Fleuri Clear Gel Cleanse Berkesan Membersihkan Pori - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Fleuri Clear Gel Cleanse Berkesan Membersihkan Pori

Trending

Fleuri Clear Gel Cleanse Berkesan Membersihkan Pori

Membersihkan muka adalah langkah pertama yang penting dalam rejim penjagaan kulit wajah. Fungsi pencuci muka sepatutnya adalah untuk membersihkan solekan, tetapi pembersih yang kurang sesuai akan meninggalkan sisa yang menyumbat liang roma dan akan menyebabkan jerawat. Malah, penggunaan produk pencuci muka yang salah juga boleh menjadikan kulit lebih kering dengan mengganggu proses regenerasi semulajadi kulit. Jadi, sebelum nak dapatkan kulit yang cantik, licin dan tidak bermasalah, anda patut tahu dahulu jenis kulit samaada dalam kategori kulit kering, berminyak, normal atau kombinasi bagi mendapatkan jenis pencuci muka yang bersesuaian.


Secara umumnya terdapat 3 jenis pembersih muka yang ada dipasaran samaada dalam bentuk pembersih gel, krim/susu pembersih dan foaming cleanser. Sekiranya anda ada mengalami rasa tidak selesa di kulit muka dengan tanda kemerahan atau kerengsaan kulit, anda patut memilih pembersih muka untuk kulit sensitif dan pastikan pencuci muka yang dibeli telah diuji secara klinikal supaya tidak menyebabkan masalah & kesan sampingan pada kulit. Anda boleh lakukan sendiri ujian untuk ketahui jenis kulit muka sebelum mendapatkan produk yang sesuai untuk kegunaan harian.


Untuk set penjagaan dan pembersih muka, Kak Bell selalunya tidak akan berbelanja lebih untuk membeli produk yang mahal. Cukup sekadar ianya bersesuaian dengan kulit muka tanpa menyebabkan iritasi dan masalah lain seperti jerawat. Artikel kali ini, Kak Bell nak kongsikan tentang pembersih muka gel dari Jepun iaitu Fleuri Clear Gel Cleanse.

Fleuri Clear Gel Cleanse
Pembersih muka dalam bentuk gel dari Jepun ini merupakan hasil kajian Japan Research Centre dengan kolaborasi pakar kecantikan dan dermatologi Jepun. Fleuri mengambil masa 2 tahun kajian dan merupakan produk pembersih yang bagus untuk menghilangkan kotoran dan sebum yang berlebihan dari liang pori pada wajah.


Untuk mendapatkan kulit yang bersih dan licin, proses penjagaan perlulah dititik beratkan dari akar iaitu masalah liang pori yang besar. Keadaan pori yang besar akan mudah tersumbat dengan kesan kotoran solekan yang tidak dibersihkan dengan betul dan akan menyebabkan permasalahan lain seperti jerawat dan seterusnya bintik hitam. Pembersih muka yang tidak sesuai tidak mampu membersihkan kesan solekan dan membersihkan wajah, akan menjadikan rutin penjagaan kulit seharian akan gagal.


Untuk dapatkan kulit yang lebih muda dan cantik, Kak Bell gunakan Fleuri Clear Gel Cleanse dicipta khusus untuk mengatasi masalah pori wajah dan untuk mengimbangi kelembutan kulit muka dari kesan pembersihan muka. Fleuri Clear Gel Cleanse ini berbeza dengan pencuci muka yang lain. Biasanya pencuci muka biasa menggunakan 'refined water' tetapi untuk Fleuri, ianya meggunakan 'reduction water' (merujuk kepada Oxidation dan reduction air, H2O) berketulenan tinggi yang boleh menghilangkan kotoran pada wajah dan pada masa yang sama mengekalkan kelembapan kulit.

Melalui statistik kajian klinikal yang telah dibuat kepada pengguna Fleuri Clear Gel Cleanse, keseluruhan respondan mendapati pembersih muka ini sangat berkesan dalam mengatasi permasalahan pori wajah.


5 Sebab Mengapa Fleuri Berbeza Dan Bagus
1) Dicipta melalui penyelidikan hasil kolaborasi kalangan ahli kecantikan dan ahli dermatologi. Formula unik yang dibangunkan oleh pakar dermatologi & pakar kecantikan ini menggalakkan pemulihan cepat pada kulit wajah dan menghalangnya dari berulang. Fleuri telah menjalani ujian klinikal dan diakui oleh Akreditasi Persatuan Perubatan Jepun, membuktikan bahawa ia benar-benar berkesan.

2) Menggunakan 'reduction water' yang lebih bagus dari air biasa atau hydrogenated water. Kadar melembapkan kulit lebih tinggi dan ada antibacterial effect bagi mengatasi masalah jerawat.

3) Mengandungi 6 jenis bahan-bahan kecantikan (rich natural plant extracts) yang boleh bertindak sebagai remover alat solek dan sebagai rejim penjagaan kulit pada masa yang sama.


4) Tidak menggunakan 12 daripada bahan-bahan yang berbahaya dalam kosmetik (kebanyakan produk penjagaan kulit di pasaran hanya mengiklankan bahawa produk mereka bebas dari 6-7 bahan berbahaya).


5) Menggunakan bahan ramuan yang eco-friendly dan bio degradasi.

Textur dan Pembungkusan
Fleuri Clear Gel Cleanse datang dalam bekas pembungkusan plastik putih dalam isian 150ml. Pembersih muka ini adalah dalam dalam bentuk gel yang tidak terlalu likat tetapi ia tidak cair seperti cecair toner. Ianya mudah dikendalikan ketika membersihkan muka. Semasa membersih, tiada buih tetapi kesan pembersihan pada kulit wajah masih dapat dirasakan.


Bahan-Bahan
Water, Peg-7-Glyceryl Cocoate, Peg-20 Sorbitan Cocoate, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Cynara Scolymus (Artichoke) Leaf Extract, Alpha-Arbutin, Trisodium Ascorbyl Palmitate Phosphate, Hibiscus Rosa-Sinensis Leaf Extract, Crataegus Cuneata Fruit Extract, Zizyphus Jujuba Fruit Extract, Citrus Grandis (Grapefruit) Fruit Extract, Pyrus Malus (Apple) Fruit Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Juice, Citrus Limon (Lemon) Juice, Citrus Aurantifolia (Lime) Juice, Citrus Junos Fruit Extract, Rosa Damascena Flower Water, Carbomer, 1,2-Hexanediol, Caprylyl Glycol, Potassium Hydroxide.

My Verdict
Kak Bell sudah pun menggunakan Fleuri Clear Gel Cleanse sejak seminggu lalu. Produk dari Jepun ni, memang sangat sesuai untuk kulit muka kombinasi Kak Bell. Pembersih gel Fleuri setakat ini memang mampu atasi masalah whitehead, blackhead, masalah pore, oily skin dan melicinkan kulit. Perbezaannya akan dapat dirasai walaupun dalam penggunaan yang pertama. Paling menarik, pembersih muka all-in-one ini juga boleh dijadikan sebagai make-up remover. Sangat memudahkan urusan Kak Bell yang setiap hari mengenakan solekan muka. Kalau tak solek, terus jadi macam bibik. Jadi, memang Kak Bell perlukan pembersih muka yang bagus dan berkesan! Btw, untuk bahagian solekan mata perlu gunakan make-up remover terlebih dahulu untuk kesan lebih bersih.


Buat masa ni, memang Kak Bell hanya gunakan pembersih muka Fleuri Clear Gel Cleanse. Memang sangat puas hati sebab Kak Bell dah lihat ada perubahan pada kawasan zon-T dan juga kawasan tepi kelopak hidung Kak Bell yang kering. Kawasan zon-T lebih lembap, licin dan dan kulit kering pada tepi kelopak hidung sudah berkurang. Untuk kesan lebih dramatik, perlu gunakan secara berterusan dalam tempoh 4 minggu dan Kak Bell recommend untuk korang cuba Fleuri Clear Gel Cleanse.

Untuk pengetahuan, produk ini memang popular dan laris di Jepun. Malahan turut digunakan oleh selebriti Jepun dan mendapat banyak liputan berikutan keberkesanannya. Harga pasaran di Malaysia ialah RM192 dan juga ada harga promosi RM547 untuk pembelian 3 pek (free shipping!). Bagi korang yang ingin mencuba, membeli dan melihat sendiri testimoni penggunaan, anda boleh rujuk di sini > Fleuri Clear Gel Cleanse


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post