Resepi Ikan Sardin Segar Masak Sambal Kicap Mudah - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ikan Sardin Segar Masak Sambal Kicap Mudah

Trending

Resepi Ikan Sardin Segar Masak Sambal Kicap Mudah

Resepi Ikan Sardin Segar Masak Sambal Kicap Mudah | Ikan Sardin atau Makerel yang dihidangkan dalam sos tomato memang dah jadi kebiasaan pada kita. Selain tahan lama, makanan dalam tin ni sesuai sangatlah dimasak di waktu kecemasan kalau tiada stok bahan mentah. Ada juga yang lebih suka mengolah kembali masakan sardin dalam tin tanpa menggunakan kuah sos tomato di dalam tin sardin. Kebiasaannya Kak Bell akan gunakan sahaja kuah tomato tersebut tetapi ada tambah sedikit bahan-bahan lain supaya lebih sedap.


Kali ni, Kak Bell nak kongsikan resepi masakan sardin menggunakan ikan sardin segar. Yang mana yang tidak gemar makanan dalam tin, bolehlah gunakan ikan sardin segar yang tentunya lebih sihat. Tak perlu nak was-was dalam sardin ada cacing ke apa.


Resepi ni memang sangatlah mudah yakmat nak buat. Lebih kurang sama je bila masak 1 tin sardin. Cuma perlu ada cili kering/pes cili, kicap pekat dan ikan sardin. Kali ni memang takde bahan-bahan tambah apa. Tersangat simple tapi menyelerakan! Kiranya step memasak basic 101 aje. Hehe. Oklah, jom tengok bahan-bahan.

Bahan-Bahan
4 ekor ikan sardin segar
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 senduk besar cili kisar
Kicap pekat manis
Garam/perasa
Minyak masak

Cara memasak:
1) Rebus cili kering yang telah dipotong/digunting hingga layu/lembut dan angkat.
2) Kisar semua bahan bertanda* dengan cili dah direbus, tambah sesudu minyak masak.
3) Panaskan minyak masak dan goreng ikan sardin, kemudian angkat.
4) Tinggalkan sedikit minyak goreng tadi dan tumis bawang dan cili kisar tadi sampai naik bau dan naik minyak.
5) Tambahkan kicap pekat manis secukupnya, kacau sebati.
6) Masukkan ikan sardin goreng tadi dan masukkan garam dan perasa secukup rasa.
7) Hiris bawang besar dan panaskan sekita sebelum dihidangkan.

TIPS!
  • Boleh tambahkan tomato atau kentang, lada atau cili padi sebagai hiasan
  • Jika nak pedas, lebihkan cili atau guna cili yang jenis pedas
  • Gunakan kicap pekat manis ABC
  • Jika nak lebih berkuah, masukkan air dan sedikit air asam jawa

Dah pun siap. Ikan sardin kicap semata, tak ada sayur atau lada bagai but confirm sedap! Untuk kicap pekat tu, tak kisahlah nak gunakan jenama apa. So far, Kak Bell buat masak kicap+cili gunakan jenama ABC ni memang terangkat. Mesti kena ada pedas-pedas sikit barulah membuka selera. Selamat memasak ye korang. Silalah tinggalkan komen kalau menjadi ya!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post