Buat korang yang berada di sekitar Puchong, tak perlu nak bersusah payah mencari lokasi untuk berbuka puasa sebab dah ada satu tempat menarik untuk korang kunjungi di bulan Ramadhan nanti. Dah menjelang menjelang Ramadan, pastinya lah masing-masing tengah fikir nak iftar dimana! Okay, minggu lepas Kak Bell berkesempatan ke Lugar De La Boda untuk preview Bufet Ramadhan. Pertama kali mendengar nama Lugar De La Boda, terus Kak Bell bayangkan ianya sebuah restoran Sepanyol ke?
Sebenarnya, Lugar De La Boda ni merupakan dewan perkahwinan dibawah Hanana Group Sdn.Bhd. yang berkonsepkan ‘English Garden’. Untuk tahun ini, buat pertama kalinya mereka melancarkan Bufet Ramadan Selangor bagi tahun 2019 di Lugar De La Boda, Puchong. Selain itu, Hanana Group juga menawarkan Buffet Ramadhan Putrajaya yang terletak di Ambassador Putrajaya.
Apa yang menarik kat sini, tempatnya luas dan ada disediakan tempat parkir kereta percuma. Kemudian, kemudahan lain seperti surau dan tandas pun turut ada. Dewan ini boleh memuatkan seramai 450 orang untuk satu masa dan memang selesa untuk berbuka puasa bersama keluarga di sini.
Terdapat lebih daripada 100 menu pilihan yang ditawarkan untuk bufet Ramadhan di Lugar De La Boda. Ada menu utama, menu bufet utama, 2 jenis bubur (setiap hari) dan hidangan di gerai-gerai makanan. Antara lauk yang ada adalah Nasi Briyani atau Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Kupang Goreng Pedas, Daging Masak Lemak Cili Padi, Daging Gulai Kawah, Daging Briyani Masak Hitam, Ayam Kalio, Ikan Keli Goreng, Sambal Sotong, Sayur Campur, pelbagai Kerabu dan sebagainya.
Ikan Masin Nenas
Daging Gulai Kawah
Sambal Sotong
Ayam Goreng Berempah
Ayam Masak Merah
Acar Buah
Daging Masak Hitam
Kupang Goreng Pedas
Pada setiap hari akan disediakan 5 Kerabu seperti Kerabu Mangga, Somtam, Kerabu Perut, Kerabu Taugeh/Kacang Botol dan Kerabu Suhun. Bagi menu bubur pula adalah Bubur Jagung/Sagu, Bubur Kacang, Bubur Chacha, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum dan Bubur Keledek/Nangka. Pada setiap hari, pihak Lugar De La Boda akan sediakan 2 jenis bubur dari jenis bubur tadi.
Kerabu Mangga
Kerabu Perut
Kerabu Kacang Botol
Kuih-muih Tradisional Melayu seperti kuih Talam Keladi, Seri Muka, Nona Manis, Kaswi dan pencuci mulut seperti buah-buahan, dadih, jelly dan ais krim pun turut ada.
Selain dari menu utama, terdapat menu-menu lain di gerai-gerai makanan. Di antaranya Kambing Grill Sos Lemon & Black Pepper, Tepanyaki Tokyo, Roti John, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Keropok Lekor/Cucur, Laksa, Bihun Sup, Dim Sum Cheng Ho dan juga gerai Air Balang Pasar Malam -Air Jagung/Air Sirap Bandung/Air Teh Bunga.
Kuih-muih Tradisional Melayu seperti kuih Talam Keladi, Seri Muka, Nona Manis, Kaswi dan pencuci mulut seperti buah-buahan, dadih, jelly dan ais krim pun turut ada.
Dim Sum Cheng Ho
Harga yang ditawarkan untuk bufet Ramadhan disini adalah berpatutan dan berbaloi dengan menu makanan yang bakal disajikan. Semuanya sedap terutamanya laksa dan kambing grill. Untuk harga bufet Ramadhan Selangor (Lugar De La Boda) dan Buffet Ramadhan Putrajaya (Ambassador Putrajaya) adalah seperti berikut:
Harga Early Bird
Dewasa : RM59 | Kanak2 : RM30
.
Walk-In Price
Dewasa : RM68 | Kanak2 : RM38
.
Special Price
1 x Table (10pax) : RM580
* Kanak-kanak (6-12 tahun)
*Harga promosi 'Early Bird' hanya sehingga 9 Mei 2019 sahaja.
Untuk Tempahan boleh hubungi:
016-3111074 (ZURAINI)
016-4318434 (LIANA)
016-6700752 (HANIS)
016-6700457 (FARAH)
016-6700473 (SHAIDATUL)
016-6700471 (SARAH)
Berikut adalah alamat untuk lokasi bufet Ramadhan Hanana Group. Sila layari laman sosial mereka untuk maklumat lanjut.
Alamat HQ:
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor
Website: https://www.hananagroup.com/
Facebook: https://www.facebook.com/lugardelaboda/
Instagram: https://www.instagram.com/lugardelaboda/