Memang dah memadai bagi Kak Bell yang agak malas memasak kalau ada 1 jenis sayur dengan ikan goreng. Menu paling simple dan mudah. Nak lagi sedap, makan pula dengan sambal belacan. Untuk resepi sayur kobis cina ni, Kak Bell tumis berkuah. Ada juga yang sukakan masak air atau bening yang tidak menggunakan minyak. Sebagai penambah rasa, tambahkan sedikit ikan bilis atau kiub ayam.
Untuk bahan-bahan ni, korang boleh sesuaikan sendiri. Disebabkan tak ada ikan bilis, Kak Bell hanya gunakan kiub ikan bilis dan sedikit garam. Kak Bell suka ada rasa sedikit pedas jadi Kak Bell tambahkan sedikit cili padi.
Bahan A
1/4 belah kobis cina
2 biji cili padi
1 batang lada merah
1/2 kiub ikan bilis
1 sudu sos tiram
Garam
Air secukupnya
Bahan B (dihiris)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak:
1) Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang merah hingga naik bau.
2) Masukkan sos tiram, kacau dan masukkan lada merah, cili api dan hirisan kobis cina.
3) Masukkan air, kiub ayam dan garam/bahan perasa biarkan hingga mendidih.
3) Masukkan air, kiub ayam dan garam/bahan perasa biarkan hingga mendidih.
4) Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidang.
TIPS!
- Boleh masukkan ikan bilis selepas tumisan
- Boleh tambahkan tauhu, lobak merah dan sebiji telur
- Jika gunakan lobak, masukkan lobak dahulu selepas menumis
- Air secukupnya bergantung kepada jumlah kuah yang dingini
Kalau dibandingkan dengan kobis biasa, kobis cina ni lagi lumayan rasanya kan. Lebih sedap gitu.