Hi Korang! Minggu ini Kak Bell datang rajin memasak. Masak menu
simple-simple aja dan yang penting makan tanpa dengan nasi. Tak tahulah
kenapa tak semangat pula nak makan nasi malam-malam ni. Btw, bagus jugalah,
boleh terus diet dan jaga pemakanan sebab biasanya Kak Bell memang kaki
lantak walaupun dah tengah malam. Tak tahulah sampai bila tak makan nasi
waktu malam. Haruslah lepas ni Kak Bell kurus macam lidi. Hehe. Jadilah menu simple Sotong Goreng Bersama Dengan Telur.
Disebabkan dah lama tak memasak, jadi barang-barang kat dapur memang tak
adalah. Balik kerja semalam singgah di kedai Acheh beli barang. Asalnya menu
ini nak digandingkan dengan udang, malangnya udang habis. Yang ada cuma
sotong. Nak beli kerang pun upon ordering sebab kerang mahal katanya.
Disebabkan kebanyakkan peruncit masih bercuti bersempena dengan Tahun Baru
Cina, jadi cuma kedai Acheh ni sahaja yang buka. Memang habis licin lah
semua barang kan!
Menu ni sangatlah mudah sebab gunakan telur ayam dan digandingkan dengan
seafood. Udang tak ada, cumi pun jadik. Next time, Kak Bell nak gunakan
udang pula. Disebabkan pakai sotong, jadi masakan ni macam basah sedikit
sebab air dari sotong keluar masa memasak. Let's tengok
bahan-bahannya.
Bahan A
4 ekor sotong
2 biji telur ayam
2 sudu minyak masak
Sedikit minyak bijan
Serbuk lada sulah
Garam secukupnya
Maggi cukup rasa
Bahan B (bahan hiris/cincang)
1 ulas bawang
3 ulas bawang putih
1 cm halia muda
1 bahagian lada benggala
Cara memasak:
1) Bersihkan sotong, toskan. Gaulkan dengan garam, ladu sulah, sedikit
minyak bijan dan perapkan 10 minit.
2) Pecahkan telur ayam, tambah garam dan lada sulah. Pukul rata.
3) Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan B sampai wangi.
4) Masukkan sotong, kacau sampai nampak sotong dah kecut.
5) Kemudian masukkan telur, kacau rata.
6) Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
7) Kecilkan api, taburkan daun bawang dan sedia di hidang.
Ok. Dalam gambar tu Kak Bell memang gunakan daun sup sebab daun bawang pun
tak ada. Kita memang main bedal je apa yang ada. Untuk bahan hiris tadi, Kak
Bell guna manual shredder. Halia tu Kak Bell pakai sikit sebab tak suka rasa
halia. Kak Bell yakin bila pakai udang mesti lagi sedap rasanya. Cubalah
korang try masak Sotong Goreng Bersama Dengan Telur, ok ke tidak rasanya nanti.