Hi Korang! Masak menu apa untuk hari ini? Hari ini buat pertama kalinya Kak Bell bercuti dari bekerja semasa Hari Buruh. Kebiasaannya memang kerja sewaktu Public Holiday sebab nak kejar bayaran double. Haha. Maklumlah, kena lah cari duit lebih sikit kan. Disebabkan semalam Kak Bell dah siap siang udang dan sotong, jadi harini Kak Bell buat menu udang lah. Memula puas juga memikir nak buat apa dengan udang ni, siap tanya kawan-kawan di Facebook untuk cadangan masakan. Kalau dah menu udang memang banyak dan kesemua resepinya sedap-sedap. Kalau boleh nak buat yang mudah dan rare. Asyik menu yang sama bosan juga.
Paling banyak suggest buat udang goreng kunyit, gulai udang + kacang panjang, rendang udang kacang buncis, udang goreng nestum dan lain-lain. Tertarik nak cuba menu udang goreng nestum tu nampak macam best. Paling best, resepi paling simple udang rebus dengan sedikit bawang, serai, lengkuas, bawang putih, gula, pastu cicah budu. Yang ni memang Kak Bell tak pernah cuba lagi. Next time Kak Bell akan buat. Btw, thank you untuk semua cadangan tu.
Dalam banyak-banyak cadangan tu, akhirnya ada yang cadangkan masak tempoyak. Memang Kak Bell pada awalnya bercadang nak buat resepi yang sama. So, menu Kak Bell untuk hari ini Udang Goreng Tempoyak. Jom tengok resepinya.
Bahan A
20 ekor udang
2 sudu makan tempoyak
1 biji bawang besar
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak masak
Air
Bahan B (bahan tumbuk)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1/2cm kunyit hidup
Cara Memasak:
1) Bersihkan udang dan gaul dengan serbuk kunyit+garam.
2) Panaskan minyak, goreng udang sampai masak/merah dan angkat.
3) Guna sedikit baki minyak goreng tadi tumis Bahan B, sampai naik minyak.
4) Masukkan bancuhan tempoyak, perasakan dengan garam dan gula.
5) Bila tempoyak dah pekat, kering, masukkan daun kunyit dan udang.
TIPS!
- Boleh gunakan serbuk kunyit untuk ganti kunyit hidup.
- Bancuh tempoyak dengan air secukupnya.
- Cili padi ikut tahap kepedasan kesukaan.
Siap! Seriously memang sedap. Tempoyak ni Kak Bell beli dari kawan office. Sedap tempoyaknya. Sambal hitam pun Kak Bell beli kat dia. Yang mana kawan-kawan yang nak resepi ni bolehlah cuba. Nanti update sedap ke tidak. Konpem bertambah makan nasi tu. Okaylah. Selamat malam dan selamat memasak udang. Hehe.
Tags:
Masakan Udang
Prawn
Recipes
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas
Spageti Goreng Udang
Udang Goreng
Udang Goreng Tempoyak