Soalan nak berbuka di mana, nak makan apa, mesti selalu menjadi masalah setiap hari di bulan Ramadan. Jika ke bazar Ramadhan pelbagai pilihan berbuka puasa tersedia untuk anda pilih dan pasti rambang pula mata hinggakan semua menu hendak dibeli. Kadangkala, menu sama sahaja yang dibeli untuk berbuka puasa. Tidak kurang juga yang memilih untuk mendapatkan bufet Ramadhan di hotel-hotel mahupun di restoren kegemaran masing-masing. Masih tercari-cari lokasi berbuka puasa yang menarik? Jom ikuti lokasi makan yang Kak Bell kunjungi pada minggu lalu.
Lokasi makan yang Kak Bell pergi pada minggu lepas adalah restoren BBQ Chicken Malaysia yang terletak di Faber Tower, Taman Desa. Maklumlah sekarang ni, restoren yang menyajikan menu Korea memang sangat mudah didapati. Sampaikan tak perlu berkunjung ke Korea dah. Pilih sahaja restoren mana dan menu apa yang nak dimakan. Bersempena dengan Ramadan kali ini, sekali lagi BBQ Chicken menawarkan menu popular mereka iaitu Ayam Percik with Korean twist. Bukan itu sahaja, korang juga boleh pilih 3 lagi menu sampingan semasa berbuka. Menarik kan?
Selain menu utama Ayam Percik, kat sini korang boleh mix & match 3 hidangan sampingan yang terdiri dari : mushroom rice, garlic pasta, sauteed vegetables, potato salad, french fries, grilled corn, onion rings dan garden salad. Air pula free flow dengan pilihan Iced Lemon Tea atau 100+. Untuk menu berbuka Kak Bell tempohari, Kak Bell pilih 2 set Mix & Match Ramadan Meal berikut. Semuanya hanya RM22.90 sahaja!
RM22.90
RM22.90
Bagi yang tidak sempat nak dining in, korang boleh menikmati set bawa pulang. Dalam set tersebut ada 2 ketul ayam percik, pilihan 3 menu sampingan dan 2 tin air Chrysanthemum. Untuk menu sampingan, sama sahaja seperti hidangan di atas. Harga set ini ialah RM39.90.
BBQ Chicken Malaysia
Kebanyakkan mesti akan tertanya-tanya tentang status restoren makanan Korea yang selalunya berstatus 'pork-free'. BBQ Chicken ini mempunyai sijil HALAL dari JAKIM dan korang boleh datang makan tanpa was-was.
Tentang makanan, set yang disediakan ni merupakan menu hidangan lengkap untuk korang berbuka puasa. Memang cukup sangat untuk porsi makan seorang. Ayamnya dimasak tender dengan resepi baru yang telah ditambah baik dari sebelumnya. Dari 2 set yang dipilih, Kak Bell lebih suka kombinasi ayam percik dengan pasta. Bagi pengamal sayur-sayuran, juga boleh pilih menu sampingan yang sesuai dengan citarasa masing-masing.
Ruang makan di BBQ Chicken Faber Tower ini juga luas. Selain ruang dibahagian dalam, korang juga boleh makan di bahagian luar yang terletak dibelakang premis. Dengan kehadiran lampu kuning malap, ruang makan lebih romantik dan paling menarik terdapat sebuah tuk-tuk yang dijadikan deco di pintu masuk utama.
Bahagian makan terbuka
Outlet BBQ Chicken Faber Tower ni, adalah satu-satunya premis ayam BBQ dengan deco Tuk-Tuk tersebut dan korang juga turut boleh duduk dan makan di dalam tuk-tuk tersebut. Kak Bell sukakan 'mood' makan di sini dan perkhidmatannya juga terbaik!
BBQ Chicken ni berasal dari Korea dan diwujudkan pada September 1995. Ianya telah berkembang menjadi jenama francais No.1 di Korea dan telah mempunyai lebih 2500 outlet diseluruh dunia, 1000 outlet di Korea selain 13 outlet di Malaysia.
Too lapar to pikir nak makan apa? Korang boleh cuba Set Ayam Percik Korea di BBQ Chicken Malaysia. Maklumat lanjut boleh layari laman di bawah.
11, Level G, Tower 1, Faber Towers, Jalan Desa Bahagia
58100 Taman Desa, Kuala Lumpur.
Website: http://bbqchicken.com.my/
FB: https://www.facebook.com/bbqchickenmalaysia/
IG: https://instagram.com/bbqchickenmalaysia/
Tags:
Ayam Korea
Ayam Percik
Ayam Percik Rasa Korea
BBQ Chicken
Korean Food
Makan Place
Makanan Korea
Urban Korean Food