Kari Kepala Ikan Lazat Di Philea Mines Beach Resort - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kari Kepala Ikan Lazat Di Philea Mines Beach Resort

Trending

Kari Kepala Ikan Lazat Di Philea Mines Beach Resort

Minggu lalu Kak Bell bercuti agak lama selama 5 hari dari bekerja. Bukannya menghabiskan cuti tahunan, kebetulan pula cuti bersusun cantik back-to-back dari minggu lepas. Dapatlah Kak Bell berehat dan memenuhi undangan rumah terbuka Hari Raya. Dalam memenuhi waktu cuti, Kak Bell sempat menyinggah ke pantai untuk menikmati makan tengah hari. Ramai juga yang bertanyakan, pantai mana pula yang ada di tengah-tengah kota KL ni? Terletak di tengah-tengah hutan konkrit di Kuala Lumpur, memang tak disangka ada sebuah pantai! Dikenali sebagai “beach in the city”, pantai buatan ini terletak di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan.


Ya, pantai buatan tu memang satu hal yang tak dijangka dan apa yang Kak Bell nak ceritakan ialah berkenaan menu makan tengahari semasa kunjungan Kak Bell tempohari iaitu kari kepala ikan!


Pasti ramai yang gemar akan kari kepala ikan dan mungkin juga sebaliknya. Maklum sajalah dah nama pun kepala ikan, tentu sahajalah saiz kepala ikan yang digunakan tidak sebesar kepala ikan kembung! Untuk bulan ini, Philea Mines Beach Resort menawarkan harga promosi bagi menu set kombo kari kepala ikan merah yang disediakan oleh Chef Roslan.

Kari Kepala Ikan Merah

Terdapat 3 jenis set kombo yang boleh dipilih dengan harga istimewa iaitu Kari Kepala Ikan Kombo A, Kari Kepala Ikan Kombo B dan Set Ayam Tempayan. Pengunjung yang datang ke sini, boleh mendapatkan harga promosi ini pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 12PM-3PM. Dalam set kombo ini terdapat 7 lagi menu hidangan lain. Jom tengok apa yang ada dalam set makan tengahari di sini.

Kari Kepala Ikan Kombo A
Harga: RM 79.00 (2-3 pax)

Menu:
1. Steamed White Rice
2. Fish Head Curry
3. Stir Fried Cabbage 
4. Fried Lady Finger 
5. Stir Fried Long Bean 
6. Papadom
7. Sirap Selasih

Kombo B


Kari Kepala Ikan Kombo B
Harga: RM 248 (6 pax) + 1 Bilik Deluxe untuk 2 orang

Menu:
1. Steamed White Rice
2. Fish Head Curry
3. Stir Fried Cabbage 
4. Fried Lady Finger 
5. Stir Fried Long Bean 
6. Papadom
7. Ayam Tempayan
8. Sirap Selasih

Set Ayam Tempayan

Ayam Tempayan

Set Ayam Tempayan 
Harga: RM20 (1 pax)

Menu:
1. Ayam Tempayan
2. Steamed White Rice
3. Crackers + Pickles
4. Sirap Selasih

**air sirap selasih unlimited refill
**teh tarik tambah RM1

Terdapat 4 buah restoran di Philea Mines Beach Resort iaitu Abdul & Charlie’s (Tingkat 1), Laman Tun Teja (Tingkat 1), Cheng Ho Court (Tingkat 2) dan Philea Cafe (Tingkat 4). Semasa kunjungan tempohari, Kak Bell menikmati hidangan Kari Kepala Ikan Kombo B di Laman Tun Teja yang terletak menghadap ke tasik buatan di sini.




Memang sangat untung kalau korang beli Kombo B, RM248 sebab ianya termasuk dengan harga 1 bilik (RM148 6 pax + RM100 Bilik Deluxe) sebab harga sebelum promosi ialah RM580 (RM230 6 pax + RM350 Bilik Deluxe). Gila kalau tak untung! Dah makan pun kenyang sedap, boleh pulak tidur di bilik yang selesa. Untuk pengetahuan korang, ada 2 buah cawangan Philea Resort iaitu di Melaka selain di Mines Seri Kembangan. Jika ke Philea Mines Beach Resort, korang boleh pilih nak menginap di bilik menghadap ke tasik dan pantai atau di chalet yang menghadap lagun.


Chalet menghadap lagun

Balkoni bilik menghadap tasik

Setiap bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara, TV satelit skrin-rata, peti sejuk kecil dan kemudahan membuat kopi/teh. Bilik mandi yang disediakan memang selesa, besar dan dilengkapi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Cantik kan permandangan menghadap tasik dari bilik ni. Kalau masa matahari terbenam mesti permandangan lebih cantik! 


Kalau korang nak makan kari kepala ikan sedap sambil menikmati suasana pantai, korang boleh cuba di Philea Mines Beach Resort. Menu kari kepala ikan merah Chef Roslan memang terangkat, seriously sedap dan Kak Bell recommended korang cuba!


Nak datang kesini, korang boleh waze Philea Mines Beach Resort yang terletak bersebelahan The Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibition Center). 

Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Kredit photo oleh Mawardi Yunus & Dik Bee
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post