Hi Korang! Demi nak completekan cabaran 'Fire Noodles' ni Kak Bell gigih semalam pergi cari Samyang di Speedmart 24 jam. Dapatlah Samyang Cheese, Samyang Carbo dan Samyang 2X Spicy. Kiranya dah dapat beli 5 jenis perisa Samyang Noodles ni. Kisahnya semalam, lepas balik kerja Kak Bell ke dapur nak masak megi Malaysia tu je. Tercari-cari pek megi dah lesap peginya. Rupa-rupanya dah kena bahan habis. Kaedahnya sis baru makan 1 pek je ye. Lepas tu tak semegah dengan periuk sis naik hitam sebab dibasuh je dengan air tanpa digaras periuk tu. Mana tidaknya, api memasak tu kalau boleh sampai cair besu kuali tu sebab besau sangat apinya. Hangin pula sis dibuatnya.
Bukannya jenis berkira, kata orang bila berbudi kita berbahasa, ingatlah orang kat belakang kan. Ini tidak ye, selagi ada bahan je sampai habis. Nak dijadikan cerita, terus sis memandu tengah-tengah malam pi cari Samyang. Hehe. Masa nak bayar tu, terkejut jugak sebab harga 3 cup ni pun dah RM20. Memang kali ni ajelah sis beli sebab nak merasa. So, kali ni review pasal Samyang Cheese Ramen.
Cara memasak senang dan sama sahaja. Panaskan air dan rebus mi tadi sampai lembut, kemudian kacau rata sos yang disediakan. Cuma untuk Samyang Cheese Ramen ni tak ada sayur kering, ada serbuk cheese. Tidak perlu nak stir-fry, just gaulkan rata sahaja bahan-bahan selepas toskan mi.
Cara memasak senang dan sama sahaja. Panaskan air dan rebus mi tadi sampai lembut, kemudian kacau rata sos yang disediakan. Cuma untuk Samyang Cheese Ramen ni tak ada sayur kering, ada serbuk cheese. Tidak perlu nak stir-fry, just gaulkan rata sahaja bahan-bahan selepas toskan mi.
Bila sudah siap direbus Samyang cup ni, nampak secoet je macam tak cukup. Kak Bell pun rebus seikat pak choy buat penyeri katanya. Lepas digaul rata, tak adalah nampak terlalu merah. Kalau korang yang minat Samyang memang tak cukup gayanya cawan yang kecil ni. Bolehlah rebus 2 bungkus or beli yang mangkuk yang besar tu.
Ok, untuk Samyang Cheese ni tak berapa rasa sangat pun kejunya. Ya, kalau tengok isian dalam pek tu memang sikit bebenor. Mungkin kalau isian dalam pek biasa lebih banyak agaknya sebab sis beli yang cup sahaja. Untuk tahap pedas tu, memang pedas! Sis berjaya makan sampai habis jugalah baru minum air.
Lepas makan, 5 minit pertama tu memang pedas sampai sis pergi berkumur. Hahaha. Kemudian terus rasa pedas kat perut. Overall kira dalam 10 minit baru sis terkawal. Mungkin masa makan tadi berjaya habiskan sebab ada sayur pak choy tu. Untuk hari ni, sis rasa Samyang Cheese Ramen ni lebih pedas dari Buldak Ramen dan Jajang Ramen. Sis pun tak paham dengan taste bud sis. Kita tengok episod berikutnya pula ya esok. Disebabkan sis makan habis baru minum air, sis declare sis lulus juga dengan perisa ni!