Cara Masak Sardin Tin Simple - Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Masak Sardin Tin Simple - Bella Jamal

Trending

Cara Masak Sardin Tin Simple - Bella Jamal

Cara Masak Sardin Tin Simple - Bella Jamal | Hi korang! Ada peminat sardin tak kat sini? Ikan sardin segar kalau digoreng pun memang sangat sedap. Kalau nak lebih senang, pakai sardin dalam tin. Zaman la ni sardin bukan makanan orang tak berduit, dah boleh kira makanan mewah sebab mahal ya ampun. Kebetulan menyinggah kedai runcit, Kak Bell belilah setin jenama biasa. Kalau korang beli jenama apa saje or mesti beli Ayam Brands?

Cara Masak Sardin Tin Simple



Tahun lepas, kecoh sekejap satu Malaya sebab isu produk tin ikan ni ada cacing Filum Nematoda daripada Genus Anisaki. Ye memang geli hokkay. Pada tahun 2018, KKM telah mengarahkan syarikat pengeluar sardin jenama Cinta, TL Tan Lung, TLC, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy ditarik daripada pasaran kerana produk tin itu mengandungi cacing. Ceritanya, kali ni Kak Bell tak beli jenama Ayam Brands yang biasa, Kak Bell beli jenama SJE. Bila terbaca artikel pasal cacing ni, terus lah Kak Bell gelabah ayam takut jenama yang di beli adalah termasuk dari jenama yang telah di tarik balik. Kebiasaannya kalau memasak sardin, memang Kak Bell akan asingkan ikan dan kuahnya. Nasib baiklah bebas cacing. Walaupun dah masuk tekak, terus rasa kembang pula tekak ni. So, untuk langkah berhati-hati, belilah jenama yang disahkan bersih dan diluluskan oleh KKM.



Harini disebabkan sis agak stress, so sis memasak. Sardin tin simple. Kalau resipi ikan sardin homemade paling mudah dan tak guna banyak bahan. Cuma guna kisaran tomato segar, tomato puree dan sos tomato. Sebelum ni dah ada beberapa resepi ikan sardin dalam tin Kak Bell share seperti sambal tumis sardin, sardin goreng dan termasuklah resepi sardin segar. Godek-godekla entri sebelum ni ye. Jom cuba cara masak sardin tin simple Kak Bell dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan:
1 tin sardin
2 biji cili merah/cili padi
1 biji bawang merah/bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar/pes cili
1 mangkuk kecil air asam jawa
Sedikit garam + gula
Perasa (jika suka)

Cara memasak:
1) Hiris nipis bawang besar, lada merah dan cincang halus bawang putih.
2) Masukkan 
minyak ke dalam kuali, panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar dan bawang putih.
3) Masukkan cili kisar dan tumis bahan hingga masak dan naik bau/naik minyak, kemudian masukkan kuah sardin.
4) Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
5) Masukkan ikan sardin dan biarkan seketika.
6) Perasakan dengan garam, sedikit gula dan perasa.
7) Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan lada merah.

TIPS!
  • Asingkan ikan dan kuahnya dan pastikan tiada bendasing
  • Jika tak nak gunakan kuah dalam tin, boleh tumis gunakan cili kisar sahaja
  • Boleh tambah sos tiram, serbuk perasa secukup rasa jika suka
  • Tambahkan air secukupnya untuk kuah (sukatan tin sardin penuh)

Simple aje kan cara masak sardin tin ni. Sedap pulak tu! Tapi sis sekarang dah trauma la nak masak lauk sardin tin. Walaupun dah masak sis tetap pergi check sardin dalam periuk untuk mengelak keraguan. Huhu. Lepas ni beli jenama mahal nak mampus supaya selamat!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post