Samyang Buldak Ramen Tidak Berapa Pedas - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Samyang Buldak Ramen Tidak Berapa Pedas

Trending

Samyang Buldak Ramen Tidak Berapa Pedas

"Fire Noodles" sejak mula diperkenalkan, berlumba-lumba manusia cuba menguji tahap ketahanan kepedasan lidah masing-masing. Pantang bila ada perisa baru, mesti bersepah kat socmed yang join "Fire Noodles Challenge". Sebelum ni Kak Bell pernah mencuba sekali sahaja makan Samyang ni. Cukup 2 sudu terus terasa sangat pedas gila dan memang tak teringin nak makan lagi. Tapi Kak Bell lupa perasa yang mana. Kisahnya semalam kawan office Kak Bell bagi Samyang Hot Chicken Jjajang Ramen. Bila dah rasa 1 paket terus teringin pulak nak buat challenge ni sendiri dan gigih cari perisa lain pulak.


Dikenali dengan nama Buldak Bokkeum Myeon atau Buldak Ramen. Nak lebih senang namanya ialah "Mi Ayam Berapi". Samyang Foods yang berasal dari South Korea ni telah keluarkan 9 jenis perasa Hot Chicken Ramen dan ianya HALAL. Katanya untuk perisa Ice Type Hot Chicken Flavour dah discontinue. Betul ke?

Berikut ni senarai Buldak Ramen yang ada di pasaran:
1. Original Hot Chicken Flavour (Buldak Ramen)
2. 2x Spicy Hot Chicken Flavour (Extreme Buldak Ramen)
3. JjaJang Myeon Hot Chicken Flavour (Buldak Ramen Jjajang)
4. Ice Type Hot Chicken Flavour
5. Carbonara Hot Chicken Flavour (Buldak Ramen Carbonara)
6. Curry Hot Chicken Flavour (Buldak Ramen Curry)
7. Mala Hot Chicken Flavour (Buldak Ramen Mala)
8. Cheese Hot Chicken Flavour (Buldak Ramen Cheese)
9. Stew Type Hot Chicken Flavour (Buldak Ramen Stew)


Bila tengok cabaran tahan pedas di YouTube sampai berpeluh-peluh sampai bergetar bibir, scary pula dibuatnya. Dah meningkat usia ni dah tak tahan nak makan pedas-pedas. So, Kak Bell cuba yang basic dulu nak tahu tahap mana kepedasan Samyang ni. Kak Bell cuba Buldak Ramen Spicy Hot Chicken Cup (RM5.70). Beli 1 cawan sahaja sebab harga untuk 1 pek bukan main mahal berdentum.


Cara memasak senang sahaja. Panaskan air dan rebus mi tadi sampai lembut, kemudian kacau rata sos yang disediakan. Nak lebih sedap letaklah topping telur rebus ke, sosej ke, apa-apa sahajalah asal kena pada selera. Sis cuma nak rasa tahap pedas sahaja, so Kak Bell makan mi ramen kosong bodoh ajelah.


Beginilah rupa bentuk Original Hot Chicken Flavour tadi. Mi nya kenyal sedikit berbanding Megi Malaysia. Masa suapan pertama sudah terasa kepedasannya. Berpeluh juga lite-lite masa makan tetapi Kak Bell berjaya habiskannya. Pedasnya biasa-biasa, lepas minum air dah boleh hilang rasa pedasnya.


Korang rasa Original Hot Chicken Flavour (Buldak Ramen) ni memang pedas or macammana? Pada Kak Bell tak pedas sangat. Mungkin kena cuba yang 2X spicy baru bibir Kak Bell bengkak kot. Untuk perasa ni, Kak Bell lulus!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post