Peminat makanan Korea di Malaysia pastinya arif bila bercakap tentang menu dan restoren makanan Korea yang sedap dan sebaliknya. Terus-terang Kak Bell bukanlah peminat tegar makanan Korea tetapi ianya tidak menjadi penghalang untuk menikmati dan eksplorasi rasa menu makanan dari Korea ini. Minggu lepas Kak Bell sempat berkunjung ke sebuah restoren makanan Korean yang menampilkan menu rasa asli Korea Street Food iaitu restoran Myeongdong Topokki di Sunway Putra Mall.
Restoren MyeongDong Topokki mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2014 dan menyajikan pelbagai jenis Makanan Jalanan Korea (Korea Street Food). Hidangan istimewa di sini pastinyalah Topokki selain menu utama lain seperti ramyun (ramen), jjigae (stew), bokkeumbap (nasi goreng) dan deopbap yang dihidang bersama dengan panchan (hidangan sampingan).
Buat masa sekarang terdapat 16 cawangan Restoren MyeongDong Topokki di seluruh Malaysia dan tambahan 5 buah outlet lagi yang akan dibuka tidak lama lagi. Matlamat mereka adalah membawa menu hidangan Korea asli ke sini dengan harga yang berpatutan untuk dinikmati oleh semua pencinta makanan Korea. Untuk nampak lebih K-Pop, Kak Bell singgah makan di korean restaurents dan tak perlu bersusah payah terbang ke Korea!
Semasa kunjungan tempohari, Kak Bell telah mencuba 10 jenis hidangan yang pelbagai di Restoren MyeongDong Topokki termasuk hidangan utama, ramen dan juga snek. Kesemua hidangan ini adalah di antara menu yang digemari dan popular di sini. Jom lihat lebih lanjut menu-menu yang pasti membuat anda semua meleleh air liur!
Bulgogi Beef Deopbab (Stir-Fry Marinated Beef Rice)
Resepi ini menggunakan daging, bulgogi dengan nasi. Deopbab membawa maksud nasi yang ditutup dengan topping. Jadi nama untuk menu popular Korea ini adalah berdasarkan topping yang diletak di atas nasi tadi. Hidangan ini tidak pedas dan terasa manis daging yang digunakan. Bagi yang tidak sukakan menu pedas, boleh cuba menu ini.
RM18.90
Dakgalbi Chicken Deopbab (Spicy Stir-Fry Chicken Rice)
Dak Galbi atau dakgalbi ini diantara menu yang Kak Bell suka. Hidangan Korea yang popular ini terdiri daripada ketulan ayam goreng yang diasinkan dalam sos gochujang bersama dengan nasi. Ayam tanpa tulang berwarna merah ini sebenarnya tidak pedas. Jika ingainkan sensasi rasa pedas yang ringan, suka makanan pedas boleh cuba menu ini.
RM18.90
Dol Sot Bibimbap (Rice Layered With Mixed Vegetables)
Istilah "bibim" ni bermaksud mencampurkan pelbagai jenis bahan dan "bap" merujuk kepada nasi. Bibimbap dihidangkan sebagai semangkuk nasi putih hangat dengan sayuran, telur dan pilihan daging atau ayam. Untuk hidangan ini, anda perlu adukkan (gaulkan) semua bahan sebelum dimakan.
RM19.90 (Ayam)
RM20.90 (Daging)
Kimchi Jjigae (Kimchi Stew)
Kimchi Jjigae atau Sup/Stew Kimchi ini terdiri dari kimchi yang dimasak dengan tofu dan cendawan enoki. Teksturnya lebih kepada stew dan ada rasa pedas dan masam dari kimchi. Walaupun tidak berapa menggemari menu sayur-sayur kimchi ni, rasanya ok dan masih enak.
RM17.90 (Ayam)
RM18.90 (Daging)
Jajjangmyun (Black Bean Sauce Noodle)
Jjajangmyun ini sebenarnya adalah hidangan mi China yang telah diubahsuai dengan rasa Korea. Mi dicampur dengan sos kacang hitam disamping telur rebus dan bahan-bahan lain. Rasa sos kacang hitam agak pelik tetapi masih menarik untuk dicuba. Bagi Kak Bell rasanya biasa sahaja.
RM18.90
Hangul Chicken Ramyun (Fried Chicken Ramyun)
Hidangan ramen kuah ala Korea ini dihidangkan bersama dengan ketulan ayam goreng, telur rebus bersama dengan side dish kimchi dan sushi. Ketulan ayam gorengnya ranggup dan rasa kuahnya juga tidak pedas.
RM18.90
Myeongdong Topokki (Spicy Korean Rice Cake)
Tteokbokki, kek beras yang berbentuk silinder ni dimasak dengan pes cili pedas gochujang bersama dengan telur rebus. Menu ini merupakan menu signature di myeongdong topokki ni, jadi pengunjung mesti lah kena cuba. Rasanya chewy dan lebih lebih enak dimakan ketika masih panas.
RM7.90 (Regular)
RM11.90 (Large)
Korea Chicken Snack Dakgangjeong
Untuk hidangan snek di sini, korang boleh cuba Cheesy Bulgogi Fries, Yangnyeom Chicken dan Ganjang Chi-ken. Ketiga-tiganya memang sedap dan Kak Bell lebih sukakan Cheesy Bulgogi Fries dan Yangnyeom Chicken.
Cheesy Bulgogi Fries
RM9.90 (Ayam)
RM10.90 (Daging)
Yangnyeom Chicken (Spicy Korean Fried Chicken)
RM10.60 (6pcs)
Ganjang Chi-ken (Soy Garlic Fried Chicken)
RM10.60 (6pcs)
Rasa Yangnyeom Chicken memang pedas berbanding dengan Dakgalbi Chicken Deopbab. Walaupun pedas, Kak Bell masih sukakan Ayam Yangnyeom ni. Pada yang tak tahan pedas, mungkin tidak akan sukakan snek ini. Kak Bell recommend untuk korang semua cuba!
Kesemua menu yang telah dicuba rasanya boleh tahan walaupun Kak Bell bukanlah peminat tegar makanan Korea. Menu pilihan Kak Bell si sini adalah Bulgogi Beef Deopbab, Dakgalbi Chicken Deopbab, Hangul Chicken Ramyun, Yangnyeom Chicken dan Cheesy Bulgogi Fries. Sebelum terlupa, hidangan Korea di MyeongDong Topokki adalah HALAL. Jadi korang tak perlu risau.
Bagi yang suka makan makanan Korea pastinya ada pendapat tersendiri dengan menu-menu di sini. Bagi yang nak datang cuba, bolehlah berkunjung di outlet MyeongDong Topokki yang bersepah di sekitar Kuala Lumpur. Daebak! Next time nak datang makan lagi. Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut.
Website: https://myeongdongtopokki.com/
Instagram: https://www.facebook.com/myeongdongtopokki
MyeongDong Topokki Sunway Pyramid
MyeongDong Topokki 1Utama (New Wing)
MyeongDong Topokki Paradigm Mall
MyeongDong Topokki Sunway Putra Mall
MyeongDong Topokki SS15 Subang
MyeongDong Topokki The Mines Shopping Mall
MyeongDong Topokki Setia City Mall
MyeongDong Topokki IPC Shopping Centre
MyeongDong Topokki Sunway Velocity
MyeongDong Topokki Kuantan City Mall
MyeongDong Topokki Ipoh Parade
MyeongDong Topokki Aeon Ipoh Station 18
MyeongDong Topokki Kuala Terengganu
MyeongDong Topokki Mesa Mall Nilai
MyeongDong Topokki Aeon Nilai
MyeongDong Topokki Palm Mall Seremban