Berapa Banyak Litter Box Perlu Ada Dengan Jumlah Kucing? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Berapa Banyak Litter Box Perlu Ada Dengan Jumlah Kucing?

Trending

Berapa Banyak Litter Box Perlu Ada Dengan Jumlah Kucing?

Hi Korang! Lama dah tak cerita pasal kucing. Buat pencinta kucing, ada berapa banyak kucing yang anda semua bela sekarang? Bila dah membela kucing mestilah barang kelengkapan untuk kucing tersayang mesti disediakan, terutamanya tandas kucing (litter box). Pernah tak korang terfikir berapa banyak tandas untuk kucing yang dibela perlu disediakan? Kak Bell masa bela pun agak-agak sahaja sebab bergantung kepada bilangan kucing dan ruang rumah. Lainlah kalau rumah kita sebesar mahligai kan.


Seperti juga manusia, memang rimas kalau time nak berhajat toilet awam penuh sesak. Kadang-kadang sampai beratur bukan main panjang. Solusinya, kita pun akan pergi cari tempat yang tak ada orang, bersih dan selesa.  I don't mind untuk bayar toilet premium semata-mata, sebab malas nak menunggu! Macamlah kucing juga, sesetangahnya ada yang tidak suka untuk berkongsi tandas yakni litter box. Sebelum kucing korang menjadi bosan untuk berkongsi tandas dan pilih untuk mencari tempat lain untuk membuang, jadi tanggungjawab pemilik kucing untuk sediakan tandas yang cukup buat kucing belaan masing-masing.


Untuk rumah yang mempunyai bilangan kucing yang banyak, mestilah mempunyai bilangan litter box yang cukup. Menurut Jackson Galaxy, untuk seekor kucing, litter box yang diperlukan ialah 1.5 litter box/kucing. Jika ada seekor, perlu sediakan 2 litter box; jika 2 ekor, perlu sediakan 3 litter box. Bagi kucing yang tidak suka berkongsi, mereka akan 'claim' litter box tu dia yang punya. Then, bila litter box penuh, dorang pun tak selera nak membuang dan akan cari tempat lain untuk buat cupcake. Hahaha.

The rule of thumb is one litter box per cat, plus one extra. 1.5 litter box per cat - Jackson Galaxy


Berikut ini adalah beberapa tanda bahawa kucing anda mungkin mahukan tandas/litter box lain atau jenis tandas yang berbeza:

1) Pancut (kencing) di sisi atau dinding litter box

Bagi kucing yang gunakan litter box bertutup, mereka akan protes dengan memancut pee pada dinding bekas atau disekitar kawasan litter box. Macam tanda kawasan dialah. Claim toilet tu dia punya.

2) Membiarkan kencing dan poo tidak dikambus

Kebiasaannya, kucing yang dah litter box trained, mesti akan pandai kambus pee atau poo. Kalau kucing kecik pun, dorang akan belajar dan pandai sendiri. Kalau tak reti memang kena ajarlah. Tetapi jika tetiba saja meow korang berhenti kambus bahan buangan macam biasa, ianya tanda claim juga tandas ni dia punya.

3) Membuang di luar litter box

Kalau kucing yang sakit, kadangkala mereka akan tersalah parking juga masa membuang. Kalau sihat walafiat tetiba je membuang di luar kawasan/litter box, tu tandanya mereka tidak berpuas hati dengan keadaan litter box yang ada. Mungkin tak puas hati sebab litter box penuh, tak bersih.

Ni toilet bersih pun tetap ke luar kawasan. Apa kes ni?

Sekarang ni kak Bell ada 12 ekor anak bulus dan cuma ada sediakan 4 sahaja litter box yang besar. Kiranya memang tak cukuplah. Sepatutnya kalau ikut formula tadi, Kak Bell kena sediakan 24 bekas litter. Tapi gila lah pulak nak sediakan sampai 24 kan! Penuh lah pulak rumah dengan litter box. Dah jadi macam barang perhiasan pulak bersusun tandas awam kucing. 

As long as, tak overload, sentiasa kemas dan bersihkan tandas dorang rasanya tak akan jadi masalah. Biasanya untuk rutin seharian, Kak Bell memang akan bersihkan toilet dorang 2x sehari. Kadang kala geram juga, ada tandas yang dah siap dibersihkan, dia nak juga membuang kat tempat yang Kak Bell tengah kemas. Macam-macam hal. Kucing ni memang jenis yang cerewet ya (Fussy Cat)!


Macam model kan? Pandai pulak memasing posing kaki atas jenama pasir. Hehe

Jadi kalau dah banyak kucing, mestilah rumah pun akan semerbak kasturi. Untuk atasi masalah tu. perlulah gunakan pasir kucing yang bagus selain ada pengudaraan yang baik. Memang ada banyak jenis dipasaran samaada jenis pasir, pine wood, kristal dan macam-macam lagi. Bagi Kak Bell, lebih prefer guna pasir. Untuk pasir tu sekarang, Kak Bell lebih sukakan Real Litter MultiCat. Memang agak mahal sikit tetapi berbaloi. Kak Bell beli 3 pek RM50. Single pek harganya RM18 but tengak kat lazada RM20 lepas diskaun. Mahal la pulak kat Lazada ni. Kak Bell dah guna 6 pek, memang dah tak ada bau ammonia pee dorang masa tengah bersihkan litter box. Pasir ni clumping dengan baik selain ada anti-bacterial protection, guna karbon teknologi, dust-free dan hypo-allergenic. So far, pasir ni yang terbaik Kak Bell pernah guna lah. Bagi yang ada banyak kucing, high-traffic kat litter box, Kak Bell suggest pakai MultiCat.

Diva Zaza!

Nasib baiklah semua kucing Kak Bell memang membuang dalam litter box dan tak ada membuang merata-rata. Tapi ada seekor tu memang masalah ye sebab tak kambus pasir lepas dia membuang. Si Muezza, kucing pertama Kak Bell yang Diva, walau dah umur 5 tahun tetap tak pandai kambus dengan pasir ye. Dah puas ajar. Sesetengahnya memang ada yang behaviour macam ni. Sabar dan layankan ajelah. Tuan puteri sangat kita yang nak kena kambuskan untuk dia. So, kalau yang macam ni bukan protes la, memang perangai. Hehe. So, berapa banyak litter box yang korang ada sekarang kat rumah?

Sumber rujukan - petfinder.com

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post