Hi Korang! Beberapa hari lepas Kak Bell dah cuba makan mi segera terpedas keluaran Samyang Food, 2x Spicy Hot Chicken Flavour (Extreme Buldak Ramen). Instant noodle pedas yang berasal dari South Korea ini katanya mempunyai tahap kepedasannya 8,000 unit haba Scoville/Scoville Heat Units (SHU). Sama pedas dengan sebijik Jalapeno Mexico! Kalau nak tahu tentang unit haba Scoville, korang boleh baca di sini > CARA MEMILIH CILI KERING
Dalam entri sebelum ini, Kak Bell ada nyatakan bahawa ada 9 jenis Buldak Ramen dari Samyang Food. Dalam banyak-banyak tu, Kak Bell baru cuba 5 perisa sahaja. Lepas ni, nak cuba makan Maggi Pedas Giler pula. Katanya boleh tahan jugak kepedasan dia lawan pedas Samyang ni.
As usual dalam 1 cup/pek ada 1 keping mi segera kering, 1 paket sos dan 1 paket garnish (bahan tambahan untuk hiasan). Cara memasak sama sahaja, sis tak perlu nak ajar. Ikut kesukaan kalau nak rebus sampai lembut atau sedikit kenyal. Cuma lepas rebus toskan/buang segala air yang ada dan gaul rata sos. Untuk garnish tu ada seaweed flakes dan sesame seeds. Sebagai tambahan Kak Bell rebus sebiji telur ayam, bagi kenyang sikit bila makan.
Mi segera untuk 2x Spicy Hot Chicken Flavour lebih tebal dan chewy berbanding yang biasa. Masa suapan pertama, kepedasannya masih ok. Sampai 3 sudu, dah mula terasa sangat pedas dan Kak Bell berhenti makan. Kak Bell cuma habiskan telur rebus, simpan terus dalam peti ais sebab tak mampu nak habiskan. Kak Bell memang jenis sukakan juga makanan pedas, tapi kalau terlalu pedas tak tahan juga. Dari menempah bala ulang alik ke tandas, baik berhenti makan. Hehe.
Bagi yang sukakan pedas extreme, mungkin lidah yang jenis tebal mungkin tak rasa apa kot pedas 2x Spicy Hot Chicken Flavour ni. Untuk Kak Bell, hari keesokannya baru sambung makan sampai habis. Kak Bell gagal habiskan sepaket tanpa minum air mahupun berkedip mata. Overall masih sedap. Bagi yang tak tahan pedas, mungkin boleh sediakan segelas susu mahupun 1 jug air. Pedas ye.