Hampir lebih setahun Kak Bell tak pergi bercuti ke mana-mana samaada di dalam atau luar negara. Paling terakhir travel adalah pada 17 bulan lepas ke Pulau Perhentian. Mungkin kalau ada kelapangan nak merancang percutian ke Pulau Tioman atau Langkawi. Bercerita pasal pantai, bulan lepas Kak Bell ada survey tuala pantai (beach towel). Bukannya apa, kalau ke pantai mesti akan rimas kalau pasir melekat-lekat pada kain dan sangatlah tidak praktikal nak membawa tuala biasa ke pantai. Jadi, Kak Bell nak kongsikan tentang tuala pantai dari Tesalate yang berasal dari Australia. Katanya, tuala pantai Tesalate ni diantara yang terbaik di dunia. Betul ke?
Tuala Pantai Tesalate
Apa yang menarik tentang tuala syarikat Tesalate dari Australia ini ialah pasir tidak akan melekat pada tuala mereka ketika di pantai (sand-free) dan ianya boleh digunakan di banyak tempat dan acara. Tuala yang diperbuat daripada mikrofiber AbsorbLite ini terdiri daripada campuran komposisi bahan 80% poliester dan 20% poliamida. AbsorbLite ini direka untuk tahan lasak dan membolehkan pasir mudah meluncur dan tidak akan tersekat pada serat benang seperti pada tuala biasa. Pasir akan serta merta jatuh dari tuala tanpa melekat selepas diangkat.
Bebas-pasir
Pasir memang mudah meluncur dan korang tak perlu lagi risau ketika bercuti di pantai. Selepas digunakan, anda hanya perlu kibaskan tuala dan semua pasir akan jatuh. Walaupun dalam keadaan basah, pasir turut tak melekat!
Tuala Tesalate ini Super Absorbent. Ianya dapat meyerap lebih daripada 1 liter air. Kadar pengeringannya juga dua kali lebih cepat dari tuala pantai biasa.
Ianya sangat ringan dan boleh digulung atau dilipat dengan mudah untuk penyimpanan. Memang sangat sesuai untuk dibawa ketika bercuti. Tuala ini juga disediakan dengan cangkuk supaya mudah untuk digantung dan di bawa. Cangkuk ni berada di tengah-tengah tuala dan korang boleh terus lipat dua dan seterusnya simpan.
Pelbagai Guna
Tuala pantai Tesalate ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Boleh digunakan semasa di pantai, kolam renang, berkelah, percutian, yoga atau di mana sahaja sebagai tuala mahupun alas. Disebabkan Kak Bell belum sempat nak main pasir atau baring-baring tanned kan kulit, Kak Bell gunakan sebagai alas untuk piknik.
Tuala ini dibuat supaya tahan lama dengan jaminan seumur hidup (lifetime warranty). Paling menarik, anda boleh mengembalikannya tanpa sebarang soalan. Jika anda suka reka bentuk yang lain, anda boleh menukarnya secara percuma walaupun anda telah menggunakannya. Pihak Tesalate akan membayar kos penghantaran balik.
Terdapat 38 rekaan menarik untuk tuala pantai Tesalate dengan 2 jenis saiz. Memang sangat cantik sampaikan Kak Bell rambang mata nak pilih yang mana. Akhirnya, design Cali Sunset menjadi pilihan Kak Bell. Setiap dari rekaan tuala mereka datang dengan design pada kedua-dua belah tuala (aztec pattern on the back side). Tak kisah korang boleh guna mana-mana bahagian sebab kedua-duanya sangat stylish!
Saiz biasa untuk seorang sudah cukup besar dengan ukuran saiz 160cm x 80cm / 63 x 31inci. Bagi yang ingin mendapatkan saiz lebih besar untuk 2 orang, saiznya adalah 160cm x 160cm / 63 x 63inci.
Full sized beach towel (33 jenis rekaan)
Saiz : 160cm x 80cm / 63 x 31 inches.
Harga : $59USD
Double sized beach towel (5 jenis rekaan)
Saiz : 160cm x 160cm / 63 x 63 inches.
Harga : $99USD
Full sized Cali Sunset design
Terdapat pelbagai reka bentuk rekaan yang cantik seperti rekaan geometri, floral, corak dan lain-lain yang boleh dijadikan pilihan untuk semua cita rasa. Dengan ciri tuala yang bebas-pasir, ringan dan praktikal memang sangat sesuai dibawa ke mana-mana. Walaupun harga agak mahal, yang penting Kak Bell puas hati!
Website: www.tesalate.com
Facebook: www.facebook.com/tesalate
Instagram: www.instagram.com/tesalate
Pinterest: www.pinterest.com/tesalate
Tags:
AbsorbLite
AbsorbLite Microfibre
Beach Towel
Event & Review
Sand-free
Tesalate
Travel
Tuala Pantai