FinTech (Financial Technology) atau teknologi kewangan, bermaksud teknologi yang digunakan dan diaplikasikan dalam sektor perkhidmatan kewangan. Teknologi dan inovasi yang bertujuan untuk bersaing dengan kaedah kewangan tradisional ini menggunakan telefon pintar untuk urusan perbankan mudah alih supaya lebih mudah diakses oleh orang awam.
Kumpulan TFP (TFP Solution Berhad), melalui anak syarikat milik penuhnya, MBP Solutions Sdn Bhd, telah menandatangani kerjasama bersama Tune Talk untuk melancarkan produk fintech mudah alih OneCALL yang mensasarkan populasi "Un-banked" iaitu mereka tidak mempunyai bank akaun terutamanya warga asing yang berkerja di Malaysia.
Daripada anggaran TFP, kira-kira 2 juta rakyat Malaysia yang mewakili 8% daripada 24 juta orang dewasa di negara ini, tidak mempunyai akaun bank dan kira-kira 66% pekerja asing juga tidak mempunyai kemudahan perbankan. Melalui jangkaan, sejumlah RM20 bilion aliran keluar atau penghantaran melalui saluran bukan perbankan dalam setahun. Memandangkan situasi ini, pihak TFP bersama Tune Talk telah memeterai perjanjian pada majlis menandatangani perjanjian pelancaran OneCALL.
Aplikasi OneCALL di sediakan dengan bertujuan untuk menangani cabaran di dalam pasaran kewangan seperti pengiriman wang, ATM maya, PIN permainan, Lifestyle Tools, pembayaran bil bersama dengan peserta yang terlibat dengan program usahawan B40. Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah diadakan 9 Julai 2019 lalu di Sunway Putra Hotel bersama kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif TFP Abdul Latib bin Tokimin dan CEO Tune Talk Ameen Amaendran bersama Pengarah Urusan TFP, Dato 'Hussian @ Rizal bin Abdul Rahman dan ketua pegawai pemasaran Tune Talk, Joseph Lim.
Berbalik kepada golongan sasaran mereka iaitu penduduk dan pekerja asing yang tidak mempunyai akaun bank adalah berikutan dari persepektif pasaran tersebut di Malaysia. Di anggarkan bahawa, terdapat 9 juta orang yang tinggal di kawasan luar bandar dan 40% daripada 32 juta penduduk Malaysia berada dalam kumpulan B40. Mengenai pekerja asing, kajian yang dilakukan menunjukkan kira-kira 2 juta warga Bangladesh, sejuta orang Indonesia dan 800,000 Nepal yang kini tinggal di seluruh Malaysia.
"Kami menghargai OneCALL kerana memilih kami sebagai rakan kongsi yang dipercayai. Sebagai pengendali terbaik Virtual Network Operator (MVNO) di Malaysia, dengan produk dan perkhidmatan yang menarik, Tune Talk telah berada dalam industri secara kompetitif hampir 10 tahun dan kami benar-benar berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perkongsian perniagaan ini " kata Ameen.
Di samping itu, pelanggan OneCALL juga akan menikmati perkhidmatan mudah alih Tune Talk seperti perkhidmatan suara, sms dan/atau data plan dengan pelbagai faedah seperti Tune Talk Big Points, penebusan penerbangan dan promosi perjalanan dengan AirAsia, program ganjaran dari Rakan Tune Talk serta insurans peribadi (Tertakluk Terma dan syarat untuk manfaat ini).
Mereka berharap kolaborasi ini dapat berkembang pesat bersama-sama rakan kongsi OneCALL yang terlibat. Dalam era digital yang pantas ini, inovasi tersebut adalah salah satu langkah besar bagi industri dengan misi berwawasan.
En. Latib dari TFP Solution juga menyatakan bahawa untuk syarikat perladangan, pembinaan, perlombongan dan pembuatan dan bahkan restoran yang bergantung kepada tenaga kerja asing, TFP dapat menggabungkan pengurusan sumber manusia (HRM) dan sistem pembayaran dengan e-Wallet ke OneCALL. Sistem penyelesaian HRM dan pembayaran gaji meraka sudah lama diketahui dengan pelbagai fungsi seperti penjadualan jadual pekerja, sistem cuti dalam talian, pengurusan tuntutan dan mengeluarkan penyata gaji. Dengan mengintegrasikan OneCALL ke dalam sistem penyelesaian mereka yang sedia ada, pihak TFP berhasrat untuk membangunkan e-wallet yang akan membolehkan syarikat-syarikat terbabit membayar gaji secara terus kedalam e-wallet pekerja mereka.
Selain itu juga, TFP juga bercadang untuk mengintegrasikan OneCALL ke dalam sistem pengurusan kampus dan institusi pembelajaran. Dengan OneCALL, para pelajar juga akan dapat menggunakan e-wallet bagi pembayaran tanpa tunai untuk sebarang pembelian di kampus. Dengan adanya aplikasi ini, ianya memainkan peranan besar untuk perkembangan teknologi kewangan di negara kita. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut:
OneCALL
http://onecall.my/
TFP Group
Tune Talk
Tags:
AirAsia
E-Wallet
Event & Review
Financial Technology
FinTech Mobile
HRM
OneCALL
TFP Solution
Tune Talk