Negara kita sememangnya terkenal memiliki kepelbagaian sajian masakan tradisional. Sejak zaman-berzaman, makanan tradisi ini menjadi identiti sesuatu bangsa atau negeri kerana keistimewaannya. Bukan sahaja lauk-pauk dan kuih-muih, malah pencuci mulut juga ada yang jarang atau tidak pernah kita cuba. Bercakap tentang makanan tradisi, terdapat juga menu masakan khas istana atau hidangan DiRaja. Hidangan istana suatu ketika dahulu dan hanya dinikmati di dalam istana sahaja dan tidak pernah dibawa keluar untuk rakyat jelata. Untuk entri kali ini, Kak Bell nak berkongsi tentang hidangan pencuci mulut istimewa dari negeri Pahang iaitu Puding Raja (Royal Pudding).
Sepanjang 3 dekad ni, baru sekali Kak Bell pernah cuba menu Puding Raja Pahang. Walaupun sebelum ni membesar di negeri Pahang, memang tak pernah sekali mencuba menu ini. Kalau anak jati Pahang, pastinya lebih arif dengan Puding Di Raya Negeri Pahang. Puding ini terkenal di negeri Pahang terutamanya di daerah Pekan kerana asal-usul Puding Raja adalah hidangan pencuci mulut istimewa di dalam istana sahaja. Kini menu ini sudah boleh didapati dengan mudah. Nak tahu di mana nak mendapatkan Puding Raja ni? Jom baca sampai habis.
Food Market Cheras
Ahad lepas Kak Bell ada ke area Cheras. Kebetulan melilau mencari parking, ternampak kedai dengan logo buah durian berwarna pink. Disebabkan tertarik dengan logo kedai, Kak Bell dengan rakan-rakan Dewi Remaja singgahlah sebentar untuk lihat apa yang ada. Rupa-rupanya, Food Market ni menjual pelbagai produk-produk keluaran tempatan.
Aneka sambal dan pes
Ruang dalam kedai
Ada pelbagai versi sambal, barang makan frozen, pes memasak, makanan tradisional seperti sagu, cakar ayam dan yang paling penting tempoyak pun ada ya. Sempatlah Kak Bell shoping beli sambal hitam dan pes masakan. Kebetulan pula, Food Market ni ada menyediakan hidangan pencuci mulut special Puding Raja Pekan, so Kak Bell grab 1 pek nak cuba sebab menu ni memanglah sangat susah nak jumpa di KL.
Keistimewaan Puding Raja ini adalah cara hidangannya yang sama sekali berbeza dengan puding-puding yang kebanyakkannya telah dicampur sebagai satu hidangan. Puding Raja pula dihidangkan dengan bahan-bahan yang berbeza di dalam satu bekas secara berlapisan dengan kuah sosnya secara berasingan. Royal Pudding ini menggunakan bahan asas pisang lemak manis atau pisang emas yang digoreng/salai sahaja. Kemudian dilapiskan diatasnya dengan jala/urat emas dan ditaburkan dengan buahan kering seperti buah prun, buah ceri dan biji gajus. Kalau korang nak tahu jala emas tu biasanya dibuat menggunakan kuning telur itik. Walaubagaimanapun, boleh juga gunakan bahagian kuning telur ayam. Bagi kuahnya pula menggunakan sos kastard.
Bahagian hadapan pek
Bahagian belakang pek
Mak jemah selesai shopping!
Menariknya, Puding Raja Pekan ni telah sudah siap dipekkan di dalam kotak dengan 2 buah bekas berasingan berisi bahan puding dan sos kastard. Pek pembungkusan puding ni memang nampak cantik, kemas dan eksklusif. Sangat sesuai dijadikan cenderahati atau hadiah. Dalam pek ni juga telah disediakan dengan sudu plastik untuk pembeli. Yang mana nak buat sebagai goodies hantaran pun boleh! Kalau korang nak tahu Puding Raja Pekan ni memang didatangkan khas dari Pekan, Pahang dan dihantar segar setiap 3 hari sekali.
Rasa puding ni memang kena dengan citarasa Kak Bell. Semua kombinasi rasa lemak, manis semuanya cukup. Kalau nak lagi best, lebih sedap dimakan semasa sejuk. Lepas ni kalau nak cari Puding Raja Pekan, bolehlah datang ke Food Market Tasik Permaisuri ni. Harganya pun berpatutan. Sekotak dijual pada harga RM9.90 sahaja. Bagi yang ingin cuba, bolehlah singgah ke Food Market Cheras atau Shah Alam. Siyesly tidak mengecewakan.
Food Market
17, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik,
56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 019-666 4889
Waktu Operasi:10am - 10pm (Dibuka setiap hari)
Tags:
Dessert
Food Market
Makan Place
Makanan DiRaja
Puding Raja Pahang
Puding Raja Pekan Istimewa Di Food Market Cheras
Royal Dishes
Royal Pudding