Asma Pada Kucing (Feline Asthma), Berapa Harga Xray Kucing? | Hi
Korang! Pada minggu lepas 23hb Januari, Kak Bell pergi ke klinik Veterinar
Bangsar untuk dapatkan ubat asma Cik Putih. Sebelum ni Kak Bell ada kongsi
pasal Cik Putih kena asma. Btw, diagnosis tu dibuat tanpa pengesahan
melalui proses X-ray (radiografi) dan cuma buat check-up biasa dan Cik
Putih makan ubat yang diberi. Jadi, harini Kak Bell nak cerita tentang
susulan penyakit asma Cik Putih. Kalau nak baca episod lepas, korang boleh
baca kat sini >
Kucing Pun Ada Penyakit Asma?
Cik Putih mula sakit dan mula mendapat rawatan sejak pertengahan 2018.
Dia mula dengan
simptom
batuk berterusan, wheezing dan kesukaran bernafas, tak ada selsema
cuma hidung berair (kadang-kadang). Dalam tempoh tu, dah pergi rujuk
klinik haiwan untuk ubatan sebanyak 3 kali tanpa buat XRay. Ubatan yang
diberi ialah Anti-inflamatori dan 1 lagi jenis ubat (Kak Bell lupa
namanya). Kali terakhir berkunjung ke Vet Bangsar adalah pada Ogos 2018
dan bekalan ubat tahan sampai bulan Jan. So, dalam tempoh masa lebih
kurang 6 bulan tu, kondisi Cik Putih ok dan jika ada sakit baru Kak Bell
beri ubat tersebut sampailah stok ubat habis. Kiranya sakit dia tu on-off
lah. Masa memula pergi, Kak Bell singgah Vet untuk beli ubat ubat asma
dia, tetapi Vet minta bawa Si Putih untuk pemeriksaan. Untuk peringatan
korang, kalau haiwan kesayangan ada masalah, sakit, tak kiralah sakit yang
berulang, kes kecik atau besar,
mesti nak kena bawa kucing sekali untuk check-up. Because
evaluation mesti nak kena buat sebelum doktor preskripsi ubat.
Then, Kak Bell datang semula ke klinik vet untuk pemeriksaan Cik Putih.
Time tu dia ada sedikit demam dan vet beritahu tak boleh nak bagi steroid
(ubat sebelum ni) sebab akan effect meow. Untuk rawatan kucing tersebut,
ubat ubat yang Vet bekalkan seperti multivitamin, ubat batuk dan bronchodilators (Neulin SR125)
untuk 5 hari. Vet nak pastikan Cik Putih sihat dahulu dari demam sebelum
proceed untuk ubat steroid. Sepanjang 5 hari tu, hari-hari Cik Putih akan
batuk-makan ubat-ok dan memang Kak Bell bagi ubatan dan multivitamin
setiap hari seperti diarahkan. Btw, untuk hari ke-5 dah makan ubat masih
tak ok dan nampak sakitnya agak teruk.
Kisahnya, semalam 29/1/2019. Sampai rumah lepas kerja dalam jam 7.30
malam dan nampak Cik Putih batuk dan wheezing. Kiranya hari ini hari last
lah ubat yang vet bagi. Kak Bell bagi ubat dan lepas 30 minit CIk Putih
masih tak ok dan jadi lebih teruk. Kak Bell dah mula risau sebab nampak
dada dia berombak sampaikan dah terbaring susah nak bernafas. Nak bawa ke
vet dah tentu semua klinik vet dah tutup dan pilihan terakhir adalah
dapatkan rawatan ke klinik vet 24-jam. Dahla hujung bulan dan kalau pergi
vet 24-jam sah-sahlah harganya akan mahal dari harga biasa atau dari
klinik veterinar kerajaan. Bila teringat Dexter yang tak sempat pergi vet
tempohari buat Kak Bell trauma, so terus google vet-24 jam, minta bantuan
dan pendapat kawan-kawan yang ada bela meow.
So sad!
First Kak Bell consult Gasing Veterinary Clinic but masa tu memamg dah
hampir jam 8.30PM dan waktu klinik tu tutup. Nak bawa ke Jalan Tun Razak,
agak jauh dan memandangkan jalan sangatlah sesak sebab hujan. Nak
dibiarkan memang tak sampai hati. Cuba kalau manusia yang kena asma pun
dah susah nak bernafas, apatah lagi kucing yang tak boleh bercakap dan
buat apa-apa kan. Then Kak Bell usaha lagi cari contact if ada vet-24 jam
atau in house doc yang boleh bagi rawatan. Akhirnya alhamdulillah dapat
call vet untuk bawa si Putih dengan bantuan Kak Hui Lee. Lepas deal,
kemudian sorang lagi rakan blogger, Kak Hanny Abdullah informed yang kawan
dia Jann Govin dah contact vet Gasing dan suruh bawa Cik Putih terus ke
sana. Disebabkan faktor masa, Kak Bell batalkan temujanji dengan Vet awal
tadi dan terus ke Hospital Veterinar Gasing.
Berapa Harga Xray Kucing?
Berapa Harga Xray Kucing? | Kak Bell sampai Gasing Vet kurang 15 minit,
nasib baiklah jalan dah tak jammed. Lepas bincang dengan veterinar
bertugas, Kak Bell decide untuk proceed dengan buat XRay. Menurut doktor
haiwan, terdapat 2 kemungkinan Cik Putih sakit Feline Asthma atau Cat
Pneumonia (keradangan paru-paru kucing). Jadi, memang perlu buat
radiografi untuk sahkan penyakit dia. Then, proceed terus dengan X-ray
sebab kalau kena radang paru-paru, kesemua kucing di rumah pasti akan
berjangkit juga. This is bad kalau kena Pneumonia. Harga Xray kucing untuk
radiography first shot adalah RM90 dan yang seterusnya/subsequent adalah
RM35.
After X-ray dan ujian darah, vet cakap Cik Putih kena Feline Asthma.
Korang boleh tengok perbezaan x-ray dada kucing yang ada asma akan nampak
bronchiol pattern, nampak berselirat alveolus paru-paru meow. Kalau normal
akan nampak hitam je, tak ada urat-urat halus warna putih tu.
Normal (sumber Google)
Untuk blood test, nampak bacaan White Blood Cell (WBC) dan bacaan Platlet
darah tak normal. Kalau sakit, memang bacaaan platlet akan tinggi lah
sebab nak lawan bakteria.
Banyak lagi info yang diberikan oleh vet, tapi nak terangkan pun Kak Bell
takut salah sampaikan pula. Selepas rawatan, Cik Putih diberikan suntikan.
Untuk suntikan tu, Kak Bell kena monitor sehingga esoknya dan tengok Cik
Putih ok atau tidak dengan ubat tadi. Jika ok, Kak Bell akan teruskan
dengan ubat asma Prednisolone seperti arahan doktor. Ubatan yang
dibekalkan ialah Baytril 50MG, Prednisolone 5MG dan Theolin 200MG. Semua
ubat asma ye. Tak pastilah samaada ubat asma untuk haiwan sama dengan ubat
manusia sebab nama ubatnya sama. Kak Bell tulis siap-siap supaya esok-esok
senang nak rujuk nama ubat. Hehe. Kos rawatan bergantung pada klinik mana
korang rujuk dan anggaran kos dalam RM370.
Lepas rawatan, nampak Cik Putih dah pulih. So, malam tadi dia tidur
sekali lah sebab just nak monitor keadaan dia walaupun mungkin Kak Bell
akan tertidur mampus terus tak sedar kan. Tapi selalunya, mesti akan
terjagalah. Kesiannya tengok dia kan. Yang penting dah selamat. Lega sikit
hati.
Sampai waktu ni, Kak Bell dah balik kerja, keadaan Cik Putih stabil dan
normal. Alhamdulillah sangat. Proceed untuk bagi ubat macam biasa ajelah.
Semalam sampai jam 12AM jugalah baru sampai ke rumah sebab hujan sangat
lebat. Terima kasih atas bantuan Kak Hui Lee, Kak Hanny, Jann Govin dan
juga Alista Pet Shop semalam. Kak Bell hargai bantuan anda semua. Kak Bell
nak bagi dia makan ubat sekarang. Muahhhh.