Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers 2018 di Suria KLCC - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers 2018 di Suria KLCC

Trending

Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers 2018 di Suria KLCC

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja sudah sampai ke penghujung tahun. Semua maklum jika di hujung tahun cuti persekolahan pun turut bermula selain tawaran promosi membeli-belah seluruh negara! Menariknya musim perayaan Krismas juga tidak lama lagi menjengah tiba. Setiap kali ketibaan perayaan besar di Malaysia, tentunya pusat membeli-belah terkemuka di seluruh negara mempamerkan semangat perayaan yang erat melalui tema dan dekorasi indah sempena menyambut kedatangan musim perayaan. Kak Bell juga seronok berkunjung ke pusat membeli belah di ibu negara untuk melihat pelbagai idea dekorasi yang berbeza dan menarik yang ditampilkan.


Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers
Berkesempatan ke pusat membeli belah Suria KLCC baru-baru ini, ruang legar utama Suria KLCC berubah menjadi sebuah pekan flora poinsettia, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni berserta perhiasan kristal dan pokok krismas bersempena kedatangan perayaan Krismas 25 Disember ini. Tahun ini, Suria KLCC menampilkan tema Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers dimana pekan kecil ini dijaga dijaga rapi oleh tentera Nutcracker berwarna-warni. Kempen perayaan ini telah bermula dari 23 November hingga 25 Disember 2018 buat pengunjung pusat membeli belah terkemuka ini.


Ruang legar pekan flora poinsettia

Perhiasan Krismas tahun ini

Pokok Krismas Tertinggi Di Malaysia
Pengunjung ruang legar di bahagian taman pusat beli-belah Suria KLCC tentunya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di pokok Krismas gergasi berketinggian 100 kaki yang berlatarkan Menara Berkembar Petronas. Suria KLCC masih kekal memegang rekod untuk “The Tallest Christmas Tree in Malaysia” disahkan oleh Malaysia Book of Records yang sejak tahun 2015. Tahun ini pokok Krismas gergasi di kawasan Esplanade KLCC ini dijaga oleh 2 tentera Nutcracker gergasi disamping beberapa tentera Nutcracker lain yang berada di pintu utama bagi menyambut pengunjung yang hadir ke Suria KLCC. Kesemua dekorasi tersebut akan akan dipamerkan sehingga 2 Januari 2018.

Twinkle twinkle, little star. Christmas tree lights are my favorite

Jom lihat di antara spot menarik untuk anda abadikan momen indah kemeriahan Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers di Suria KLCC tahun ini. 





Tentera nutcrackers yang menjaga pintu masuk esplanede KLCC


Jadual Persembahan Christmas Special (24 Nov – 25 Dec 2018)
Bersempena musim perayaan Krismas di Suria KLCC, pelbagai aktiviti menyeronokkan dan persembahan akan diadakan sepanjang tempoh sambutan. Para pengunjung boleh menikmati persembahan balet, marching band dan juga Christmas carolling. Kemeriahan Krismas pastinya tidak lengkap tanpa kehadiran Santa. Buat kanak-kanak mereka akan  berpeluang untuk bertemu Santa di sesi meet & greet di ruang legar utama KLCC. Paling menarik, Santa juga akan turut memberikan lolipop untuk kanak-kanak pada sesi tersebut.


Untuk jadual persembahan sepanjang tempoh kempen anda boleh rujuk di > http://bit.ly/WhimsicalChristmasPerformances

Kempen Amal Bersama Hospis Malaysia
Seperti kebiasaannya, Suria KLCC tidak lupa menghulurkan bantuan dan berkongsi kegembiraan bersama golongan yang memerlukan. Bersempena Kempan Whimsical Christmas ini, pihak Suria KLCC berkerjasama dengan Hospis Malaysia melalui kempen yang dinamakan ‘Speak Up – There’s an Elephant in the Room’. Kempen 'Speak Up' ini adalah bertujuan memberi inspirasi dan bantuan khidmat nasihat kepada pesakit (life-limiting illness) dan ahli keluarga pesakit untuk berkongsi pengalaman dan paling penting berkongsi penderitaan bagi meringankan beban dan meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit yang menghadapinya. Kempen ini bermula pada 9 Disember 2018.


Selain itu, pengunjung juga boleh memilih untuk menyumbang RM15 melalui penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti melukis muka dan lengan. Aktiviti untuk kanak-kanak ini akan diadakan di Tingkat 3, berhadapan kedai Puma dan pintu masuk Isetan pada tarikh 9, 16, 22 & 23 Disember 2018. Kempen ini menyasarkan untuk mengutip RM10,000 jumlah derma melalui derma secara terus dari para pengunjung bermula dari 23 November- 2 Januari 2019.


Membeli Belah Dan Tebus Ganjaran
Untuk tahun ini, Suria KLCC ditaja oleh Citibank dan De Beers untuk pengunjung menebus ganjaran eksklusif keatas setiap pembelian.

  • Pemegang kad VISA Citibank yang berbelanja minimum RM 1,000 dalam satu resit akan menerima hadiah misteri dan flat rate tiket parkir kereta Suria KLCC bernilai RM10. Ganjaran ini adalah untuk setiap hari bagi 30 pelanggan pertama pemegang kad VISA Citibank.
  • Manakala untuk pembelian sebanyak RM 3500 dan ke atas dalam maksimum dua resit pada hujung minggu, pembeli akan menerima set hadiah khas L’Occitane. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sahaja dan penebusan adalah terhad kepada 60 pembeli sahaja pada hari Jumaat dan 40 pembeli pada hujung minggu Sabtu dan Ahad.
  • Bagi pelanggan bukan pemegang kad kredit Citibank juga tidak ketinggalan untuk menerima hadiah dari L’Occitane kepada 30 pelanggan pertama yang membelanjakan RM3,500 ke atas dalam satu resit pada hujung minggu Sabtu dan Ahad.


Paling menarik, 5 pemenang bertuah yang berbelanja di Suria KLCC akan dipilih untuk memenangi barang kemas dari De Beers apabila mereka membelanjakan RM3,500 ke atas pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad. Peraduan ini terbuka kepada pemegang kad Citibank Visa dan pelanggan bukan Citibank dan tertakluk terma & syarat. Maklumat lanjut boleh di dapati di > http://bit.ly/WhimsicalChristmas2018


Jom memeriahkan perayaan krismas anda dengan Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers di Suria KLCC. 



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post