Minggu lalu, Kak Bell menikmati makan tengahari istimewa di Le Pont Smoke & Grill Bar yang terletak di Jalan Klang Lama. Pada awalnya, Kak Bell beranggapan kafe ini adalah sebuah kedai kek & pastri yang biasa. Rupa-rupanya di sini turut menyediakan hidangan utama seperti daging salai dan bakar. Kafe ini mempunyai 3 tingkat dan pengunjung akan masuk melalui Le Pont Boulangerie et Cafe dahulu sebelum ke bahagian Smoke & Grill. Sebelum ini Kak Bell telah mencuba hidangan Kek Pelangi dari Le Pont Boulangerie et Cafe dan kek mereka memang terbaik! Untuk entri kali ini Kak Bell akan fokus kepada menu-menu dari bahagian Smoke & Grill Bar yang baru sahaja dibuka.
Menu hidangan di bahagian Smoke & Grill Bar ini mengenengahkan pelbagai pilihan menu daging dan makanan laut yang disediakan dengan citarasa French-Japanese untuk menu salai dan panggang mereka.
Le Pont Smoke & Grill Bar ini adalah sebuah kafe berstatus 'pork-free'. Walaubagaimanapun untuk menu yang menggunakan wine atau alkohol telah digantikan dengan bahan lain seperti miso bagi mengekalkan rasa sama masakan mereka. Daging dan ikan di sini menggunakan teknik 'double marination' supaya lebih lembut dan lebih berperisa. Istimewanya, pengunjung juga boleh menyaksikan dan menikmati pengalaman chef di sini menunjukkan teknik dan kemahiran memasak secara 'live' di dapur berkonsepkan bar mereka.
Terdapat pelbagai seleksi pilihan daging, ikan dan ayam salai dan panggang di sini. Daging lembu telah diperap semalaman dengan herba Eropah yang diimport dan disalai menggunakan kayu bakau. Untuk daging brisket pula diperap selama 12 jam dengan rempah campuran dan disalai dengan api perlahan. Daging salainya lembut dan mudah dipotong.
Hidangan kepak ayam panggang pula penuh dengan rasa sehingga ke gigitan terakhir. 4 jenis menu telah dicuba dan harga adalah per 100gram. Semua menu yang dicuba sangat best dengan rasa mewah.
Smoked Tender BBQ Ribs - RM34 (100g)
Brisket Bonanza - RM20 (100g)
Smoked Lamb Shoulder - RM24 (100g)
Smoked Chicken Wings - RM22 (4pcs)
Sous Vide Angus Beef Tenderloin
Daging panggang bahagian tenderloin (paling lembut) ini datang dengan kentang lecek, kacang Perancis panggang bersama dengan sos istimewa yang menggunakan miso. Daging panggangnya memang lembut dan mudah diceraikan. Recommended untuk dicuba. Harga hidangan adalah per 160g daging tenderloin.
RM60
Marinated Mackerel
Ikan makeral yang digunakan telah dikeringkan terlebih dahulu selama 48 jam sebelum disalai. Ikan makerel panggang ini penuh rasa, juicy dan memang puas makan. Penggemar makeral, pasti bersetuju dengan rasa enak makeral salai ini. Hidangan ni dah cukup mengenyangkan buat seorang atau berdua. Top pick pilihan Kak Bell!
RM38
Terdapat 8 menu untuk pilihan skewer. Skewer yang dimasak segar ini semuanya menepati citarasa, dihidangkan bersama sos pilihan dan jeruk sayur. Tak silap Kak Bell ada satu set skewer besar dengan beberapa pilihan skewer. Untuk harga ni adalah secara ala-carte.
Salmon - RM18
Udang Putih - RM18
Octopus - RM22
Itik Salai - RM14
Beef Tenderloin - RM24
Butterfish - RM14
White Button Mushroom - RM8
House Made Trio Sausages
Untuk sosej 'house made' terdiri dari sosej ayam, daging dan kambing. 3 batang sosej ini sudah cukup mengenyangkan dan dihidang bersama sos BBQ. Pengunjung yang inginkan menu ringan, boleh mencuba trio sosej. Kesemua pilihan sosej ni Kak Bell suka sebab memang padat menggunakan isi daging.
RM24
Quattro Formaggi Pizza
Piza asli ala-Neapolitan ini dibakar pada suhu 400 darjah selsius dengan topping 4 jenis keju Itali. Kerak pizanya lembut dengan bau keju yang menambat selera ditambah pula dengan rasa manis dari madu dan rasa 'peppery' daun herba arugula (rocket leaves). Menu piza ni juga patut anda cuba. Sesuai bagi pizza lover!
RM40
Kak Bell dah rasa pengalaman baru di sini sebab dapat melihat sendiri penyediaan piza tersebut dan dibakar dalan ketuhar. Menarik kan?
Sebagai pencuci mulut, Kak Bell cuba coklat mufin bersama dengan ais krim vanilla. The most mouthwatering dessert! Menarik kan dihidang di atas platter kayu.
Pilihan moktail terdiri daripada Virgin Jungle, Kaffir Lemonade dan Grapefruit. Untuk pilihan minuman lain ada minuman jus, soda dan juga minuman panas. Earl Grey Tea memang terbaik sebagai pilihan minum petang di sini.
Virgin Jungle - Hirisan limau kasturi, jus nenas, gula perang dan tonik soda.
Kaffir Lemonade - Lemonade infused dengan daun limau purut (Kaffir).
Grapefruit Candy - Grapefruit, jus lemon, rasberi dan soda.
Virgin Jungle (RM15.00), Kaffir Lemonade (RM13.50) & Grapefruit Candy (RM14.50)
Ruangan Makan
Ruang makan di tingkat 1 ini menampilkan sebuah bar dimana pengunjung boleh menyaksikan sendiri hidangan seperti skewer dan pizza di masak segar. Ruang makan di sini luas dengan suasana yang malap-romantik dan sangat ideal buat pengunjung yang inginkan suasana eksklusif, aman dan selesa.
Selain meja makan biasa, terdapat juga kerusi banquette yang boleh anda pilih untuk bersantai ketika menikmati makanan dan turut disediakan satu ruang makan khas bagi pengunjung yang inginkan suasana lebih privasi. Ruang makan di tingkat 2 pula merupakan ruang khas untuk pengunjung mengadakan majlis atau event khas dengan hidangan bufet.
Private section
Ruang event
Bagi yang ingin bersantai dengan kopi dan pastri boleh didapati di bahagian bawah kafe. Terdapat pelbagai jenis kek dan pastri dan seleksi minuman panas untuk hidangan minum petang. Kak Bell tak sempat nak rakamkan gambar di bahagian kafe. Kunjungan akan datang, Kak Bell bercadang minum petang di samping menikmati pastri di Le Pont Boulangerie et Cafe.
Suasana dan pengalaman makan di sini memang unik dan mempunyai kelainan yang tersendiri. Bagi yang ingin menikmati hidangan mewah dengan harga yang berpatutan bolehlah mengunjungi Le Pont Smoke & Grill. Tempat yang sangat ideal untuk menikmati makanan bersama kawan atau keluarga.
Lorong 1/137C, Batu 5 off,
Jalan Kelang Lama, 58200 Kuala Lumpur
Operating hours: 11AM-3PM, 6PM-1AM (setiap hari)
Phone: 03-77830900/6018-2032585
Website: http://www.lepontboulangerie.com
FB: https://www.facebook.com/LePontSmokeAndGrillBar/
IG: https://www.instagram.com/lepontsmokeandgrillbar/
Tags:
Cake
Coffee
Double Marination
Formaggi Pizza
Kek Dan Pastri
Le Pont Boulangerie et Cafe
Le Pont Smoke & Grill Bar
Makan Place
Pork-Free
Tenderloin
Wagyu