Doa Mencari Kucing Hilang - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Doa Mencari Kucing Hilang

Trending

Doa Mencari Kucing Hilang

Mencari kucing yang hilang dari rumah memang tidak mudah. Masuk hari ini dah 6 hari Cik Lilly lesap tak dijumpai. Kebiasaannya memang Kak Bell akan kira dan pastikan cukup bilangan anak-anak di rumah sebelum keluar rumah, manalah tahu ada yang terkurung di dalam bilik. Kak Bell ada 13 ekor kucing dan pada 11hb Jun lepas, kira-kira tak cukup 2 ekor. Ya, 2 ekor anak bulus di rumah hilang! Cik Mimi dan Cik Lilly. Memang Kak Bell terus gelabah but berharap mungkin ada terkurung di dalam bilik housemate atau menyorok kat mana-mana.


Whatsapp dihantar pada housemate dan masing-masing cakap tiada dalam bilik dorang. So, sah-sahlah budak-budak ni dah terlepas keluar. The things is, masa malam Kak Bell balik kerja jam 1AM memang semua anak-anak ada. Cukup korum 13 ekor. Timeline hilang kira waktu Kak Bell tidur hingga jam 10AM baru perasan 2 ekor tak ada. Dalam hati memang ralat sangat sebab budak rumah masing-masing tak mengaku jika ada cuai. Wallahuallam la.

Malam 11hb tu, gigihlah Kak Bell mencari di blok tempat tinggal Kak Bell 22 tingkat. Cari dari atas sampai ke bawah. Perasaan memang bercampur baur sedih, marah dan sakit hati sebab kucing hilang. Selama bertahun-tahun ni tak pernah pula nak hilang.



My concern is kucing indoor ni memang tak boleh dan tak pandai nak survive kat luar. Kedua-dua ekor tu pun memang takut dengan orang yang tak kenal. Nak tak nak malam tu, Kak Bell tekad nak cari dorang tingkat by tingkat sambil bawa cage. Bukannya apa, nanti orang ingat kita nak merompak apa pulak malam-malam buta kan. Dahla mencari seorang diri, housemate yang tak mengaku cuai pun sekor pun tak nak menolong. Seriously sedih dan sakit hati sangat.


Sampai tingkat 10, ada penduduk di tkt atas jerit "Cari kucing ke? tu dia kucing". Cik Mimi berada di tingkat 11, duduk ketakutan atas awning! Menggeletar Kak Bell dibuatnya sebab sikit je lagi ke bawah tu nyawa dia nak jatuh. Dekat setengah jam pujuk dan panggil dia tak nak datang. Panggil housemate bawakkan makanan meow dirumah dan Kak Bell campak kan sikit pada Mimi. Akhirnya Mimi datang dekat, sikit-sikit dan akhirnya Kak Bell angkat dia. Masa angkat tu tangan memang menggeletar sebab takut dia menggelupur dan terjatuh. Alhamdulillah selamat.


Lebih 12 jam Cik Mimi hilang. Dahlah siang tu hujan lebat. Bersyukur sangat dia tak apa-apa. Terus dia nak berkepit je dengan Kak Bell dengan keadaan bulu dia dah basah semua. Sekarang masalahnya cuma seekor aje yang jumpa. Cik Lilly masih lagi hilang. 2 hari lepas ada nampak kelibat sekor kucing hitam, Kak Bell jerit nama Lilly dan dia macam tercari-cari. Memang yakin tu adalah Mimi dan Kak Bell cepat-cepat turun lift but Kak Bell tak dapat nak pastikan kucing tu di tingkat berapa. Sebab dari atas, mata pun kabur nak mengira tingkat berapa. Lepas cari dari tingkat 8 ke bawah, Cik Lilly tetap belum dijumpai. Hari ini, dah masuk hari ke-6 dia hilang dan Kak Bell masih tak tenang dan belum nak mengalah yang dia akan terus hilang. Mesti ada kat mana-mana. Kak Bell cari doa dan baca supaya ditemukan semula dengan Cik Lilly.

اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ
ALLOOHUMMA YA RABBADL DLOOLLATI WA YAA HAADIYAN 
MINADL DLOLAALATI RUDDA DLOOLLATI

Ertinya :
Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang

Ada juga versi doa yang panjang sikit, korang bolehlah google je nanti. Semasa menulis posting ni, Kak Bell keluar sekejap di beranda tengok-tengok manalah tahu nampak kelibat Lilly. Kebetulan nampak ada sekor kucing hitam di tingkat 5 dan terus Kak Bell ke sana. Btw, hasilnya hampa setelah panggil-panggil tak ada pula kucing tu. Tapi hati Kak Bell yakin kucing tu adalah Lilly. Subuh nanti Kak Bell cadang nak tengok sekali lagi. Hmmmm. Asalnya Kak Bell nak buat TIPS cari kucing hilang, tapi selagi Cik Lilly tak jumpa rasa macam no point juga.

Cik Mimi selepas jumpa

Lepas Mimi dijumpai, Kak Bell dah start tampal notis di setiap tingkat. Berharap kalau ada yang jumpa bolehlah hubungi Kak Bell dan pulangkan semula Cik Lilly. Dalam hati sekarang 50-50 nak redha kalau dia hilang harap dia ok. Dan jika ada orang yang culik pun, Kak Bell harap orang tu jagalah dia baik-baik. Aduh sedihnya fikir apa yang dia makan, entah duduk ketakutan kat mana. Benda dah terjadi terpaksa la Kak Bell hadapinya. 


Kak Bell sekarang memang dah tak ada hati dah dengan housemate. Hujung-hujung macam kita pulak yang cuai, yang salah menyebabkan kucing tu hilang. Kalau diperhati attitude masing-masing, boleh list down kalau bab-bab cuai atau tak berkenan tu. Kadang-kadang terpikir juga kalau Kak Bell tak bagikan kasih sayang sama rata kat dorang sebab dah banyak sangat anak kan. But I knew, yang dorang bukan je stress nak lari, yakin sebab dorang terlepas. Hope urusan Kak Bell dipermudahkan disamping doa pembaca artikel ni. Sob sob.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post