Asia, benua terbesar dengan penduduk paling ramai menjadi rumah kepada pelbagai budaya dan juga terkenal mempunyai ciri-ciri masakan yang sendiri. Selain hidangan lazat, makanan Asia juga amat baik untuk kesihatan kerana menggunakan bahan yang lebih semulajadi berbanding dengan hidangan Barat. Jika berkunjung ke mana-mana negara Asia, pastinya kita tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati keenakan rasa hidangan istimewa mereka yang memang kaya dengan rasa.
Dari segi gaya masakan pula, masakan Asia memberi penekanan kepada penggunaan bahan yang mempunyai rasa dan aroma yang kuat seperti sitrus dan herba seperti limau, ketumbar dan daun selasih (basil). Selain itu kombinasi garam dan gula dengan kuantiti yang sepatutnya dalam setiap masakan turut memberikan rasa unik dan boleh dibezakan pada sesuatu masakan Asia.
Bersempena dengan Asia Food Festival 2019, Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur menampilkan pelbagai hidangan terbaik dari negara-negara Asia bermula dari 14 Jun hingga 14 Julai ini. Festival makanan asia ini akan menampilkan beberapa hidangan terbaik negara Asia yang terdiri dari makanan Thailand, Malaysia, Indonesia, Myanmar, Vietnam, China, Filipina, Jepun, India dan Kemboja.
Pada tahun ini, Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel turut menyediakan gerai-gerai makanan negara-negara Asia yang mempamerkan keunikan pelbagai jenis masakan Asia dari Jepun, China, Vietnam, Kemboja, Filipina, Myanmar dan Thailand. Terdapat lebih daripada 150 jenis hidangan bufet mewah yang pasti memenuhi selera peminat hidangan Asia. Berkesempatan berkunjung ke Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel, Kak Bell menikmati beberapa hidangan masakan Asia terbaik disini.
Diantara menu utama mereka seperti Itik Masak Kari Kentang, Ikan Merah Cili Hijau, Kambing ‘Navarin’ dengan Sayur, Ayam Halia Vietnam, Kari Daging Selatan Thailand, Ikan Siakap Dengan Sos Hoisin, Udang Masak Lemak Cili Padi, Kari Daging Massaman dan banyak lagi.
Pan Seared Seabass Fillet with Hoisin Sauce
Fish Kuli Bada
Udang Masak Lemak Cili Padi
Aloo Jeera
Wok Fried Squid with Assam Paste
Kesemua menu utama ini, sudah Kak Bell cuba dan menepati citarasa. Memilih untuk tidak mengambil nasi, kak Bell cuba Wantan Mee. Hidangan Nasi Goreng Indonesia dan nasi Putih juga ada disediakan bagi penggemar nasi.
Wok Fried Wanton Mee with Char Siew
Beef Massaman Curry
Makanan Laut
Kerabu Pucuk Paku
Thai Glass Noodle
Mixed Bean Salad
Untuk gerai makanan pula akan menyediakan hidangan Vietnamese Spring Roll, Ayam Prahok Dip, Kare Kare, Som tam, Tom Yam Gong, Pad Thai, Tempura Burma, Bun cha, Lempeng Vietnam, Dim Sum, Sushi dan sebagainya. Beberapa hidangan ini akan dimasak segar secara 'live' di gerai makanan tersebut.
Kare Kare (Stewed Oxtail)
Fried Rice Indonesia Style
Bagi gerai makanan Indonesia ada Nasi Goreng Indonesia, Sup Ekor dan Rendang daging. Rasanya lebih kurang dengan masakan tempatan tetapi untuk sup ekornya kurang 'kick'. Mungkin juga taste bud Kak Bell terasa tawar. Overall masih enak.
Assorted Sushi
Salmon, Chicken & Beef Bulgogi
Beef Lac Lac Cambodian Style
Chapati
Vietnam Spring Roll
Pelbagai jenis pencuci mulut turut disediakan seperti Puding Mangga, Bubur Kacang Hijau, Puding Roti Coklat Mentega Kacang, Kuih Nyonya, Kastard Labu, Pulut Mangga, selain ABC dan juga ais krim. Peminat 'dessert' pasti tidak akan melepaskan peluang mencuba kesemua aneka kuih-muih dan kek yang menggamit rasa.
Kek Lapis Sarawak
Durian Mouse Cake
Sago Gula Melaka
Kuih Tai-Tai
Cotton Cake
Mocha Eclair
Cheese Cake
Choccolate Banana Cake
ABC
Selain menikmati hidangan mewah, pengunjung juga akan dihiburkan dengan aktiviti persembahan seperti pertunjukan Teh Tarik, Roti Canai Terbang dan tarian kebudayaan. Paling menarik kelas memasak turut diadakan pada setiap Rabu, Jumaat & Ahad pada jam 7.00 malam oleh Festive Chef.
With Mr Alan Mak, General Manager Berjaya Times Square Hotel Kl
Asia Food Festival 2019 Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel ini bermula dari 14 Jun hingga 14 Julai 2019, dari jam 6.00PM–10.00PM. Harga Buffet makan malam Asia Food Festival adalah seperti berikut:
💥RM108 nett untuk dewasa
💥RM54 nett untuk kanak-kanak (berumur 4-11 tahun)
💥RM54 untuk warga emas (berumur 60 tahun ke atas)
* Harga adalah termasuk 6% SST Malaysia
* Promosi istimewa Beli 2 Percuma 1 untuk makan malam dari jam 8.00 malam ke atas.
* 20% diskaun diberikan kepada BFamily, In-house guests dan pemegang kad kredit terpilih.
Untuk membuat tempahan atau untuk pertanyaan lanjut, hubungi Big Apple Restaurant Berjaya Times Square, KL di talian 0321178000 (ext-8133) atau layari www.berjayahotel.com/kualalumpur