Spageti Goreng Udang - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Spageti Goreng Udang

Trending

Spageti Goreng Udang

Minggu lepas Kak Bell kongsikan resepi Fettucine Goreng. Harini Kak Bell kongsikan resepi pasta goreng gunakan spageti. Cara membuatnya memang sama sahaja cuma lain bahan sahaja. Kak Bell memang sukakan pasta, tak kiralah resepi pasta apa pun, yang penting kena sedaplah. Kalau di beli di luar maunya RM15 ke RM20 hengget. So masak je sendiri baru puas nak melantak.


Kebiasaannya, daging atau isi ayam digunakan sebagai bahan tumis dan perasa. Untuk resepi ni Kak Bell tak gunakan daging kisar. Cuma bahan-bahan mudah sedia ada je seperti sosej, sayur-sayuran dan udang. Then, kalau nak ciri Melayu sikit bolehlah tambah cili padi, Kak Bell guna lada benggala dan cili merah untuk beri sedikit rasa pedas. Kalau gunakan sos cili atau tomato nampak warna masakan tak menarik. Rasanya pun Kak Bell tak berapa suka. 


Spageti tu pula, jangan rebus terlalu lama sampai kembang. Nampak dah masak boleh angkat dan tos sebab nanti nak goreng lagi. Bawang merah dan putih Kak Bell guna manual shredder. Mudah dan pantas.

Bahan A
1 paket spageti
6 ekor udang
4 batang sosej daging/ayam
Serbuk oregano kering
Sos tiram
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Garam
Secukup rasa
Sedikit gula
Minyak

Bahan B (hiris/potong dadu)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji lada merah
1/3 cili benggala
1 batang lobak
Brokoli


Cara memasak:
1) Rebus spageti dengan air separuh periuk dengan sedikit garam dan minyak. Angkat dan toskan.
2) Masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.


3) Masukkan lobak, kacau sekejap dan masukkan sesudu sos tiram dan udang. Biarkan seketika.
4) Tambahkan lada benggala, cili merah, sosej dan brokoli (dah direbus).


5) Perasakan dengan garam, secukup rasa, serbuk lada hitam, lada sulah dan sedikit gula.
6) Kemudian, masukkan spageti, taburkan serbuk oregano dan sesuaikan rasa.


Kalau yang tak nak tambah gula pun ok. Tapi Kak Bell syorkan korang letakkan sikit dan bandingkan rasa dengan masakan yang tanpa gula. Mana lagi sedap. Tapi janganlah sampai melampau gulanya macam nak potong kaki. Sebagai perasa yer tujuannya. Ni Kak Bell dapat tips dari chef tau! Oklah Kak Bell nak masak sayur kacang buncis salted egg pulak ni. Nak resepi tunggu yer. Muah.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post