Sesetengah dari wanita kini sangat obses untuk memiliki kulit cerah dan putih. Memiliki kulit cerah dan mulus dikatakan lebih mencuri tumpuan dan diterima oleh masyarakat sekarang. Pengambilan suplemen bagi tujuan kecantikan bukan perkara asing dalam kehidupan masyarakat hari ini. Trend pengambilan glutathione sebagai suplemen pemutihan kini juga berleluasa sebagai jalan pintas untuk memutihkan dan meremajakan kulit.
Glutathione telah sekian lama digunakan secara oral sebagai suplemen yang kaya antioksida bagi mencerahkan kulit dan menjadi bahan utama dalam suntikan pemutihan. Buat julung kalinya, penggemar kecantikan kini boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pil dan jarum suntikan apabila Dr. Wu’s Glutalight Whitening System telah mempelopori penggunaan Glutathione sebagai bahan penjagaan kulit. Dengan menggunakan teknologi Jepun yang telah dipatenkan, produk yang menggunakan Glutathione ini telah dibangunkan dan sangat stabil tetapi efektif untuk penggunaan secara terus. Diformulakan daripada bahan-bahan termaju seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside), Hyalo-Oligo®, Ekstrak Silybum Marianum, Vitamin B3, B5 dan B6, rangkaian terbaharu ini merupakan kuasa pemutih menyeluruh terunggul.
Kajian terperinci dibuat oleh makmal Dr. Wu menunjukkan bahawa untuk mendapatkan kulit licin bagai porselin, penjagaan kulit haruslah meliputi dari pelbagai aspek dan berfungsi serentak bagi memberi kesan menyeluruh pada kulit. Produk yang berkesan, ia perlu MELINDUNGI kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV dan radikal bebas berbahaya yag menjadi punca utama kemerosotan dan kegelapan kulit. Ia juga harus mampu MENYEKAT kulit daripada mengeluarkan terlalu banyak melanin dimana melanin bertanggungjawab menggelapkan warna kulit seseorang (lebih banyak melanin, lebih gelap warna kulit). Seterusnya, produk yang digunakan dapat membantu kulit MENTERBALIKKAN kerosakan yang ada, seperti pigmentasi dan noda hitam disebabkan sinaran UV yang merosakkan kulit. Akhir sekali, sebuah produk pemutih kulit juga perlu MENGHIDRAT kulit secara mendalam untuk menjadikan ia lembut dan anjal sepanjang proses pencerahan sekali gus memberi kesan yang cantik secara menyeluruh.
Lynn Lim (Artis), Tong Bing Yu (Artis) & Dr. Ying Chin Wu (Brand Founder of Dr. Wu & Clinical Professor of National Taiwan University Hospital (NTUH) melancarkan produk Dr. Wu Glutalight Whitening System
Fungsi 5-Dalam-1
Dr. Wu’s Glutalight Whitening System diformulakan bagi mewujudkan produk pemutih secara menyeluruh terulung dengan Glutathione sebagai bahan utama. Digunakan terus pada kulit tanpa oral dan suntikan, Glutathione berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV, selain pada masa sama menyekat pengeluran melanin yang menggelapkan kulit. Bertindak seiring dengan bahan-bahan utama lain**(boleh rujuk di bawah) membuatkan Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System padat sebagai produk pemutih yang memberi kesan pada setiap peringkat. Kini, penggemar kecantikan sudah boleh merasai kehebatan produk pemutih dengan 5 fungsi serentak di dalam 1 botol untuk pemutihan menghaluskan, menghidrat, menyerikan wajah dan anti-pigmentasi.
- AA2G (Ascorbyl Glucoside) - memanjangkan tempoh menyekat pengeluaran melanin.
- Bahan penstabil Hyalo-Oligo® - sejenis Asid Hialuronik versi molekul kecil atau mikro yang membolehkan ia lebih cepat menembusi sel kulit untuk kesan hidrat lebih efektif dan tahan lama.
- Ekstrak Silybum Marianum - daripada susu thistle (tumbuhan liar dalam famili Composital) melindungi daripada tindak balas oksidatif yang merosakkan kulit.
- Vitamin B3 - mencerahkan noda-noda hitam dan pigmentasi.
- Vitamin B5 dan B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro - melegakan keradangan dan melembapkan kulit.
(L- R): Lynn Lim (Artis); Eric Wu (Chairman & CEO of Dr Wu); Dr. Ying Chin Wu (Brand Founder of Dr. Wu & Clinical Professor of National Taiwan University Hospital (NTUH); Tong Bing Yu (Artis); Chole Lim (Category Management & Product Development Director of Sasa Malaysia); Sam Wong (Pengurus Besar Vast Diversified, pengedar eksklusif produk Dr. Wu di Malaysia)
“Dengan Glutalight™, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah, berseri, lembap, lembut dan lasak dalam satu produk sahaja. Sebagaimana kesemua produk lain Dr. Wu, kami berbangga dalam menghasilkan formula penjagaan kulit yang luar biasa ini dengan tumpuan utama kepada bahan-bahan aktif berkualiti tinggi untuk memberi hasil yang efektif dan dapat dilihat dalam tempoh yang lebih singkat. Produk-produk Glutalight™ tidak mengandungi sebarang bahan-bahan sensitif dan fotosensitif mahupun alkohol, menjadikan ia cukup lembut walau pada kulit sensitif dan kulit selepas rawatan. Kulit licin bagaikan porselin bukan milik eksklusif kepada golongan selebriti sahaja. Anda juga boleh mendapatkannya dalam suasana selesa di rumah,” kata Sam Wong, Pengurus Besar Vast Diversified, pengedar eksklusif produk Dr. Wu di Malaysia.
Rangkaian All- New Dr Wu Glutalight™ Whitening System
Rangkaian produk ini dapat meningkatkan kelembapan dan kejernihan kulit dan boleh mempercepatkan kesan pemutihan semua dalam satu botol. Produk pertama yang menggunakan revolusi formula pemutihan “Glutalight” ini mengandungi Glutathione dipaten di Jepun yang menggunakan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum, Vitamin B3, B5, B6, dan ditambah Allantoin untuk melembutkan kulit, dengan kesan pemutihan dan kelembapan, mengurangan dengan berkesan kemunculan pigmentasi, serta mencerahkan kulit kusam dan tidak sekata. Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!
DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING ESSENCE TONER 150ml (RM179)
Meningkatkan kelembapan dan kejernihan kulit. Penyegar seperti serum yang boleh mempercepatkan kesan pemutihan semua-dalam-satu.
DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING LOTION 50ml (RM219)
Memperbaiki kulit, menjadikan kulit cerah dan bersinar. Losen datang tekstur ringan dan creamy.
DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING SERUM 15ml(RM 169)
Menghentikan melanin pada setiap peringkat: pemutih yang lengkap Padat dengan bahan-bahan pemutih berkepakatan tinggi. Ia meratakan warna kulit yang tidak sekata dan mencerahkan noda hitam, menjadikan wajah anda nampak berseri dengan hanya dalam satu botol.
DR. WU GLUTALIGHT™ WHITENING EYE SERUM 15ml (RM 179)
Menghilangkah kegelapan dan meningkatkan keanjalan kulit Serum mata dengan tekstur sangat ringan.
Menurut laporan ujian dijalankan oleh makmal kosmetik Providence University ke atas 40 individu berusia antara 20-50 tahun yang menggunakan Glutalight™ Whitening System berterusan selama 28 hari, hasilnya menunjukkan bahawa 97.5% responden menyedari kulit mereka lebih cerah dengan Glutalight™ Whitening Serum. Manakala 95% merasakan kulit lebih bersinar; 95% peratus merasakan kulit semakin kurang gelap; 97 % merasakan kelembapan kulit meningkat; dan 100% merasakan warna kulit semakin sekata. Responden menyedari keserian kulit semakin meningkat antara 7 hingga 28 hari penggunaan produk, di samping penurunan paras keluasan dan kedalaman noda hitam, manakala 82.5% melaporkan penurunan jumlah titik noda hitam dan 92.5% melaporkan penurunan ketara di kawasan yang dilitupi noda hitam.
Artis Tong Bing Yu & Lynn Lim di Dr. Wu’s Glutalight Lab
Sebagai kesimpulannya, Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System bukan seperti produk pemutih biasa. Ia bertindak serentak dengan 5 fungsi berbeza hanya dalam satu botol: memutihkan, menghaluskan dan menghidrat, menyerikan kulit kusam, menghasilkan anti-pigmentasi secara mendalam dan akhir sekali membuatkan tona kulit wajah lebih sekata. Hasilnya? Kulit cerah tanpa cela dari setiap sudut.
Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System akan membuat pra-pelancaran sulungnya pada Mei 2019 di semua cawangan Sasa seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System, sila layari laman sesawang berikut:
PR by EverQuest Sdn. Bhd.
Website: http://www.everquest.com.my
Tags:
Dr. Wu’s Glutalight Whitening System
Event & Review
Glutalight
Glutathione
Produk Pemutih
Produk Taiwan
Sasa
Sasa Malaysia