Yuna Teruja Berkolaborasi Dengan Pereka Christy Ng - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Yuna Teruja Berkolaborasi Dengan Pereka Christy Ng

Trending

Yuna Teruja Berkolaborasi Dengan Pereka Christy Ng

Penyanyi dan penulis lagu antarabangsa Yunaliz Mat Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna berkolaborasi dengan pereka beg dan kasut Christy Ng melalui koleksi eksklusif bag dan kasut YunaXChristyNG. Majlis pelancaran koleksi tersebut telah diadakan pada 5 Januari 2019 lalu bertempat di Bukit Bintang City Centre Sales Gallery, Kuala Lumpur. Sudah tentulah, Kak Bell orang paling teruja sebab dapat bersua muka dengan Yuna kan! Bagi peminat hasil pereka Christy Ng juga pasti menantikan koleksi edisi khas Yuna dan Christy Ng ini yang mendapat permintaan tinggi oleh peminatnya. 


Kolaborasi ini menampilkan koleksi rekaan tas tangan dan kasut yang terhad dan dihasilkan bersesuaian dengan gaya trendy dan kerjaya muzik Yuna. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk menghasilkan kasut berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan untuk semua wanita di seluruh dunia. 


Menurut Yuna, rekaan beg dan kasut koleksi Alis tersebut dihasilkan mengikut gaya yang diminatinya, fesyen yang sederhana tetapi sentiasa relevan (timeless) untuk dipakai pada bila-bila masa. Rekaan yang ditampilkan juga amat sesuai digayakan oleh wanita daripada semua peringkat usia.


Majlis pelancaran pada malam tersebut menampilkan tema 'Titanium Futuristic Elegance' sebagai lambang 'iron lady' atau 'girl power', tidak kira di dalam apa jua bidang atau peranan wanita dalam masyarakat. Tema ini diilhamkan dari kisah kesusahan yang dihadapi oleh Yuna & ChristyNg sendiri dalam mengharungi pandangan stereotaip masyarakat terhadap peranan wanita. Kedua-duanya berharap agar dapat melihat lebih ramai lagi wanita mengikuti impian mereka dan mengejar cita-cita mereka dengan segala kemungkinan mahupun jua kritikan sambil tetap berpegang pada apa yang mereka percayai.


Koleksi YunaXChristyNG
Untuk koleksi ini ChristyNg menampilkan koleksi Alis saddle bag dan juga koleksi kasut YZS. Terdapat 7 warna untuk saddle beg dan 5 warna kasut dengan pilihan menarik dengan padanan warna kasut-bag. Harga yang ditawarkan adalah mampu milik, dijual pada harga RM189 untuk setiap kasut dan beg.

Saddle bag
👜ALIS Lady In Red 👜ALIS Mauve Mama 👜ALIS Caramel Kiss👜ALIS California Girl 👜ALIS Rainforest 👜ALIS Gotham 👜ALIS Tomboy



Shoe
👠YZS Lady In Red 👠YZS 90's Baby Mule 👠YZS California Girl Mule 👠YZS Hunter Green 👠YZS Heartbeat Mule


Kasut YZS ini memang selesa dan koleksi beg juga menepati citarasa. Jika ikutkan kata hati, memang teringin memiliki 1 set kasut dan bag dari koleksi YunaXChristyNg ini. Akhirnya, Kak Bell berjaya juga mendapatkan ALIS Lady In Red yang merupakan warna kegemaran Yuna. Lepas ni Kak Bell nak grab kasut pula!

Jadilah acah-acah model memegang bag!

Majlis pelancaran tersebut turut dimeriahkan apabila Yuna turut menyanyikan 4 buah lagu popular beliau iaitu Dan Sebenarnya, Terukir Di Bintang, Crush dan Leaving. Kalau nak tahu lagu Crush Usher ft Yuna ini, berada di kedudukan nombor 3 di dalam carta US Billboard R&B. Lagu-lagu dia memang Kak Bell minat sangat. Nak tonton nyanyian live Yuna yang lain, boleh lawati You Tube Bella Jamal kay!

Leaving

Terukir Di Bintang

Best sangat nyanyian Yuna, sebijik macam dalam CD! Sekarang jatuh hati dengan lagu Leaving. Yuna juga ada menyatakan bahawa beliau bakal mengadakan konsert. Jadi, nantikan pengumuman rasmi dari pihak Yuna nanti kay.

Bersama dengan Christy Ng

Bersama designer Hatta Dolmat

Yeay, at last dapat jumpa Yuna in person!

Bagi yang hendak dapatkan koleksi ini boleh membeli secara atas talian di www.ChristyNg.com atau kunjungi store berdekatan anda di Mid Valley Megamall, Aeon Mall Tebrau City, Kompleks SOGO KL, MyTown Shopping Centre dan juga 1 Utama Shopping Cente Old Wing.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post