Pebble @TTDI-Burger vs Frozen Yogurt - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pebble @TTDI-Burger vs Frozen Yogurt

Trending

Pebble @TTDI-Burger vs Frozen Yogurt

Hi Korang! Kalau di sekitar TTDI memang terdapat banyak tempat makan menarik dan mewah. Cakap sahaja nak makan apa, kebanyakan semuanya ada. Kebetulan bulan ini, Kak Bell ada berkampung di TTDI sebab ada 'job training', so memang puaslah berjalan sekitar TTDI berkunjung ke tempat-tempat makan menarik. Asalnya, rakan sekerja nak makan frozen yogurt di Llao Llao sebab ada 22% diskaun untuk hari Rabu (Have a treat with 22% discount on today's Well-nesday!). Dah alang-alang ke sana terus duduk lunch di Pebble. Kak Bell rasa Pebble ni sangat menarik jadi Kak Bell kongsikan lah dengan korang semua.


Kalau korang nak tahu, ada 10 kedai atau kafe yang menyajikan menu burger di area TTDI. Diantaranya Dotty's, KGB (Killer Gourmet Burgers), Mak Chik Yunai dan lain-lain. Kafe terbaru, Pebble yang menyajkan menu burger sebagai menu utamanya selain wrap dan finger food like seperti bebola kentang dan ayam. Pilihan burger juga pelbagai dengan pilihan ayam atau daging.


Sebelum ni Pebble merupakan kafe berstatus 'pork-free' tetapi kini sudah berjaya mendapatkan status HALAL dari JAKIM. Nanti korang boleh tengok sijil perakuan HALAL di pamer di kafe ni. Another thing, Pebble ni adalah produk jenama tempatan. Jom tengok apa yang kami pesan untuk hari ini.


Bacon & Cheese Pop (RM11)
Bahan utama menu ni sebenarnya ialah kentang (hashbrown). Bacon tu di tabur sahaja di atas kentang Pebble ni. Rasanya sedap but bacon tu tak terasa sebab ala-ala je ditabur atas tu.


Cheesy Meats Pops (RM11)
Sama seperti menu kat atas. Bezanya ada minced beef. Menu yang ini lebih berbaloi. At least, masih terasa daging tu bila dimakan.



Burger Blue Cheese (RM16.90)


Burger Spicy Beef (RM16.90)


Burger Pebble Signature Set with Fries+Orange Juice (RM25.90)
Ala-carte Burger Pebble Signature (RM16.90). Boleh tanya dahulu staff untuk menu set. Set ini lebih menarik lah sebab datang sekali dengan jejari kentang. Dalam burger tu ada 2 ketul onion rings.


Bagi Kak Bell burgernya sedap, patty juicy dan lembut. Menu lain pun boleh tahan sedapnya. Kalau nak order daging itik pun ada selain Wagyu (Rm 48). Staff ok dan yang penting suasana kat sini santai.


Pebble terletak bersebelahan dengan Secret Recipe TTDI dan bersetentang dengan McDonalds. Kafe ni berkongsi tempat yang sama dengan Llao Llao. Walaubagaimanapun, korang akan nampak dengan jelas ada 2 kedai berbeza dalam satu lot ini. Kalau Llao Llao yang berada di depan premis gunakan warna putih-hijau manakala Pebble pula dindingnya ada gambar logo burger dengan warna neon.




So far so good dan Kak Bell akan datang lagilah untuk mencuba menu lain pula. Kak Bell rate 3.6 bintang!


PEBBLE
50, Jalan Tun Mohd Fuad 1, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur. 
Opening hours: 11am – 10pm


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post