Tips Memilih Makanan Kucing, Best Cat Food Malaysia - Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tips Memilih Makanan Kucing, Best Cat Food Malaysia - Bella Jamal

Trending

Tips Memilih Makanan Kucing, Best Cat Food Malaysia - Bella Jamal

Tips Memilih Makanan Kucing, Best Cat Food Malaysia | Makanan kucing (cat food) ialah perkara amat penting perlu ada apabila kita memelihara kucing. Sesetengah dari kita mungkin beranggapan kucing boleh makan apa sahaja seperti manusia. Iyalah, Kak Bell sendiri pun masa tak tahu, ingatkan nasi digaulkan dengan ikan adalah diet terbaik untuk kucing. Actually, it is not good for cats! Jadi perlulah kita ketahui cara Memilih makanan kucing supaya kucing terhindar dari penyakit yang berpunca dari pemakanan mereka. Jom baca lebih lanjut kalau nak tahu makanan anak kucing terbaik buat anak bulus korang.

Makanan Kucing Happy Cat

Apakah Bahan Perlu Ada Dalam Makanan Kucing Yang Baik

Makanan kucing yang baik dan berkualiti harus mengandungi taurine, iaitu asid amino yang khusus diperlukan oleh kucing, vitamin, mineral, dan juga asid lemak/asid amino (menghalang pembentukan batu karang dan jangkitan salur kencing). Dalam pemilihan makanan kucing yang baik, perlu elakkan produk sampingan (by-product) seperti produk yang menggunakan tulang. Bahan campur karbohidrat (filler) seperti oat atau produk kacang soya, mesti dalam jumlah kandungan yang sederhana iaitu kurang dari 40 peratus daripada diet kucing korang.

Perkara yang paling penting, korang mesti menyemak kadar peratusan protein dan apa jenis protein yang digunakan sama ada ayam, ikan, daging lembu atau apa digunakan. Makanan kucing terbaik perlu ada kandungan protein yang tinggi. Ianya lebih baik kerana badan kucing memerlukan protein, tidak seperti manusia yang memerlukan karbohidrat untuk sumber tenaga kita. Semua benda ni korang kena tengok dan kaji dahulu supaya jenama yang dibeli mengandungi bahan-bahan terbaik sebagai pilihan makanan kucing yang baik buat kucing. Baca juga > BOLEHKAH KUCING MAKAN MAKANAN MANUSIA? (HUMAN FOOD FOR CAT)

Kategori & Jenis Makanan Kucing

Memang terdapat banyak jenis produk keluaran makanan kucing premium terbaik di pasaran. Diantaranya makanan kucing kering yang bagus seperti Blackwood, Equilibrio, IAMS, iCATS cat food, Vita Cat, Royal Canin, Taste of Wild dan macam-macam lagi. Pokok pangkalnya mesti nak tengok bajet asing-masing jugalah. Ok, terdapat 3 kategori & jenis makanan kucing seperti berikut:

1) Super Premium/Holistic (paling bagus, mahal, agak susah nak dapat).
2) Premium (bagus, harga bergantung).
3) Komersial (paling murah dan mudah didapati di pasaraya, kedai runcit).

Makanan Kucing ( Cat Food) Brit Premium
Brit ni beli sebab Cik Lucy sensitif skin lebih 3 tahun. Pening tak tau nak bagi makan apa. Hujung-hujung elok after istiqomah letak ubat kutu/hama.

Makanan kucing jenis komersial adalah terdiri daripada makanan kucing yang kerap muncul di media seperti tv, suratkhabar dan sebagainya. Jenama jenis ini sangat popular kerana mudah di dapati di mana-mana kedai runcit dan supermarket berdekatan korang. Makanan jenis Premium dan Holistik jarang dikenali dan jenama-jenama ini biasanya terdapat di pet shop atau di klinik haiwan sahaja. Perbezaan di antara ketiga-tiga kelas makanan kucing di atas ialah isi kandungan dan bahan-bahan pembuatan makanan tersebut. 

Makanan kucing yang berkualiti mesti menggunakan bahan dan sumber protein tinggi seperti isi Ikan Salmon, Ikan laut, Daging Ayam, Daging Ayam Belanda dan lain-lain. Produk Super premium atau holistic tidak mempunyai steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan dan filler seperti jagung, gandum, soya. Korang mesti elak untuk membeli cat food yang menggunakan bahan by-product yang rendah kualiti, perasa tambahan kerana kandungan garam tinggi dan makanan kucing yang mengandungi banyak karbohidrat filler yang tidak mempunyai vitamin atau nutrisi untuk kucing.

KUCING BOLEH HASILKAN VITAMIN C SENDIRI?
Betull. Haiwan seperti kucing, lembu, kambing dan arnab, serta kebanyakan haiwan mamalia yang lain, dia orang boleh menghasilkan Vitamin C dalam sistem badan mereka. Tapi, kita, manusia. Tak boleh.

Happy Cat Junior Jenis Premium
Happy Cat Junior RM100 4KG after discount. Sedap memasing makan. Pitam mahal!

Bahan By-Product Tidak Berkhasiat Untuk Kucing

Bahan by-product tu ialah bahagian haiwan yang kita tak makan seperti kepala ayam, paruh ayam, kaki ayam, bahagian organ dalaman dan lain-lain. Filler yang selalu digunakan untuk makanan kucing adalah seperti corn/wheat gluten, cornmeal, ground wheat dan lain-lain. Untuk membezakan makanan yang pakai by-product biasanya kering, tak berapa moist dan tidak berminyak compared to premium atau super premium. Benda ini bertindak sebagai filler yang buatkan kucing kenyang, untuk beri bentuk pada kibbles tapi tidak berkhasiat untuk kucing. Kibbles yang bagus perlu ada at least 33% protein.

Pet Cuisine Jenama China
Brand ni agak murah, tapi dipercayai dari China. Lepas 2 bag beli terus stop sebab tak yakin.

Sava Essential Makanan Kucing
Not bad, but tengok meow maintain tak gemuk-gemuk. Lepas tukar Blackwood semua gebu balik.

Produk Super premium atau holistic tidak mempunyai steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan dan filler seperti jagung, gandum, soya. Kandungan holistic pet food, memang tak ada benda-benda ni dan sebab itu harga holistic cat food paling mahal dan dilabel super premium. Kak Bell ada pengalaman sebab nak jimat kos, beli cat food komersial. Akhirnya anak kena FLUTD. Baca sini > SKY KENA FLUTD. Dah kena dekat RM1k untuk rawatan. Korang memang kena cuba elakkan membeli cat food dengan kandungan by-product, banyak perasa tambahan atau bahan pengawet (especially garam dan dry food berwarna) yang sememangnya tidak baik untuk kucing kerana ia boleh menyebabkan batu karang kepada kucing. 

Blackwood Cat Food Review

Kak Bell dah pernah cuba macam-macam juga cat food brand (dry foods) seperti Blackwood, Equilibro, Taste of Wild, Brit Care, Happy Cat, Greens dan lain-lain. Buat masa sekarang Kak Bell bagi Blackwood, mixed dengan Royal Canin Urinary Care (sekali-sekala campur supaya dorang minum lebih banyak air). Disebabkan pengalaman lalu, Kak Bell dah tak berani nak bagi cat food yang ada bahan merapu disebabkan nak jimat. Kos kalau kucing sakit, lagi gila nak bayar dikemudian hari. So far memang adult cats ngam dengan Blackwood ni. Untuk anak kucing bolehlah bagi Blackwood Kitten Food. Mungkin korang boleh cari juga Blackwood cat food review, equilibrio cat food review dan juga yang lain untuk rujukan.

Jenis Makanan Kucing Blackwood
3 jenis Blackwood

Blackwood Breeder Pack
Breeder Pack 23KG

*Blackwood Indoor Cat Formula Chicken Meal & Brown Rice Recipe is a flavourful, easy-to-digest recipe that delivers superior nutrition in every bowl. Made with 30% all-natural chicken protein, this meal furnishes all the amino acids that support healthy muscles, bones, and immune systems. A portion of complete and balanced cat food for feline friends.

*Kindly check the label for the Full Ingredient List
Chicken Meal, Brown Rice, Millet, Ground Grain Sorghum, Oat Groats, Egg Product, Pea Protein, Menhaden Fish Meal, Brewers Dried Yeast, Natural Flavor, Chicken Fat (Preserved with Mixed Tocopherols), Dried Plain Beet Pulp, Whole Ground Flaxseed, DL-Methionine, Menhaden Fish Oil (Preserved with Mixed Tocopherols), etc

Belif Cat Food Review

Belif Cat Food Chicken & Turkey adalah pilihan yang bagus untuk anak kucing dan kucing dewasa. Dengan kandungan Asid Amino, dapat memberi kulit dan bulu kucing anda lebih sihat dan berkilat. Malah dengan kandungan taurin, makanan kucing yang bagus ini dapat memberi penglihatan yang lebih baik. Makanan kucing ini sesuai untuk diet dan dapat membantu dalam proses pencernaan serta mencegah pembentukan batu di dalam buah pinggang kucing anda.

  • Sesuai untuk diet
  • Mengandungi taurin
  • Tidak mengandungi bahan pengawet
  • Bau makanan kucing tidak menyenangkan (keburukan)

VITAL PLUS Cat Food Review

  • Merupakan makanan kucing super premium!
  • VITALPLUS CHICKEN CAT / SALMON RECIPE (protein 30%, lemak 15%)
  • Makanan lengkap dan seimbang untuk kucing.
  • Mengandungi daging ayam
  • Taurine ditambahkan untuk jantung dan mata yang kuat dan sihat
  • Penjagaan alahan – dengan protein ayam terhidrolisis dan Omega 3 & 6 yang optimum
  • Dirumuskan untuk kesihatan saluran kencing yang optimum
  • Kawalan bola bulu – mengandungi serat yang tinggi membantu menghilangkan bola bulu
  • Minyak salmon segar dan makanan salmon dicampur ke dalam formula untuk memenuhi deria rasa kucing dan menggalakkan kulit dan bulu yang sihat
  • Mengandungi karbohidrat yang sangat mudah dihadam untuk membantu pencernaan dan mencegah gangguan usus
  • Vitamin E dan selenium untuk menguatkan sistem imun.
  • Bebas daripada pengawet buatan dan pewarna

Pilih Makanan Kucing Premium Dan Bergantung Kepada Bajet

Sekarang Kak Bell dah beli semula Blackwood tetapi beli pek besar 23KG (22.68KG) terus. Salah satu brand popular ialah Royal Canin. Tapi harganya mahal sangat, tak mampu nak bagi kalau ada anak-anak ramai. Jadi Kak Bell sarankan beli makanan kucing premium dan ianya bergantung kepada bajet korang supaya poket tak koyak dan kucing terhindar dari penyakit yang berkaitan dengan pemakanan.

 

Tips dia kalau korang ada kucing yang banyak, anak yang ramai, better beli breeder pack. Memang sangat jimat. Untuk pek 6KG Blacwood berharga RM115 dibandingkan dengan pek 23KG harganya RM320. Before this memang beli yang 6KG je sebab tak larat nak angkat, berat. Duduk pula tingkat 16. Bila memikirkan dalam sebulan 12KG pun tak cukup, jadi terus beli breeder pack. Bayangkan kalau pek 6KG x 3 pek x RM115= RM345 berbanding korang boleh jimat dan dapat extra 5KG dengan harga RM320. Buat masa ni, tahan 1 1/2 bulan untuk 12 ekor kucing di rumah. Berbaloi sangatlah walaupun Kak Bell hanya mampu heret je pek yang berat itu (sekarang dah beli troli untuk memudahkan kerja transportasi barang kucing). Sekali-sekala baru bagi wet foods, fresh chicken (ayam rebus),multivitamin atau cat treat. Klik sini > AYAM REBUS BAIK UNTUK KUCING 


Blackwood ni sebenarnya adalah makanan kucing jenis premium. Kandungan high protein pun dalam 30%-33% (cari protein content tinggi). Si Puteh yang sebelum ni kurus dah gemuk semula bila Kak Bell bagi semula diet Blackwood. Cik Lucy yang selalu kegatalan dan bulu gugur pun dah lebat semula bulunya. Ni berdasarkan pengalaman Kak Bell lah. Mungkin sebab dari kecik dah memang bagi Blackwood dan serasi dengan anak-anak di rumah. Kalau korang kaya raya, bolehlah beli jenis holistic atau super premium macam Orijen atau Evo atau brand lain dalam kategori best cat food malaysia. Terpulanglah poket anda but Kak Bell tak saran beli jenama komersil W, SH atau PD. Kak Bell beli pun buat sedekah amal bagi stray cat. Huhu.

***update: sekarang breeder pack Blacwood susah nak dapat. Ada pek biasa sahaja. Kak Bell sekarang dah pakai Vital-Plus sebab ada FLUTD care + Brit Care Cat Grain-Free STERILIZED URINARY HEALTH (dulu pakai Hills Urinary Care) khas untuk elak kucing kena penyakit UTI (Urinary Tract Infections). Kedua-duanya ok tapi yang Brit makanan kucing ni ekonomi sikit. Ada juga yang tanya pasal Molly Cat Food dan makanan kucing reflex plus. Brand ni pun Kak Bell belum cuba sebab takut nak tukar-tukar makanan lagi sebab sistem pencernaan kucing sensitif.

***Paling latest Kak Bell masih pakai makanan kucing grain free Brit Care dan jenama EGOCAT sebab vital plus selalu tak ada stok. Egocat ada ciri untuk cat urinary health.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post