Cara Buat Air Asam Kerisik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Buat Air Asam Kerisik

Trending

Cara Buat Air Asam Kerisik

Pencicah air asam ni memang senang sahaja nak buat. Kalau makan hidangan ikan bakar, daging bakar atau ulam-ulaman memang pencicah air asam ni sangatlah membuka selera. Mudah tak mudah pun, ada kalanya ada juga yang tak sedap. Kalau tak sedap, memang tak feel lah nak makan ikan bakar.


Untuk hidangan air asam ni, Kak Bell sediakan untuk makan bersama dengan Nasi Daging. Teringat pula nasi daging yang selalu Kak Bell makan di Pasar Besar TTDI. Bagi Kak Bell nasi daging dan air asamnya memang sedap. Ini kali pertama buat sendiri menu Nasi Daging Utara. Air asam ni memang popular di sebelah utara. Dan satu lagi yang berbeza, resepi air asam ni ditambahkan kerisik bagi menyedapkan lagi rasanya.


Dalam 2 minggu memasak ni, semua resepi Kak Bell dapat dari kawan-kawan yang memang berasal dari Penang dan Kedah. Barulah tahu yang orang utara ni semua benda depa dok letak kerisik ye. Masak kari, dalca, air asam, semualah ada kerisik. Bila dah cuba sedap juga rasanya. Ok jom lihat resepinya.

Bahan A (dihiris)
1 biji bawang besar
2 biji tomato

Bahan B (kisar)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji lada merah
Belacan bakar
Garam & gula secukupnya

Bahan C
1 sudu makan kerisik
2 biji limau nipis *ambil jusnya
2 sudu makan asam jawa

Bahan A

Cara penyediaan:
1) Hiris bahan A dan masukkan ke dalam bekas.
2) Masukkan semua bahan B ke dalam blender dengan sedikit air dan kisar.
3) Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris A. Gaul rata.
4) Masukkan bahan C secukupnya, gaul dan sesuaikan rasa.

TIPS!
  • Boleh gunakan cili api merah untuk lebih pedas
  • Gunakan lada merah untuk warna air asam merah
  • Kerisik boleh letak secukupnya, kalau lebih baunya tak sedap
  • Untuk jus limau nipis, bergantung kepada tahap masam yang diingini
  • Pastikan tidak gunakan air yang banyak. Jangan terlalu pekat atau cair.

Wahh, memang lazat ye buat pelengkap menu nasi daging tadi. Resepi Nasi Daging menyusul nanti ya. Kak Bell dah tak larat nak menaip dah. Selamat memasak!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post