermula dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, Ili Ruzana yang merupakan juruhebah Fly FM. Ili yang diserikan indah, memakai barangan kemas dari koleksi berlian dan zamrud.

Turut hadir Ambassador Habib Jewels Rozita Che Wan

Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan khas dari Cassidy La Crème yang kelihatan begitu cantik dengan koleksi eksklusif berlian dan batu permata terbaru HABIB.


Pameran barangan kemas ini merupakan platform terbaik untuk orang awam mempelajari tentang batu permata kelahiran mereka dan ciri-ciri unik batu tersebut. Dengan kembalinya trend batu permata, pameran ini bertujuan untuk berkongsi dengan para pelanggan bagaimana untuk mengenalpasti batu permata yang berkualiti tinggi selain menunjukkan rekaan terbaru yang moden. Buat pelanggan Habib, boleh menjangka batu permata pelbagai bentuk, warna dan karat dalam loket, cincin, gelang dan anting-anting dengan harga serendah RM330!

Kak Bell mencuba koleksi terbaru Habib


Nak tahu apa tawaran menarik yang ditawarkan oleh Habib sehingga 1 Disember 2019 di Festival Batu Permata Habib?
  • Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata 
  • Hadiah percuma dengan sebarang pembelian RM1000 dan keatas dalams satu resit (sementara stok masih ada)
  • Potongan RM10 hingga RM20 per gram untuk emas 916

Jadi buat peminat batu permata dan barangan kemas Habib, jangan lepaskan peluang berkunjung ke IOI City Mall dan menyaksikan sendiri Festival Batu Permata Habib. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

https://www.habibjewels.com/
https://www.facebook.com/habibjewels/
https://www.instagram.com/habibjewelsofficial/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post