04/03/2018
Tibalah hari terakhir percutian di Pulau Perhentian Kecil. Seawal 7.30Am kitaorang dah mula berkemas dan bersedia untuk sarapan pagi. Walaupun masih tiada elektrik, nasib baiklah makanan yang dihidangkan di sini sedap dan memuaskan. Ramai betul yang beratur di bahagian English Breakfast semata-mata nak ambil scrambled eggs. Selesai check-out, kami terus ke Jeti Coral Bay untuk kembali semula ke Jeti Kuala Besut.
Sementara menunggu bot yang akan bertolak pada jam 12PM, melayan kanak-kanak di sini memancing ikan. Tak payah pakai joran pun, kagum sekejap Kak Bell tengok. Sampai Kuala Besut, terus ke office PMH dan membeli belah barang-barang souvenir di sana. Perjalanan diteruskan ke Kelantan untuk berjalan-jalan di Pasar Besar Siti Khadijah dan makan tengah hari di Restoren Nasi Ulam Cikgu yang terkenal di Kota Bahru.
Kak Bell tak pandai memancing, so kita bagi ikan makan roti ajelah :)
Dalam perjalanan, kami semua singgah sebentar untuk membeli ole-ole keropok lekor dan satar frozen. Keropok lekor ni merupakan makanan tradisional popular di Negeri Terengganu dan juga Kelantan, jadi masing-masing lah beli berkilo-kilo bawak balik KL. Kalau kat KL, bukan main nipis dia potong dan rasa tepung je. Tak puas makan.
Proses penghasilan keropok lekor
Keropok lekor ni diperbuat daripada campuran isi ikan laut, tepung gandum, campuran sagu dan garam. Keropok lekor Kelantan dan Terengganu ada bezanya. Kebiasaan keropok lekor di Terengganu berbeza kerana kandungan isi ikannya yang lebih banyak. Korang boleh dapatkan keropok lekor rebus, goreng dan satar untuk dibeli sebagai ole-ole dan boleh lihat sendiri proses penghasilan kerepok lekor. Kebanyakan kedai menjual keropok lekor ni turut menyediakan tempat makan bagi pelanggan untuk menjamu keropok lekor panas-panas.
Keropok lekor rebus
Satar ikan
Perjalanan diteruskan menuju ke Kelantan. Tak lengkap percutian jika ke Kota Bharu dan tak singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah dan makan di Nasi Ulam Cikgu. Pasar Besar Siti Khadijah ni terletak betul-betul di tengah pusat bandar Kota Bharu. Nama asal pasar ni ialah Pasar Besar Buluh Kubu sebelum dinamakan semula pada 1997 kepada Pasar Besar Siti Khadijah. Rata-rata peniaga di sini terdiri daripada kaum wanita yang minat berniaga.
Pasar empat tingkat dan berbentuk segi lapan ni menjual macam-macam jenis barangan tempatan seperti pakaian, kain batik, kain pasang, aksesori, barangan dapur dan lain-lain dan semestinya jauh lebih murah. Kebanyakkan peniaga di sini menjual barangan yang sama, jadi kena pandai lah nak menawar harga.
Bagi tingkat bawah khas untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Bagi yang mencari makanan kering seperti serunding dan makanan lain termasuk ayam percik, nasi kerabu atau nasi dagang boleh didapati di Tingkat 1. Untuk barangan bukan makanan seprti peralatan dan baju boleh cari di Tingkat 2 dan 3. Ok, memasing dah dapat apa yang dicari dan sempat bergambar dengan peniaga kain di sana. Mana entah bisnes kad kakak ni Kak Bell letak. Hehe.
Selesai membeli-belah, kami terus ke Nasi Ulam Cikgu untuk makan tengah hari. Tempat makan ni terletak 200 meter sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah dan berada di dalam Komplek Kampung Kraftangan berdepan dengan Istana Batu berhampiran pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra. Pertama kali sampai ke sini, terasa agak kekok sebab kedainya terletak di bawah rumah.
Nasi Ulam Cikgu memang penuh dengan umat dan menjadi tumpuan orang ramai untuk makan. Keunikan kedai ini ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman dan budu istimewa yang dibuat sendiri menggunakan resipi turun temurun. Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung. Kat sini konsepnya layan diri, lepas dah pilih makanan, habis makan baru pi bayar. Memang sedap makan kat sini. Dengarnya dah buka cawangan di Rasta TTDI, bolehlah Kak Bell terjah nanti.
Untuk tatapan, sepinggan je lauk, walhal!
Maka tamatlah percutian gadis-gadis ke Pulau Perhentian Kecil dan Kelantan. Ni gambar kitaorang dengan Kak Mieha yang menguruskan Perhentian Mieha Holidays. Memang best dan baik sangat dorang ni. Korang bolehlah contact agensi mereka jika berkunjung ke sini.
Sampai jumpa lagi untuk edisi travel yang akan datang. Hope ada rezeki dan masa untuk terbang dan berjalan lagi ke negeri orang. Muahhh.
Tags:
Jeti Besut
Kota Bharu
Nasi Ulam Cikgu
Pasar Besar Buluh Kubu
Pasar Besar Siti Khadijah
Perhentian Kecil
Perhentian Mieha Holidays
Pulau Perhentian Kecil
Travel