Tidak Perlu Lagi Beratur Panjang Dengan QueQ - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tidak Perlu Lagi Beratur Panjang Dengan QueQ

Trending

Tidak Perlu Lagi Beratur Panjang Dengan QueQ

Hi semua! Baru-baru ini Kak Bell telah berkunjung ke restoren KFry Urban Korean One Utama Shopping Mall, Bandar Utama untuk menikmati hidangan ayam cheese mereka. Umum mengetahui restoren ini memang ramai sekali pengunjungnya, tambahan pula jika datang pada hujung minggu. Kadangkala berfikir dua kali jika ingin makan di sini kerana tidak mahu menunggu giliran terlalu lama. Adakah korang semua rasa leceh jika harus berdiri, beratur dan menunggu di barisan untuk masa yang lama?

Ok, selain membuat tempahan awal, sekarang anda sudah boleh menggunakan aplikasi mudah di telefon bimbit tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama di tempat makan menunggu giliran. Aplikasi yang dimaksudkan adalah QueQ.


QueQ
QueQ mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan merupakan aplikasi mudah alih yang berasal dari Thailand. Diasaskan oleh Rungsun Joh Prompasith, aplikasi ini dibuat bagi memudahkan pengguna membuat tempahan meja di tempat makan kegemaran masing-masing tanpa perlu beratur lama. Hanya dengan hujung jari sahaja pelanggan sudah boleh membuat tempahan meja. QueQ Thailand kini telah beroperasi di lebih 800 restoran rantaian makanan dan F&B di sana dan telah mempunyai lebih daripada 2 juta pengguna aktif di Thailand. 


Aplikasi ini telah diperluaskan penggunaannya di Malaysia dengan tujuan membantu rakyat Malaysia menjimatkan masa dengan menghapuskan kelecehan beratur menunggu giliran di kedai makanan kegemaran. Di Malaysia, aplikasi ini telah digunakan oleh seramai 100,000 pengguna. Aplikasi ini turut menjadi rakan kongsi di kedai-kedai popular seperti Rangkaian Korea Selatan K-Fry, Kurin, Restoran Yut Kee, Ho Kow Hainanese Kopitiam, Plaza Bar-B-Q, Pastries dan Kopi Dotty dan Klinik Mediviron Seksyen 22 Shah Alam. 

Sekarang dengan hanya hujung jari, rakyat Malaysia tidak perlu lagi berdiri dan beratur di sekitar kedai makan untuk menunggu giliran dan dapat menjimatkan masa melalui penggunaan aplikasi QueQ. Kak Bell telah mencuba sendiri aplikasi QueQ ni masa berkunjung ke outlet KFry Urban Korean One Utama baru-baru ini. Memang mudah sangat dengan aplikasi ni. Hanya perlu download, buat pendaftaran percuma dan terus membuat tempahan meja.

 

Bagaimana QueQ App Berfungsi?
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi QueQ melalui akaun media sosial atau sebagai tetamu/guest buat kali pertama.
Langkah 2: Pilih restoran pilihan dalam radius dari skrin utama untuk menempah meja. Selepas memilih jenis tempat duduk dan bilangan tetamu, klik  ‘Get Q’' untuk menerima tiket 'Q Ticket' maya.
Langkah 3: Setelah menerima 'Tiket Q', restoran akan memaklumkan anda melalui app untuk pengesahan giliran.
Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan sebaik sahaja nombor giliran anda sudah dekat, kemudian anda akan diantar ke meja anda apabila nombor giliran anda dipanggil.

Aplikasi ini berfungsi dalam jarak yang ditetapkan oleh kedai makan yang berkenaan. Setiap outlet mempunyai pilihan untuk menyesuaikan akses jarak jauh mereka untuk tiket maya QueQ dari jarak 100 meter sehingga 10 kilometer. Untuk sesetengah outlet, pengunjung boleh mula membuat tempahan dari dalam kereta atau terus dari rumah jika masih di dalam radius yang ditetapkan.

Langkah 1 & 2

Pengguna akan dimaklumkan oleh aplikasi sebaik sahaja nombor gilirannya sudah hampir. Selain memperolehi tiket maya, pengguna juga disediakan akses kepada tawaran eksklusif dan promosi di kedai makan terpilih. Anda membolehkan mereka menghabiskan masa mereka untuk aktiviti lain dan tidak perlu menunggu di outlet untuk giliran mereka tiba.

Langkah 2 & 3

Pada paparan skrin di atas, anda boleh lihat tempoh masa dari meja ditempah dan dipanggil. Yang penting, anda mesti tiba di tempat makan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan giliran anda dibagi kepada pelanggan lain.

Lokasi manakah yang boleh digunakan pengguna?

  • KFry Urban Korean One Utama Shopping Mall, Bandar Utama
  • KFry Urban Korean IOI Shopping Mall, Putrajaya
  • KFry Urban Korean KLCC, Kuala Kumpur
  • KFry Urban Korean Holiday Villa, Johor Bahru
  • Ho Kow Hainanese Kopitiam, Petaling Street Kuala Lumpur
  • Bar-B-Q Plaza AEON Bukit Tinggi Klang, Sunway Velocity & Sunway Pyramid
  • Dotty’s Pastries and Coffee KLCC Kuala Lumpur
  • Ho Kow Hainanese Kopitiam, Petaling Street Kuala Lumpur
  • Kurin Nu Sentral Kuala Lumpur
  • Yut Kee Restaurant, Heritage Row Area
  • Klinik Mediviron Seksyen 22, Shah Alam


QueQ juga memenuhi keperluan pelanggan di kedai makan melalui kiosk tiket QueQ. Apabila tiba di kedai-kedai makan yang ditetapkan, pelanggan boleh memperoleh tiket beratur fizikal dari mesin kios digital QueQ yang ditempatkan di pintu masuk kedai. Sebagai alternatif, pelanggan yang sudah mempunyai aplikasi QueQ hanya perlu mengimbas kod QR di kiosk tiket QueQ untuk memperolehi tiket. Di kiosk tiket QueQ ni juga, pelanggan boleh melihat terus menu di outlet berkenaan.

Dengan pengenalan aplikasi QueQ ini nampaknya dapat menjimatkan masa rakyat Malaysia menunggu di satu tempat makan, memberikan lebih banyak masa untuk pelanggan melakukan aktiviti lain yang lebih bermakna. Aplikasi QueQ ini boleh dimuat turun melalui Google PlayStore atau AppStore. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QueQ Malaysia, boleh lawati laman berikut:
Website: http://www.queq.me/
FB: https://www.facebook.com/QueQ-Malaysia-Spend-Your-Time-Wisely-297014817369507/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post