Minggu ini beberapa kali Kak Bell diingatkan tentang pentingnya tidur yang optimun untuk kesihatan dan kecantikan diri. Bercerita mengenai tidur, Kak Bell sempat ke KL Convention Center pada 18 April lepas menghadiri pelancaran katil pintar terbaru Slumberland bersempena dengan ulangtahun mereka yang ke-100. Slumberland meraikan tempoh satu abad dalam industi dengan menampilkan katil-pintar MyZmartBed™ dalam mengoptimumkan tidur berkualiti.
Tidur merupakan pelengkap kepada 3 perkara penting di dalam hidup kita selain diet yang baik dan senaman bagi mendapatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Biarpun kita tidak sentiasa mampu mengawal masa tidur, namun Slumberland terus berusaha untuk meningkatkan kualiti tidur yang boleh diperoleh setiap kali anda tidur. Sempena meraikan usia satu abad dalam membantu mengoptimumkan tidur, Slumberland menampilkan katil pintar terunggul yang bakal merubah senario industri pada masa depan, iaitu Slumberland MyZmartBed™, satu-satunya katil pintar sebenar yang boleh diperolehi dipasaran.
Slumberland MyZmartBed™ ini adalah tilam yang direka untuk mengkhusus mengikut keperluan dan setiap pergerakan tidur anda dengan sendirinya. Sukar untuk percaya bukan?
Slumberland MyZmartBed, katil-pintar pertama dunia
Tilam yang dikuasakan dengan Aplikasi MyZmartBed™, sambungan WiFi dan pam pintar, lapisan sensor MyZmartBed™ dilengkapi dengan lebih 2000 titik (point) sensor yang diletakkan merata di setiap inci tilam meliputi 5 zon utama tubuh (bahagian kaki, posterior, lumbar, bahu dan kepala). Lapisan sensor ini akan menyesuaikan keadaan tilam secara automatik mengikut posisi tubuh ketika tidur. Teknologi lapisan-pintar yang telah dipatenkan daripada Responsive Surface Technology (ReST®) ini, telah memenangi dua anugerah utama iaitu, Anugerah Inovasi CES 2015 dan Anugerah NSF SleepTech® 2019. Teknologi sensor ini yang telah dilindungi oleh lebih 20 paten antarabangsa, mempunyai pensijilan perubatan dan TUV, dan digunakan di hospital-hospital di Amerika Syarikat sejak 20 tahun lalu.
Mr. Marco Righi, Regional President of Asia Pacific Slumberland
Division, Hilding Anders
Division, Hilding Anders
Terdapat 3 tetapan dalam mod yang berbeza bagi menjamin keselesaan harian tubuh semasa tidur iaitu Mod Manual, Mod Auto Position dan Mod Automatic. Mod Manual adalah 100 % mengkhusus pada pengguna sendiri untuk tetapkan tilam, manakala Mod Auto Position pula mempunyai tetapan memori yang berasingan dan unik untuk sokongan bahagian belakang dan sisi, yang amat berguna terutama untuk pengguna yang tidur mengiring. Bagi Mod Automatic pula, mod ini memberikan keseimbangan dan melepaskan tekanan berterusan pada tubuh sepanjang malam untuk meningkatkan aliran dan peredaran darah.
Mr. Nate Wells, Director of Strategic Accounts Responsive Surface Technology, LLC sedang melakukan demonstarasi cara menggunakan Slumberland MyZmartBed bersama Mr. Marco Righi, Regional President of Asia Pacific Slumberland Division, Hilding Anders
Pengguna yang sukakan tilam yang lembut atau yang lebih anjal untuk tidur, atau memilih bahagian mana daripada tubuh yang memerlukan sokongan, Slumberland MyZmartBed™ boleh menyesuaikan keperluan tersebut. Kedua-dua bahagian Slumberland MyZmartBed™ ini dikawal secara berasingan, jadi katil ini amat ideal untuk pasangan yang mempunyai definisi berbeza tentang keselesaan semasa tidur. Tilam ini dipasang dengan alas atas tambahan (topper) mengikut pilihan anda - sama ada yang diperbuat daripada getah asli atau busa memori (memory foam).
MyZmartBed (Grey)
MyZmartBed (Honeycomb)
Bagi mereka yang berminat untuk mengesan dan memantau paten tidur masing-masing, aplikasi Slumberland MyZmartBed™ juga boleh merekodkan data tidur anda, selain memperkasakan pengguna dengan maklumat yang diperlukan untuk mencapai tidur yang terbaik dan optimum. Aplikasi ini sentiasa dipertingkatkan dan akan memberikan maklumat tentang posisi serta pergerakan tubuh yang mungkin membantu doktor dalam mendiagnos kecelaruan tidur seperti sindrom apnea, insomnia dan kaki lenguh. Aplikasi ini juga boleh dipadamkan bila-bila masa mengikut kehendak pengguna.
Slumberland MyZmartBed™ akan dijual pada harga promosi RM39,880. Pakej adalah termasuk tilam, rangka katil, penghantaran dan pemasangan, selain jaminan 10 tahun. Slumberland MyZmartBed™ akan boleh didapati di galeri Slumberland di Jalan Maarof Bangsar, Viva Home dan cawangan-cawangan terpilih lain bermula Jun 2019.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: http://www.slumberland.com.my/Facebook: https://www.facebook.com/slumberlandmalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/slumberland.my/
PR by EverQuest Sdn. Bhd.
Website: http://www.everquest.com.my