Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan dalam
peniagaannya, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes
adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki
datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha. Sama
seperti pengalaman yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic
Steakhouse, June Talib sebelum ini. Walaubagaimanapun beliau yang sering
memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit dan membangunkan semula
perniagaannya bagi membina kehidupan yang lebih baik.
Hampir berputus asa setelah beberapa kali gagal di dalam dunia makanan
(F&B) dan bidang lain sebelum ini, inspirasi utama penubuhan
Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) adalah anak ketiganya yang berusia
13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor yang sangat berminat di dalam
dunia kulinari. Bisnes steakhouse ini dibina untuknya menurut June yang juga
Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd.
Pihak WISH kini mencuba pasaran baru di Johor Bahru berikutan belum ada restoran ‘steak house’ degan harga yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dengan alunan piano, melainkan di hotel-hotel terkemuka. Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.
Walaubagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah
berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa
citarasa antarabangsa Wadihana. Merupakan
anak didik kepada Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok, walaupun
WISH berada di tempat baru, mereka telah berjaya menarik ramai pelanggan
datang ke restoren mereka dan semakin dikenali melalui pemasaran
online.
Selain stik, Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) ini turut menyediakan
pelbagai hidangan makanan daripada Asean, Western, Italian, Mexican yang
semuanya sedap-sedap belaka. Apa yang istimewa mengenai hidangan Wadihana,
gravy atau kuah stik mereka dihasilkan menggunakan ramuan sendiri berbanding
steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. Bukan
hanya untuk memastikan kuah yang sedap, WISH juga sangat mementingkan
kesucian makanan dan memastikan ianya HALAL.
Tulang lembu yang digunakan direbus lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi
membuat kuahnya damn mereka tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport
oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya. Maklum balas
daripada pelanggan yang amat memberangsangkan dengan jualan untuk bulan
pertama WISH sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan
kedua, sejak memulakan operasi pada Februari lalu.
Menurut June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk
ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang
yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar
piza (firewood pizza). Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di
tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang
boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.
Kempen Honey Pepper Ribs Percuma
Kempen ini adalah merupakan sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH mereka
kepada pelanggan yang setia menyokong mereka sejak dibuka Februari lalu.
Sebanyak 999 stik bernilai hampir RM50,000 akan diberi
percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada
5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.
Tawaran istimewa kempen Giveaway Half Ribs ini terbuka kepada semua
pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya
RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah
Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH,
mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!
Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar
biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH
mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor
013-7333280 atau boleh layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com
untuk maklumat lanjut.
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE - WISH
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422
Website: https://wadihanaislamicsteakhouse.com/
FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/
IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en