Hi Korang! Sekarang ni Kak Bell sedikit stress dengan macam-macam hal. Termasuklah hal dengan anak bulus ni. Sebelum Dexter mati tempohari sempat dia buntingkan 3 ekor kucing kat rumah ni iaitu Cik Lucy, Combi dan Cik Hitam. Kisahnya, Combi dan Cik Hitam pertama kali bunting dan Cik Lucy dah kali ke-3. Untuk Combi walaupun kali pertama, dia tak ada banyak masalah. Sampaikan Kak Bell tak larat menunggu sampai jam 7 pagi dia masih belum beranak. Lepas terlelap sekejap tengok dia dah selesai beranak. Cuma pada kali ni nak kongsikan tentang Cik Hitam yang pertama kali bunting. Sebelum ni juga kak Bell ada kongsikan tentang Cik Lucy yang susah beranak semasa kali pertama dia bunting. Kalau nak re-cap, boleh lah baca kat sini > DISTOKIA : MASALAH KUCING BERANAK.
Si Hitam ni merupakan anak 1st batch Muezza, kucing pertama yang Kak Bell bela, adik beradik dengan Cik Putih. Sepanjang yang lain-lain bunting, Cik Hitam ni sampai 3 tahun pun dia masih belum bunting. Masing-masing tak taste gamaknya walaupun dia ni comel juga. Sampailah si Dexter buntingkan dia. Arwah dah si Dexter, sedih Kak Bell. Mungkin kucing hitam dengan kucing hitam tak ngam agaknya walaupun memasing bukan main berenang-renang kalau tengah merenyam! Si Sky dulu pun memang tak layan ye kalau betina tu warna Hitam. Iyelah karang semua anak sepesen je kaler. Puas pulak nak kenal.
Disebabkan Cik Hitam ni tak pernah mengandung, jadi dia ni memang selalu akan nursing anak-anak kucing lain. Biasanya setiap batch memang akan adalah seekor dia akan jaga dengan baik. Sampaikan dia tak ada susu pun, tetap budak tu menetek dekat dia. Everything goes well sampailah saat dia mengandung.
Sebelum ni Kak Bell ada cerita tentang kucing kat rumah ni yang asyik berentam tak ngam masing-masing. Baik si Muezza, Sky dan Lucy semuanya ada angin. Tapi yang selalu jadi mangsa si arwah Dexter dan Muezza. Pada mulanya tak tahu punca pergaduhan tu sebenarnya datang dari Cik Hitam yang tengah bunting. Kak Bell balik kerja dalam jam 1 pagi, tengok rumah bersepah dengan tahi kucing merata-rata, bau semerbak satu rumah, Si Sky badan terkena minyak dan Lucy pulak kotor busuk sebab dah terberak-berak. Rupa-rupanya dikerjakan dengan Si Hitam. Tak tahulah si Hitam ni meroyan entah sebab apa. Bayangkan si Sky yang jantan besar tu pun kalah dengan dia ye. Gigihlah Kak Bell mencuci rumah sampai subuh. Seriously macam nak pengsan haritu.
Bila dikaji, rupanya si Hitam ni meroyan sangat nak jadi ibu kucing dan nak curi anaknya si Combi. Selalunya ibu kucing yang tak nak jaga anak dia, mungkin disebabkan kucing terlalu muda bila bunting atau dbuntingkan dengan jantan yang dia tak suka. Take note ye, kucing pun pandai memilih. Btw, untuk kes Kak Bell ni lain, semua ibu kucing ni memang protective dan jaga anak-anak dorang. Tak adalah yang tak nak jaga anak dorang. Disebabkan nak elak bergaduh, Kak Bell terpaksalah kurungkan si Hitam dari berkeliaran membahan kucing lain. Then, Cik Hitam ni boleh mengamuk bila Kak Bell cagekan dia. Habis litter box dia terbalikkan! Kak Bell pun stress pikir apalah yang budak sekor ni nak. Nampak dia terpanggil-panggil anak Combi, tapi bebudak ni mestilah ada dekat mak dorang. Lepas Kak Bell masukkan anak Combi dengan dia barulah dia diam dan behave. Masalahnnya, budak tu masih menyusu dan perlukan ibu dia untuk menetek. Bila Kak Bell keluarkan baby tu mulalah dia mengamuk semula. Pelik sungguhlah perangai budak yang sorang ni.
Ni dah 2,3 kali kemas. Stress di buatnya!
Rupa-rupanya Si Hitam ni nak sangat jadi ibu sebab dia dah lama sangat tunggu baru dapat mengandung. Dari pembacaan Kak Bell, memang ada kes kucing yang tengah mengandung akan 'mencuri' anak kucing kakak atau adik dia sendiri sebelum melahirkan anak. Mungkin dia dah tak sabar sangat nak jadi ibu dan nak adopt kitty ni. Masa ni memang Cik Hitam sangatlah aggresive, sampaikan Kak Bell pun habis kena gigit dan dicakarnya kalau ada yang tak kena. Walhal dia belum beranak lagi, dah kidnap anak orang. hehe.
Selesai masalah lepas culik anak orang!
Then si Hitam ni beranak masa kat Bell ada kat opis. Balik rumah malam hari tengok dia sedang beranak dalam cage sampai anak dia sekor dah mati dan sekor lagi yang belum dibersihkan (masih ada uri). Kak Bell pun asingkan dalam kotak, dan ajar dia suruh jilat anak dia dan bersihkan uri. Masa ni memang mencabar sangat sebab sedang nak beranak tu, dia masih menyibuk nak keluar-masuk kotak sebab nakkan anak si Combi. Sakit betul hati masa tu. Memang masa tu hilang sabar sampai kena la beduk jugak dengan Kak Bell! Terpaksalah menunggu dia tepi kotak sepanjang masa, kalau tak dia akan keluar kotak cari anak Combi! Dari 4 ekor anak dia, 2 ekor je yang survive. Itu pun puas letak anak dia bagi menyusu.
Selepas kejadian tu, memang semua kucing kat rumah ni kena rotate masuk dalam cage. Kalau tak memang akan berlaku lagi perang. Walaupun keadaan dah aman tapi memang tak berani dah temukan dorang ni. Kalau dalam cage mereka akan behave sebab tahu dorang selamat dalam kawasan dorang. So, situasi kucing lain jadi mak angkat kepada anak kucing lain memang ada, bahkan ada yang 'kidnap' sebab anggap kitty tu adalah anak dia dan mungkin naluri keibuaan dia sangat kuat. Ni berdasarkan pengalaman Kak Bell sendiri lah. Korang ada pengalaman macam ni tak? Bila dah kucing jagaan stress, kita sendiri pun naik stress juga. So, cubalah untuk selalu membahagiakan binatang kesayangan anda di rumah. Next Kak Bell cerita pasal Lcy dan Combi beranak pula ya. Nite2.
Tags:
My Pet