Kacang Buncis Goreng Sambal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kacang Buncis Goreng Sambal

Trending

Kacang Buncis Goreng Sambal

Selain dari sayur Bok Choy, Kak Bell memang suka makan dan masak kacang buncis. Lebih enak dari kacang panjang dan semanis harganya juga. Untuk entri kali ini Kak Bell nak kongsikan resepi Kacang Buncis Goreng Sambal. Sebelum-sebelum ni pernah cuba masak tapi tak sedap sebab gunakan cili boh. Terus-terang sekarang ni kalau nak pakai cili, memang rela rebus dahulu cili kering, lepas tu blend sendiri. Baru puas hati kalau memasak sebab memang akan lebih sedap. Actually, Kak Bell dah masak kacang buncis ni pada minggu lepas. Semua dah get ready, karangan je tak siap. Maklumlah sis pergi bercuti merehatkan minda di Suite mewah sekitar KL. Terkejar-kejar, kesana-sini tak sempat nak mengarang. Btw, harga studio apartment tu memang sangat mampu milik ye. Ni nanti Kak Bell share kay. Dan bermula minggu ni juga Kak Bell dah mula sibuk nak selesaikan tugasan-tugasan lain.


Macam biasa, walaupun pelakon utamanya adalah kacang buncis, Kak Bell tetap gandingkannya dengan pelakon tambahan lain iaitu lobak dan ikan bilis. Memang nikmat ye bila makan ada ikan bilis goreng tu.


Lepas ni, Kak Bell nak cuba gunakan lada merah segar pula buat sambal. Ada yang pernah cuba ke guna lada segar? Oklah, jom kita layan resepinya.

Bahan A
1 paket kacang buncis
1 batang lobak (saiz kecil)
1/8 lada benggala
1 genggam ikan bilis
4 sudu cili kisar
Sedikit belacan
Garam & gula
Perasa secukupnya

Bahan B (tumbuk/kisar)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara memasak:
1) Tumbuk semua bahan B
2) Cuci ikan bilis, panaskan minyak dan goreng ikan bilis, ketepikan.
3) Tumis Bahan B sampai wangi, masukkan cili kisar. Tumis hingga cili masak.
4) Masukkan lobak dan kacau seketika.
5) Kemudian masukkan kacang buncis dan lada benggala.
6) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
7) Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata.

TIPS!
  • Boleh gunakan cili padi atau lada merah untuk ganti cili kisar (cili kering).
  • Ikan bilis goreng dan lobak tu optional.
  • Tambah sedikit gula untuk rasa lebih sedap.


Done Kacang Buncis Goreng Sambal Kak Bell. Suka kering-kering je sambalnya. Wah senangnya memasak. Tiberr! Kak Bell makan 1 lauk ni aje dengan nasi panas sambil layan VIU. Hehe

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post