Anugerah INSTAFAMOUS Kembali Lagi! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Anugerah INSTAFAMOUS Kembali Lagi!

Trending

Anugerah INSTAFAMOUS Kembali Lagi!

hurr.tv kembali lagi tahun ini menganjurkan Anugerah Instafamous bagi menghargai Instafamous dan personaliti pelbagai bidang paling win bagi tahun 2018. Bakal dianjurkan pada 27 April 2019 di Vogue Lounge, Menara Suezcap Kuala Lumpur, anugerah seumpamanya di Malaysia ini akan menghimpunkan nama-nama besar pengguna aplikasi media sosial berkenaan di dalam sebuah majlis yang gilang-gemilang.


Memasuki tahun kedua penganjuran, Anugerah Instafamous 2018 menampilkan 9 kategori akan dipertandingkan bagi Instafamous manakala 9 kategori khas pula diberikan kepada personaliti yang telah memaparkan dedikasi di dalam bidang mereka ceburi dan pengaruh dibawa mereka kepada generasi digital kini. Pengundian bagi kategori Instafamous kini telah bermula sehingga 11.59 malam, 26 April 2019.

Pada edisi pertama penganjurannya, Anugerah Instafamous telah merekodkan lebih 1.5 juta undian yang dilakukan secara dalam talian menerusi laman web hurr.tv. Kelainan pada edisi kali ini, peminat juga boleh mengundi Instafamous kegemaran menerusi aplikasi telefon pintar hurr.tv yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play.


Berikut adalah kategori yang akan dipertandingkan bagi Instafamous; Paling Versatil, Paling Chantek, Paling Bro, Paling On-Point, Paling Stylo, Paling Layan, Paling BBNU (Budak Baru Nak Up), Paling Fit dan Paling Ohsem. Sembilan kategori khas bagi personaliti terpilih pula ialah; Anugerah Instafamous Inspirasi, Anugerah Instafamous Fenomena, Anugerah Instafamous Versatil, Anugerah Instafamous Pujaan Hati, Anugerah Instafamous Adiwira, Anugerah Instafamous #tilljannah, Anugerah Instafamous Mudah Terhibur, Anugerah Instafamous Stylista dan Anugerah Instafamous Unggul. Berikut adalah senarai calon untuk kategori dipertandingankan untuk Anugerah INSTAFAMOUS 2019.

Paling BBNU (Budak Baru Nak Up)


Paling Bro


Paling Chantek


Paling Fit


Paling Layan


Paling Ohsem


Paling On-Point


Paling Stylo


Paling Versatil


Pemenang Anugerah Instafamous 2017 antaranya adalah, Ismail Izzani (Paling Layan), Little Miss Khan (Paling Chantek), Syafx (Paling Bro), Johanis Sani (Paling Stylo) dan Cupcake Aisyah (Paling Ohsem). Kategori khas pula antaranya adalah, Vivy Yusof (Anugerah Instafamous Inspirasi), Alvin Chong (Anugerah Instafamous Fenomena), Elfira Loy (Anugerah Instafamous Versatil), Syafiq Kyle (Anugerah Instafamous Adiwira) dan Neelofa (Anugerah Instafamous Unggul). 

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, "Anugerah Instafamous pada tahun 2017 telah merekodkan sejarah kerana buat pertama kalinya, sebuah anugerah dia njurkan untuk mengiktiraf Instafamous yang dilihat sebagai penanda aras kepada kelahiran bakat-bakat baharu yang terdiri daripada pelbagai cabang. Ini sekaligus membuktikan bahawa rakyat Malaysia berjaya memanfaatkan kuasa media sosial terutamanya Instagram untuk memberikan pelbagai informasi yang bukan sahaja sekadar hiburan, malah turut mendidik apabila digunakan dengan betul."

Memasuki tahun kedua penganjuran Anugerah Instafamous, kami di hurr.tv berbesar hati menjadi sebuah platform bagi mendekatkan peminat bersama personaliti media sosial kegemaran mereka. Berita baik juga bagi peminat, anda berpeluang untuk memenangi pas khas bagi menghadiri Anugerah Instafamous 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti mereka di:


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post