31/12/2018 (Part 3) Selepas habis jelajah Tingkat 65 & 68 tadi, kitaorang semua turun ke Tingkat 5 untuk explore permainan yang ada. Kiranya not bad jugalah indoor theme park ni. Ada macam-macam benda boleh buat dan memang korang kena sediakan sehari untuk luangkan masa kat sini. Masa turun-naik dari bawah ke atas The TOP Penang ni, korang akan naik high-speed bubble elavator. Terdapat 2 buah unit bubble lift ni yang harganya RM6 juta! Memang kesekejapan saje dah sampai. Untuk entri Part-3 ni, Kak Bell kongsi gambar-gambar di Tech Dome Penang (Science Centre), Musical Carousel dan 7D Discovery Motion Theater. Untuk Magic Mirror Maze dan Penang State Gallery Kak Bell tak ada ambik gambar. Magic Mirror Maze tu tak sempat nak ambil gambar sebab takut terlanggar cermin pulak. Haha.
Ribena tak i?
Tech Dome Penang ni adalah sebuah pusat sains di Penang. Ia dibina dengan kos RM28juta, terletak di Geodesik Dom di Komtar. Tech Dome ni dibina sebagai inisiatif dan usaha mencetuskan minat bidang sains di kalangan kanak-kanak dan para belia. Di dalam ni terdapat lebih daripada 101 pameran berasaskan sains dan teknologi yang boleh korang cuba. Pameran sains tersebut merangkumi bidang Life & Tech, Force & Motion, Electromagnetism, Robotics, Information Technology dan Optics. Semasa kitaorang pergi haritu, ada juga beberapa alatan dalam pameran tersebut tak berfungsi. Walaupun dah tua bangka, kita cuba jugalah apa yang ada. At least, berkembang sikit sel-sel otak ni berhubung kan.
Berikut ni diantara gambar dan pameran sains yang ada kat sana. Setiap satunya korang boleh cuba sendiri. Kak Bell tunjukkan beberapa contoh sahaja ye. Kalau letak semua nanti dah jadi macam buku sains la pulak. Lebih afdal kalau korang pi melawat sendiri dan cuba. Kak Bell yakinlah, korang pun mesti dah 'terlupa' semua benda-benda basic sains ni kan. Itulah mesti time subjek Sains je mengantuk. Paling benci kalau belajar Fizik. Memang satu benda Kak Bell tak paham! But then, kita suka Kimia je. Tiberr.
Ms Faye jadi model pusat sains ke mascot? Hiks
Bahagian angkasa lepas
Bila pusing, akan nampak pergerakan burung tu terbang
Benda alah ni Kak Bell lupa pula apa namanya. Ghost Shadow ke apa benda entah. Korang boleh buat gaya, tekan butang snap dan screen tu akan rakam bayang-bayang korang. Btw, korang kena cepat-cepat ambil gambar, sebab kesan shadow tu sekejap je sebelum hilang.
Then, yang ni pula 'leviating ballon'. Eching-eching magician gitu. Sebelum ni dorang ada guna globe ballon, jadi nampaklah macam bumi berputar. Pembantu sains di sana juga akan tunjukkan dan ajar beberapa teknik lain kat sini.
Nampak macam biasa aja kan belon terapung. Actually eksperimen ni merupakan contoh Prinsip Bernoulli. Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa kawasan bendalir/udara yang bergerak dengan halaju yang lebih tinggi mempunyai tekanan yang lebih rendah. Udara dari mesin tu akan mengelilingi permukaan belon dan udara mengalir secara rata di setiap sisi belon. Graviti akan tarik belon ke bawah, sementara tekanan di bawah belon dari udara bergerak (dari mesin tu) akan naikkan semula ke atas dan menyebabkan belon terapung. Fizik Tingkatan 4 hokkay!
Nampak macam biasa aja kan belon terapung. Actually eksperimen ni merupakan contoh Prinsip Bernoulli. Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa kawasan bendalir/udara yang bergerak dengan halaju yang lebih tinggi mempunyai tekanan yang lebih rendah. Udara dari mesin tu akan mengelilingi permukaan belon dan udara mengalir secara rata di setiap sisi belon. Graviti akan tarik belon ke bawah, sementara tekanan di bawah belon dari udara bergerak (dari mesin tu) akan naikkan semula ke atas dan menyebabkan belon terapung. Fizik Tingkatan 4 hokkay!
Kalau korang letakkan tangan di belakang belon, memang tak rasa udara yang di hembus dari mesin tu, sebab udara tadi mengelilingi belon tadi. Faham ke tidak?? Kalau korang nak cuba eksperimen ni, boleh gunakan hair dryer (cool mode) dan bola ping pong. Gerakkan ke kiri dan kanan perlahan-lahan dan bola ping pong tu akan ikut bergerak. Guna belon pun boleh.
Nothing much Kak Bell nak story kat sini. Just cuba pameran sains yang ada ajelah. Then, pihak Tech Dome juga ada buat aktiviti-aktiviti sains dan juga pertunjukan robotik. Pertunjukan robot ni akan ada setiap hari pada jam 3PM. Dalam slot ni, pengunjung boleh berinteraksi dengan robot dan tengok robot menari. Btw, dah nama robot, mestilah dia menari pun macam robot. Tak adalah nak menari Zapin pulak kan. Kak Bell still enjoy sebab dapat jadi muda kejap. Hehe.
Tengok telatah bebudak ni menari Baby Shark Do Do. Budak-budak yang datang sini pun bijak-bijak yer. Speaking London gituh. Memang sesuailah bawa anak-anak datang dan spent masa 3-4 jam belajar dan berhibur kat sini.
Untuk tayangan di 7D Discovery Motion Theater ni pun ada masa-masa yang tertentu. Lepas habis sesi pertunjukan robot tadi, terus bergegas ke sini sebab masa pertunjukannya lepas pertunjukan robot. Dalam teater ni, memang korang akan terasa kesan efek seperti terkena air ke, terlanggar pokok ke, kesan efek yang sesuai lah dengan filem yang ditayangkan. Pertunjukan ni pun sekejap je, tak adalah sampai 2 jam full movie. Masa haritu, kitaorang rasai kesan 7D filem ala-ala Pirates The Caribbean.
Then, part ni agak kelakar. Masa tengok pamplet, tercari-cari Musical Carousel sampai tak terfikir ianya permainan ni. Disebabkan tak pernah rasa naik benda ni, Kak Bell gigih pergi je main. Btw, rasa agak malu juga nak tunggu 10 minit dia habis pusing. Nasib baiklah ketinggian kita ala-ala sama je dengan budak-budak tu. Jadi kanak-kanak ribena kejap naik kuda. Hehe.
Musical Carousel
Video ni dirakam guna Samsung FE FHD 60fps. Bila dah post agak kurang lah kesan resolusinya.
Untuk kesemua tempat permainan ni ada caj masuk yang berbeza. Disebabkan kitaorang dah beli pass TOP Fun so boleh main semualah. Seriously jimat berbanding kena bayar RM38 untuk 7D Discovery Motion Theate dan RM6 untuk Musical Carousel kalau beli secara berasingan. Caj masuk ke Tech Dome pun lain jugak. So, better ambik pass RM74 ni. Sangat berbaloi. Ada satu tempat menarik yang kitaorang tak masuk sebab kena bayar lain iaitu Zombie Outbreak.
Nampak tak keriangan terpancar di wajah mereka? Haha
Lepas habis pusing kat sini kitaorag pergi melawat tingkat 4 pulak. Jom sambung ke episod seterusnya > Tempat Menarik Di Penang : Penang Trip - Day 2 (Part 4)
Tempat Best Di Penang, Tempat Menarik Di Penang, Tempat Menarik Di Georgetown, Apa Yang Menarik Di Penang, Tempat Best Di Pulau Pinang, Penang Trip,
Tags:
apa yang menarik di penang
Penang Trip
tempat best di penang
tempat best di pulau pinang
tempat menarik di georgetown
tempat menarik di penang
Travel