RAKITA: Jenama Media Inforia Pelbagai Saluran Dilancarkan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal RAKITA: Jenama Media Inforia Pelbagai Saluran Dilancarkan

Trending

RAKITA: Jenama Media Inforia Pelbagai Saluran Dilancarkan

Sebuah platform media penyiaran baru RAKITA telah dilancarkan pada 8 Januari 2019 lalu bertempat di Menara OBYU. Walaubagaimanapun, RAKITA bukan sekadar sebuah stesen penyiaran radio bahkan ianya merupakan multi-channel infotainment pertama yang menyampaikan dan menghiburkan audiens dengan kandungan pelbagai genre terkini yang segar, original, dan sahih. RAKITA menampilkan 4 buah saluran informasi melalui RAKITA WATCH, RAKITA 107.9FM, RAKITA GO dan RAKITA XR yang merupakan kaedah paling menarik masa kini untuk menjangkau audiens di saluran mereka. Golongan sasaran adalah merangkumi pelajar sekolah kepada golongan muda yang bekerja berusia 15 hingga 29 tahun.


Dengan menggunakan pelbagai saluran yang merangkumi digital, radio, onground dan realiti berperanta (augmented reality), RAKITA bermatlamat untuk menghubungkan penonton mereka dengan menghasilkan dan mengendalikan kandungan sebenar dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan. Platform RAKITA akan memastikan mereka sentiasa berhubung dengan audiens menerusi berita dan peristiwa terkini, muzik, gaya hidup dan hiburan.


RAKITA ditunjangi oleh sebuah pasukan kerja yang kuat terdiri daripada nama-nama terkemuka daripada industri penyiaran seperti DJ Skeletor (Head of Operations, RAKITA.), Norra Ismail (Head of Business Development & Sales, RAKITA) dan Priscilla Patrick (Head of Traffic & News, RAKITA 107.9FM), disokong oleh ahli pasukan lain yang turut mempunyai pengalaman luas dalam industri media dan hiburan serta daripada sektor korporat.

"Kami sangat teruja untuk melancarkan jenama RAKITA dengan pelbagai salurannya hari ini. Ini adalah penanda aras seterusnya untuk inovasi dan pertumbuhan dalam industri dan kami teruja untuk melancarkan aset-aset ini sekarang. Kami percaya bahawa gabungan empat saluran berbeza dibawah satu jenama akan meningkatkan keterlibatan dan mendorong penghasilan kandungan lebih relevan yang akan merangsang pertumbuhan positif dalam industri," kata Kevin Isitor, Ketua Operasi, RAKITA.

Tunjang utama RAKITA bersama duta jenama mereka

Mengenai RAKITA
RAKITA adalah jenama media maklumat hibur (infotainment) pertama yang memaklumkan dan menghiburkan audiens dengan kandungan pelbagai genre terkini melalui platform pelbagai saluran yang paling menarik. Jenama ini secara aktif mencari, menghasilkan, membentuk dan mengendalikan kandungan interaktif segar yang menghubungkan dan merangsang deria penontonnya melalui 4 saluran informasi berikut:

RAKITA WATCH|Platform kandungan digital ini akan membincangkan isu sosial dan budaya pop. Tiada had untuk topik perbincangan dengan mengekalkan kesahihan informasi. Orang ramai boleh mengakses kandungan terkini di RAKITA WATCH 24/7 secara online.


RAKITA 107.9FM|Memainkan muzik yang segar dengan gabungan artis tempatan dan bintang antarabangsa melalui Hit 40 terbaik sepanjang hari. RAKITA 107.9FM menampilkan kekuatan barisan muda, bergaya dan berpengaruh dalam media digital sebagai duta jenama RAKITA (brand ambassador) iaitu Anas Ridzuan, Amirul Agam, Aqilah Azali, Nadya Syahera, Atoi Tohet, Zooey Teo dan Akmal Yusof. Mereka akan membawa kandungan yang menyeronokkan, segar, berinformasi dan menghiburkan melalui empat segmen utama iaitu Pagi-pagi RAKITA, Pagi RAKITA, Petang RAKITA dan Malam RAKITA. Duta RAKITA bukan hanya memeriahkan bahkan mereka mencipta kandungan yang menghiburkan dan bermaklumat agar sentiasa kekal sahih dan LIT! selari dengan tema mereka #MEMANGLIT.

Duta segmen RAKITA 107.9FM

RAKITA GO|Peminat akan melihat kereta RAKITA GO di seluruh Lembah Klang dengan menyediakan pelbagai barangan dan aktiviti menarik untuk anda. Bersiap sedia dengan peluang untuk menyertai dan memenangi hadiah menarik.

RAKITA XR|Mengubah cara anda melihat dan melibatkan diri dengan kandungan melalui pandangan digital RAKITA. Mereka mengetepikan batasan kreativiti dan maklumat hibur untuk memastikan audiens terhibur bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

RAKITA XR adalah merupakan kaedah interaksi terkini dimana audiens dapat melihat, mendengar dan merasai kandungan dengan cara yang baru. Penonton boleh menikmati suatu pengalaman yang berbeza ketika mengakses maklumat dan kandungan. Ianya memang sangat menarik. Untuk merasai sendiri pengalaman digital RAKITA XR, audiens boleh memuat turun aplikasi RAKITA XR di Google Play dan AppStore dan halakan telefon bimbit ke realiti berperanta untuk mengakses maklumat. Untuk memahami apa RAKITA XR boleh tonton video berikut.


Selain daripada 4 saluran media tadi, RAKITA juga dilengkapi dengan Krew Trafik dan Berita RAKITA. Pasukan ini akan memberi informasi situasi lalulintas semasa untuk 7 hari seminggu yang diketuai oleh Priscilla Patrick, personaliti trafik Malaysia. Mereka akan membawakan audiens berita terkini dari seluruh dunia ke udara dan dalam talian menerusi platform RAKITA.


RAKITA telah bersiaran bermula 8 Januari lalu dan anda semua boleh layari laman sosial berikut & mendengar mereka di frekuensi 107.9FM. #MEMANGLIT


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post