01/01/2019 Hari ni merupakan hari terakhir berada di Pulau Pinang. Pagi tu kami
check-out awal pada jam 11 pagi sebab nak explore ke Bukit Bendera. Bak kata
orang dah sampai ke Pulau Penang mestilah kena jejakkan kaki ke Bukit
Bendara (Penang Hill). Selepas serahkan kunci kepada tuan rumah, kami
bersarapan pagi dahulu kat Hutton Lane. Hutton Lane ni terkenal dengan Roti
Bakar dan Nasi Dalca. Perjalanan dari apartment kami pun tak jauh. Cuma
ambil masa dalam kurang 15 minit.
Kedai roti bakar yang terletak di
Hutton Lane Roti Bakar, Georgetown ini merupakan salah satu tempat sarapan terkenal di Pulau
Pinang. Kedai Roti Bakar Hutton Lane ni dibuka seawal jam 5.30 pagi. Masa
sampai memang dah penuh dengan orang ramai nak sarapan. Nasib baiklah
beratur tak lama dan dapat tempat duduk. Untuk parking of courselah penuh,
so kena pepandailah nak hidup yer.
Hotel Majestic di Hutton Lane
Pagi tu semua order roti bakar telur goyang dan bestnya ada pelbagai jenis
roti bakar yang boleh korang order. Ada roti bakar biasa dan seterusnya lah
dengan telur goyang, cheese atau kaya. Kalau korang nak tahu roti bakar kat
sini dibakar menggunakan arang.
Kitaorang cuba menu Roti Bakar Telur Goyang Cheese dan Roti Bakar Kaya
Cheese. Roti bakar kat sini memang best dan Kak Bell rating 8/10. Memang
sedap sangat makan dengan telur goyang tu! Tempoh penyediaan pun cepat dan
tak perlu menunggu lama. Bagi yang datang Georgetowm, Kak Bell
recommended korang datang sarapan pagi kat sini. Pasti tak
mengecewakan. Rugi pulak tak cuba sekali Nasi Dalca kat sini. Hmmm. Next
time ke sini lagi mesti nak cuba nasi dalca di
Hutton Lane.
Lepas sarapan, kitaorang teruskan perjalanan ke Bukit Bendera. Jarak lebih
kurang 12KM dan ambil masa dalam 30 minit. Nanti korang boleh parkir kereta
di Penang Hill Multi-storey Car Park (Tempat Letak Kereta Bukit
Bendera) yang berada bersebelahan dengan stesen Bukit Bendera. Harga parking
pun ok, RM2 untuk jam pertama untuk hari biasa dan RM3 untuk weekend dan
hari Kelepasan Am. Subsequent hour RM1.
Dah masa kami pergi ni pun time holiday, jadi memang ramailah manusia naik
ke Bukit Bendera (Penang Hill). Selain rakyat tempatan, ramai juga pengunjung dari Indonesia. Maklumlah,
jika dari Medan ke Pulau Penang pun cuma ambil masa sejam aje melalui
flight. Haritu kami tak beratur lama menunggu lama selepas membeli tiket.
But kena tunggu jugalah turn nak naik tren ke Bukit Bendera. Untuk pemegang
MyKad
harga tiket kereta kabel
Bukit Bendera ialah RM10 dan RM40 bagi bukan warganegara. Btw, kalau malas
nak tunggu, boleh lah beli tiket fast lane yang berharga RM30. Masa nak naik
tren tu memang berebut lah uols sebab malas nak tunggu next tren. Memang
penuh koc tren dalam satu-satu masa tu. Waktu tren berlepas adalah pada
setiap 30 minit dan tempoh masa sampai atas dalam lebih kurang 5-7 minit.
Perkhidmatan tren ni start dari jam 6.30 pagi hingga ke jam 11 malam (tren
terakhir). Nak best duduk koc depan lah, boleh tengok permandangan.
Stesen Penang Hill
Puncak Bukit Bendera
Bukit Bendera ni terletak di ketinggian 833M dari aras laut. Lepas sampai
korang akan nampak menara tinjau (viewing deck). Dari atas ni, boleh lihat
pemandangan Pulau Pinang. Cuaca hari tu baik dan cerah dan boleh nampak
jelaslah menara KOMTAR, jambatan Pulau pinang dan lain-lain.
Lepas berada di menara tinjau, korang jalan depan sikit akan jumpa
Strawberry Farm dan Observation Area. Jika nak tengok lebih dekat kawasan
Pulau Pinang boleh tinjau guna teropong warna-warna kat sini. Disebelah kiri
pula ada Strawberry Farm dan juga Little Village Penang Hill. Kedua-dua
tempat ni kitaorang tak singgah dan terus jalan ke Dataran Bukit Bendera.
Korang juga boleh melawat ke The Habitat, iaitu tarikan baru Bukit Bendera.
Disebabkan kesuntukan masa, kitaorang tak terjah lah kesini. Btw, ada caj
masuk lain lah ke sini.
Di kawasan Dataran Penang ni ada Owl Museum, Cliff Cafe, Love Lock area dan
model keretapi lama Bukit Bendera. Bagi korang yang nak tinggalkan memori
kat sini, bolehlah beli mangga kunci lepas tu tulislah nama buah hati
pengerang jantung korang tu. Kekononnya lah nak fefeling macam kat Korea
atau Jepun tu kan! Simbolik cinta katanya, hujung-hujung non hado! Apapun
Kak Bell doakan yang terbaik untuk kebahagiaan korang kay! Muah!
Sesudah bergambar kat sini, kitaorang lepak makan di Cliff Cafe. Masa kat
atas dataran kunci tu memang dah panas. Turun ke kafe barulah rasa sejuk
sikit. Kat sini ada banyak kedai pilihan makanan. Kitaorang cuba laksa
Penang dari 2 buah kedai berbeza dan juga ais krim mangga. Sedap kan nampak
laksa ni? Btw, rasanya bias-bias sahaja. Bak kata Kak Senduk rasanya Najwa
Latip aje ye. Seriously memang Kak Bell rasa tak ada 'wow factor' pun laksa
tu. Then, rasa ralat dah sampai sini tapi tak sempat nak makan pasembor.
Nasib baiklah ais krim mangga tu penyelamat keadaan. Bebola lutsinar tu
perasa mangga, seronok sangat bila dia meletup dalam mulut. Harga okla boleh
tahan. Tak ada lah harga Yahudi sangat. Hahaha.
Lepas makan, bersiap untuk turun dan pergi airport. Sepanjang 3 hari ni,
kitaorang cuma topup balik minyak kereta RM34 je bagi full tank balik
sebelum pulangkan. Kitaorang pulangkan semula kereta pada jam 3 petang dan
tunggu flight ke KL pada jam 5 petang. Tamatlah kisah 3D2N di Penang bersama
gadis-gadis Sunsilk. Next kalau ada masa ke Penang lagi mesti nak lawat
tempat-tempat menarik yang lain. Okay lah korang tunggu Kak Bell up post
pasal Pulau Perhentian pulak. Bilalah aku ada masa nak tulis ni yer. Hikss.
Kay Bye!
Tags:
apa yang menarik di penang
tempat best di penang
tempat best di pulau pinang
tempat menarik di georgetown
tempat menarik di penang
Travel