Nasi Ayam merupakan salah satu menu yang memang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Paling popular tentulah menu nasi ayam Melayu dan juga nasi ayam Hainan. Rasa kesedapan menu ini juga pelbagai dan bergantung kepada teknik dan ramuan rahsia masakan masing-masing. Kak Bell juga amat senang jika menikmati nasi ayam kerana setnya lengkap dengan lauk, sayuran dan nasi. Baru-baru ini, Kak Bell telah singggah di sebuah restoren untuk menikmati nasi ayam chinese style HALAL iaitu CRG Chicken Rice Guys yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam,
CRG ni bersebelahan dengan UniSEL cawangan Shah Alam. Restoren yang menyajikan menu nasi ayam Hainan Chinese style HALAL ini menampilkan hidangan nasi ayam yang sangat sedap dan menepati citarasa Kak Bell untuk Nasi Ayam Hainan. Pilihan menu ayam panggang/bakar (roasted) dan steamed, selain itik goreng berempah disini juga mengancam. Menu-menu lain pun ada seperti noodles dan side dishes lain seperti wantan. Jom lihat menu apa yang telah Kak Bell cuba disini tempohari.
Hidangan Nasi Ayam Hainan CRG Chicken Rice Guys
Nasi Ayam YinYang
Untuk hidangan utama set kombo Nasi Ayam YinYang ini terdiri dari hidangan 2 versi ayam roasted dan steamed yang dijual pada harga RM9. Jika mahu set biasa, anda boleh memesan set Roasted Chicken Rice atau Steamed Chicken Rice pada harga RM5.50.
Ayam YinYang
Menu ayam YinYang ni memang sedap dan puas hati. Ayamnya lembut dan juicy. Memang Kak Bell recommended korang cuba menu ni jika datang ke sini.
Itik Goreng Berempah
Paling istimewa restoren ini juga turut menyediakan menu itik. Bagi penggemar hidangan itik, bolehlah cuba set Roasted Duck Rice (RM7) atau set Fried Spice Duck Rice (RM7.50). Pesanan secara ala-carte juga ada pada harga RM5.50.
Itik Goreng Berempah (RM5.50)
Roasted Duck (RM5.50)
Kedua-dua menu itik ni pun boleh tahan kesedapannya. Daging itiknya lembut dan lembap dan dimasak dan diperap dengan baik, tiada bau itik. Sebagai bukan peminat itik, untuk menu ni Kak Bell berikan 5 bintang! Yang mana tak makan daging itik, mungkin boleh cuba kat sini. Kak Bell yakin memang boleh masuk tekak korang!
Untuk hidangan sampingan sayur, Kak Bell cuba wantan goreng, sayur taugeh dan pak choy. Semua porsi hidangan ni dijual pada harga RM3 sahaja. Murah bukan? Bukan itu sahaja, lepas habis menu utama, terus pesan hidangan mi dan side dishes lain seperti toasted bun, toasted bread dan wantan soup. Semuanya pun dalam lingkungan RM2-RM3 untuk 1 saiz makanan.
Wantan Soup (RM3)
Toasted Bun (RM3)
Toasted Bread (RM2)
Bagi hidangan mi, CRG Chicken Rice Guys turut sediakan mi kari, Ipoh Hor Hor Fun, Mi Wantan dan Hokkien Prawn Mee. Kak Bell juga tak lepaskan peluang cuba menu CRG Kuey Teow yang popular di sini.
Kuey Teow Goreng Telur
Buat peminat kopi, korang nanti boleh cuba kopi ais Black Lychee atau Kopi Durian. Untuk Black Lychee ni rasanya memang sangat memuaskan. Memang kena walaupun dicampurkan dengan laici. Yang terbaru di sini, CRG juga baru memperkenalkan pencuci mulut Cheese Cake. Terdapat 10 aneka jenis cheese cake lazat yang baru dijual 2 hari lepas semasa berkunjung tempohari. Kak Bell dah cuba Cheese Cake Mango, Blueberry, Toblerone Dark Choclate, Orea dan Peanut Butter Banana. Harganya pun murah dan dijual pada harga RM6.90. Korang boleh cuba nanti perisa-perisa yang lain.
Black Lychee (RM4)
Kesemua hidangan yang telah dicuba memang sangat awesome sedapnya. Mesti cuba ayam YinYang dan itik goreng berempah di sini. Pasti tidak mengecewakan korang. Craving satissfied!. Actually, premis ni memang dah viral sebelum ni. Selain itu juga, premis ini dikategorikan sebagai premis kebersihan gred A. Lihat saja pengunjung yang datang, sejak mula beroperasi hingga ke waktu puncak pun masih sentiasa penuh restoren CRG Chicken Rice Guys dengan pelanggan.
Bagi yang ingin mencuba keenakan hidangan Nasi Ayam Hainan dan Itik Goreng Berempah CRG Chicken Rice Guys bolehlah berkunjung ke alamat berikut.
CRG Chicken Rice Guys
40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Opening hours: 8AM-7PM
Opening hours: 8AM-7PM