Bagaimana Cara Memilih Cili Kering - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bagaimana Cara Memilih Cili Kering

Trending

Bagaimana Cara Memilih Cili Kering

Cili (Capsicum sp.) atau cili kering memang bahan masakan penting untuk masakan pedas. Kalau Kak Bell memasak sambal dan sebagainya mesti nak kena ada sedikit rasa pedas, baru berselera nak menikmati makanan. Kemudian, kalau nak memasak sambal, mesti nak gunakan cili kering yang dikisar sendiri berbanding cili boh atau yang dah sedia siap sebab rasanya agak kurang sedap. Mungkin ada jenama yang ok, tetapi pada Kak Bell lebih prefer cili yang dikisar sendiri.


Secara kasarnya, kalau kita lihat cili kering ni semua sama sahaja tetapi ada perbezaanya. Kadang-kadang, bila memasak ada ketikanya terlebih pedas dan ada juga tidak pedas langsung. Walhal kuantiti cili kisar yang digunakan adalah sama. Sebelum ni, Kak Bell tak ambik pusing sangat tentang jenis cili ni. Asalkan cili kering, kita bedal sahajalah asalkan boleh diguna untuk masak.

Kalau di Mexico, terdapat lebih daripada 150 jenis cili yang terdapat di sana dan terdapat pelbagai cara digunakan untuk menambah rasa pedas pada masakan mereka. 11 jenis cili yang paling popular adalah Poblano, Ancho, Habanero, Serrano, Pasilla, Jalapeno, Guajillo, Puya, Chipotle, Chiles de Arbol dan Cascabel. Cukuplah kita di Malaysia ni gunakan cili yang ada. Makan pedas-pedas sangat pun tak bagus juga.
Sumber Google

Di Malaysia terdapat beberapa jenis cili kering yang dijual. Kalau ke pasaraya, memang korang boleh jumpa ada beberapa jenis cili kering. Kalau ke NSK tu, ada yang jenis kerinting kereport, ada yang licin cantik rupawan bentuknya. Walaupun dah ramai tahu pasal cili ni, Kak Bell sahaja nak kongsikan semula buat pembaca blog Kak Bell.


Kalau korang nak tahu, sebenarnya tahap kepedasan cili tu bergantung kepada kandungan kapsaisin (bahan kimia Capsaicin) yang terdapat di dalam plasenta cili (bahagian tengah cili yang ada biji cili). Kapsaisin ini sebenarnya yang menyumbangkan rasa pedas atau rasa terbakar di dalam cili yang menentukan darjah kepedasan cili yang digunakan. Skala Scoville adalah kaedah mengukur tahap kepedasan cili dan lada paling pedas di dunia yang dilaporkan dalam unit haba Scoville (SHU), melalui ujian fungsi kepekatan kapsaisin. Teringat masa belajar Kimia di UKM dulu ada kawan yang buat final projek tentang kepedasan cili ni.

Sumber Google

Cara Memilih Cili Kering
Jadi bagaimana nak pilih cili Tak Pedas, Kurang Pedas dan Terlebih Pedas ni? Takkan nak pergi buat ujian kimia check kandungan kapsaisin pulak kan. Cukuplah sekadar melihat kepada bentuk cili kering tersebut bagi membezakan tahap kepedasannya. Secara harfiahnyalah dengan mata kasar. Btw, caption untuk cili ni sis copy pasta disamping sedikit editing ya. Sis tak tahu siapa pemilik asalnya, sebab memang kelakar huraian dia. Hiks.


A. Cilinya nampak cantik, tidak berapa kering kulitnya dan nampak glowing bersinar. Btw, jangan terpedaya dengan kelembutan wajahnya sebab cili yang ni jenis puaka niyang rapik punya rasa. Extra pedas. Kalau makan rasa macam nak tumbuk orang yang ada kat sebelah.

B. Cilinya nampak kering kontang bagai gurun sahara. Yang ni pedas biasa dan selalu digunakan dalam masakan. Kepedasannya oklah dan mungkin kanak-kanak boleh makan dan masih senyum.

C. Yang ni cilinya nampak macam terlebih kolejen, bersinar-sinar. Rasanya langsung tak pedas. Kalau kanak-kanak makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra (sesungguhnya sis sedang ketawa baca ni).

Ok, kebiasaanya kalau peniaga dan suri rumah lebih suka pilih cili kering yang kurang pedas. Cili kering jenis B ini lebih sesuai dengan selera kerana tidak terlalu pedas dalam dan lebih menepati citarasa semua. So, lepas ni senanglah korang nak pilih cili mana yang nak dibeli.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post