Aura Dato' Siti Nurhaliza Masih Berbisa - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Aura Dato' Siti Nurhaliza Masih Berbisa

Trending

Aura Dato' Siti Nurhaliza Masih Berbisa

Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour melabuhkan tirainya malam tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai lokasi ketiga dan terakhir untuk siri jelajah konsert beliau. Terdahulu, Dato Siti telah memukau peminat setianya di Indonesia dan Singapura. Axiata Arena semalam meriah dengan kehadiran Siti Zoners dan konsert semalam 'full house' apabila kesemua 10,000 tiket habis dijual.


Persembahan malam tadi dibuka dengan seleksi irama tradisional hits beliau dan menggamatkan dewan. Pentas persembahan yang berwarna-warni dan bertaraf antarabangsa digarap indah dengan menerapkan kesenian budaya Melayu menerusi wayang kulit. Stadium terus histeria dengan jeritan para peminat yang telah menunggu 20 tahun untuk konsert Siti yang dibawakan Shiraz Project.


Sebelum konsert diteruskan, Dato' Seri Siti Nurhaliza menghentikan konsert selama beberapa minit untuk bertafakur bagi mangsa tragedi mangsa keracunan sisa toksik di Pasir Gudang, Johor dan tragedi keganasan di Christchurch, New Zealand.

Tidak ketinggalan, Siti turut memberikan penghormatan kepada komposer Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan melalui segmen tribute khas. Siti mendendangkan rangkaian lagu ciptaan mereka sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka terhadap kerjaya seninya selama lebih dua dekad. Diantara rangkaian lagu irama Malaysia yang disampaikan adalah Badarsila, Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sampai, Nirmala, Balqis, Hati Kama dan Cindai.


Walaupun telah berehat lama, Dato' Sri Siti Nurhaliza kembali dengan aura yang jauh lebih hebat dan masih berbisa. Sebelum ini, beliau juga pernah mengadakan konsert di lokasi sama pada 2001 dalam Konsert Mega Siti Nurhaliza. Mengimbas kembali konsert tersebut, beliau menyatakan telah mencuba dan membuat pelbagai aksi untuk persembahan seperti menjadi ahli silap mata, robot, gimnas, buat kawad senyap dan banyak lagi. 


Sebanyak 31 buah lagu telah dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza termasuk rangkaian lagu medley. Untuk tirai pembukaan, konsert Siti Nurhaliza on Tour menampilkan 2 penyanyi Yura Yunita dan Natasha Sass. Yura menyampaikan 2 buah lagu iaitu Cinta Dan Rahasia dan Buka Hati. Manakala Natasha Sass membawakan lagu Suara Panggilan Malaysia dan Seharus Sakti. Siti turut menampilkan penyanyi popular Indonesia, Tulus dengan berduet menerusi lagu Seindah Biasa dan Tulus membawakan 2 buah lagu Sewindu dan Jangan Cintai Aku Apa Adanya. Busana untuk konsert Siti Nurhaliza on Tour direka oleh Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.

Busana oleh Fizi Woo

Kejutan buat penonton yang hadir, Siti memberi peluang kepada peminat untuk membuat dua permintaan lagu untuk dinyanyikan secara acapella. Peminat memilih untuk Siti menyanyikan lagu Seribu Kemanisan dan Kurniaan Dalam Kesamaran.Tidak lengkap konsert itu tanpa menyanyikan lagu Siti Situ Sana Sini, Engkau Bagaikan Permata, Indahnya Percintaan, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu dan rangkaian lagu medley Korus Cuba Untuk Mengerti, Intrig Cinta, Bisakah, Pastikan, Biarlah Rahsia, Demi Kasih Sayang dan Seindah biasa  (duet Tulus).


Diantara artis yang hadir menyaksikan konsert Siti ialah Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Wany Hasrita, Siti Sarah, Husaini, Fara Fauzana, Lan Solo dan ramai lagi. Konsert diakhiri dengan lagu Bersandar Cinta.


SEGMEN TRADISIONAL
Badarsila, Joger Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah
TRIBUTE TO PAK NGAH
Nirmala, Balqis, Hati Kama, Cindai
SEGMEN BALADA
Jawapan di persimpangan, Jerat percintaan, Wajah Kekasih, Bila Harus Memilih
MEDLEY KORUS
Cuba Untuk Mengerti, Intrig Cinta, Bisakah, Pastikan, Biarlah Rahsia, Demi Kasih Sayang, Seindah Biasa (duet Tulus)
SEGMEN MODEN
Siti Situ Sana Sini, Engkau Bagaikan Permata, Indah Percintaan, Comel Pipi Merah, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Anta Permana, Jaga Dia Untukku, Destinasi Cinta, Lebih Indah, Bersandar Cinta

Credit photo: Ajako/ Shiraz Projects


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post