Resepi Lamb Chop Black Pepper Bakar - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Lamb Chop Black Pepper Bakar

Trending

Resepi Lamb Chop Black Pepper Bakar

Daging kambing frozen ni Kak Bell dah beli lama dah masa pergi ke Segi Fresh Market tempohari. Punyalah tak ada masa nak memasak, baru hari ni menyempat nak buat. Bukannya apa, Kak Bell belum sempat lagi nak membeli kuali ajaib baru sebab sebelum ni pakai housemate lama punya. Oven memasak memang lah tak ada sebab bukan jenis memasak sangat pun. Lagipun dapur tu dah tak ada ruangan dah nak letak, al-maklumlah dapur kecik. Kita tunggu lah lepas-lepas ni kalau ada yang nak hadiahkan Kak Bell dapur besar. Gituh! 


Nak beli yang baru, tengok harga boleh tahan juga. Kemudian, teringat sebelum ni ada kawan yang post di Facebook tentang ditipu oleh seller masa beli set kuali ajaib tu. Dihantarnya tasbih Buddha ye dalam sebuah kotak yang comel. Memang melaun betul kan seller tu! So Kak Bell takut nak beli secara atas talian dan prefer beli sendiri lah kat kedai fizikal. Cadangnya nak beli di Langkawi lepas raya nanti. Sah-sah murah kan.


Resepi ni memang Kak Bell gunakan cara paling mudah sebab hanya gunakan bahan apa yang ada. Kita guna konsep campak dan pantas sebab lagi 1 jam lagi nak berbuka puasa. Bagi yang nak cari kepingan daging kambing tu, boleh beli di super market kat bahagian frozen. Mesti ada punya. Masa Kak Bell beli haritu dalam RM25 aje untuk 0.83kg.


Bahan perapan tu boleh sahaja guna apa-apa bahan herba kesukaan. Kalau nak guna lada hitam kasar atau serbuk lada hitam pun boleh. Beli sahaja Mix herbs yang dah ada herba kering Thyme, Parsley, Oregano, Basil dan bahan lain. Mudah kerja. Btw, untuk sukatan bahan perapan tu, agak-agak juga as long as semua daging tadi dapat dilumurkan evenly. Main agak-agak je uols. Tak kuasalah Kak Bell nak sukat setiap bahan tu 2mg. Leceh! Untuk resepi kambing bakar black pepper ni, Kak Bell tak sediakan sos black paper untuk lamb chop ni. Resepi sos tu pepandailah korang cari ya. Kemudian kalau rajin buat juga kentang putar, pasti ada datang merisik lepas ni sebab rajin sangattt!

Bahan A
6-7 keping kambing
Sedikit mentega

Bahan Perapan (kisar)
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3 sudu sos tiram
Sedikit garam
Kicap manis
1 sudu secukup rasa Maggi
Lada hitam
Mixed herbs
Paprika

Cara memasak:
1) Bersihkan daging kambing dan toskan.
2) Lumur dan perapkan bahagian kambing dengan bahan perapan 20 minit di dalam peti sejuk.
3) Sapukan bekas bakar dengan marjerin dan bakar pada suhu 200°C selama 30 minit.
4) Alihkan daging untuk masak bahagian atas pula.



TIPS!
  • Boleh perap semalaman untuk bahan perepan meresap sempurna.
  • Ketuk bahagian kambing supaya lembut.

Kak Bell buat simple-simple je awak. Elok-elok je azan berkumandang dan lamb chop black pepper ni masak. Tak payah dok pergi beratur kat bazar atau spent mahal-mahal nak makan sedap. Tapi kalau dah banyak duit tu, pergi ajelah makan Australian Ribs ke kan. Lepas ni nak cuba resepi sos black pepper chicken chop pulak. Oklah bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post