#ATASBIGJANSHOW Pembuka Tirai Kalender Muzik Tempatan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal #ATASBIGJANSHOW Pembuka Tirai Kalender Muzik Tempatan

Trending

#ATASBIGJANSHOW Pembuka Tirai Kalender Muzik Tempatan

Tahun 2019 ini memang ramai artis tanah air kembali aktif untuk adakan konsert. Sebagai sepak mula bagi kalendar muzik tempatan tahun ini, #ATASBIGJANSHOW dianjurkan oleh BijanFX Productions akan berlangsung di Bentley Music Auditorium, pada 26 Januari 2019 yang akan datang. Idea asal #ATASBIGJANSHOW ini adalah untuk mempromosikan dan meraikan 10 artis yang baru meriliskan album pada tahun 2018 dan 2019.


“Idea asal #ATASBIGJANSHOW ini adalah untuk mempromosikan lagi rilisan-rilisan tempatan. Banyak wang, masa dan tenaga dicurahkan utk pembikinan EP serta Album tetapi kurang mendapat perhatian berbanding dengan melancarkan single sahaja. Kita nak kembali menggalakkan pendengar membeli album dan dalam masa yang sama untuk band untuk mengeluarkan album”, ujar Najib selaku penganjur.


Seven Collar T-Shirt merupakan salah satu tarikan utama bagi konsert ini. Mereka baru sahaja melancarkan album ke-4 mereka yang bertajuk “MURDER” pada bulan lepas dan konsert ini merupakan persembahan konsert pertama mereka setelah hampir setahun kerana sibuk menyiapkan album tersebut. Juga bakal menjadi tumpuan utama juga adalah Iqbal M. Band yang bernaung di bawah Luncai Emas Sdn Bhd ini bakal melancarkan album sulung mereka pada bulan Febuari 2019 tetapi akan mencetak album khas mereka (terhad) untuk dijual pada hari konsert ini nanti.


Konsert ini disokong padu oleh VANS and HAUSBOOM. Turut berkolaborasi bagi menganjurkan konsert ini adalah TAPAUtv (Media Partner) dan Fork & Spoon Entertainment (ProductionPartner). Barisan artis lain yang turut akan membuat persembahan nanti terdiri dari The Venopian Solitude, The Fatalis, Hacktick, StrikeOut, Cora, Leaism, Budak Nakal Hujung Simpang dan TIM. Peminat juga boleh layari laman sosial rasmi artis yang membuat persembahan nanti seperti berikut : @iqbalm.rasmi, @thevenopiansolitude, @hacktick, @tim_melodicpunk, @leaism, @thefatalis, @coraband, @strikeoutband, @budaknakalhujungsimpang & @sevencollartshirt



“Kadang kala band/audiens pergi menonton persembahan tetapi tidak merasa puas kerana artis kegemaran hanya bermain dan membuat persembahan dalam durasi 20 minit sahaja. Slot yang pendek, band terbabit tidak dapat melakukan persembahan dan mempromosikan lagu-lagu lain dalam album. Melalui #ATASBIGJANSHOW ini, kami memang mahu menggalakkan band all out untuk bermain dalam set yang mereka idamkan selama ini. Team Sound & Lights akan cuba sehabis baik untuk pastikan semua orang samada band/audiens balik dengan rasa puas hati”, ujar Najib lagi.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan sendiri potensi muzik industri yang kaya dengan pelbagai genre ini bolehlah dapatkan tiket di venue pada hari konsert dengan harga RM 50. Untuk infomasi lain & terkini berkenaan konsert ini sila ikuti laman media social @TAPAUtv dan @atas_bybijanfx


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post