Buat peminat Dato Sri Siti Nurhaliza pastinya merindui kemunculan beliau aktif semula di pentas konsert. Setelah 14 tahun, penyanyi tersohor negara ini akan kembali beraksi di beberapa buah negara termasuk kota London sempena dengan konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour pada tahun hadapan.
Sepanjang 20 tahun karier beliau dalam bidang seni suara, konsert ini bakal menjadi konsert jelajah terbesar dan termahal pernah dianjurkan. Berita gembira ini diumumkan penganjur konsert, Shiraz Project Sdn Bhd pada sidang media, hari ini. Dato Sri Siti Nurhaliza menyatakan bahawa adalah menjadi sesuatu yang penting buat dirinya untuk membina legasi karier yang tak mungkin dilupakan dan juga buat industri muzik Malaysia. Konsert berjudul "Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour" ini akan membawa khalayak bernostalgia dengan satu demi satu lagu hits yang pernah dihasilkan beliau.
Memilih lokasi Royal Albert Hall, London adalah di antara empat lokasi persembahan konsert Siti selain lokasi pertama konsert bermula di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari 2019 dan lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019. Manakala peminat di Malaysia boleh menyaksikan konsert ini di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 dengan kapasiti 10,000 penonton. Konsert jelajah yang dianjurkan Shiraz Project Sdn Bhd ini merupakan konsert jelajah berterusan selama 2 tahun.
Untuk rekod, Siti sudah pun melaksanakan lebih 50 buah konsert solo dan telah menghasilkan 25 buah album sepanjang lebih 20 tahun dalam industri. Masih teringat lagi kejayaan konsert konsert Siti Nurhaliza Live In Royal Albert Hall pada 1 April 2005 dan sudah pasti konsert jelajah kali ini akan lebih hebat dan amat dinantikan.
Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour
Konsert selama 2 jam hingga 2 jam 30 minit ini nanti akan menampilkan 4 segmen iaitu Etnik/Tradisonal, Balada, Carta Unggul dan segmen Unplugged dengan menampilkan lebih dari 24 buah lagu popular beliau. Semua muzik akan dihasilkan dan digubah semula oleh pengarah muzik, Aubrey Suwito bersama band All-Star. Paling menarik, pemuzik yang bakal mengiringi jelajah muzik ini terdiri daripada pemuzik terkenal New York selain pemuzik tempatan yang telah pun bersama Siti sejak mula perjalanan kariernya. Untuk persediaan konsert ini, Siti akan dibantu oleh vocal coach, Steffani Fisher dari US yang pernah menjadi voice coach untuk Alicia Keys.
Dato Sri Siti Nurhaliza, Shirazdeen Karim, Executive Producer Shiraz Projects Sdn. Bhd.
Konsert ini juga akan mengundang penyanyi Indonesia, Tulus menjadi artis jemputan yang bakal membawakan lagu-lagu hit Siti dan berkemungkinan penonton juga bakal menyaksikan persembahan lagu duet bersama Siti sebelum lagu itu dilancarkan. Siti juga berhasrat untuk membawakan lagu berentak jazz dan R&B yang belum pernah dihasilkan olehnya. Sebagai buah tangan buat peminat Dato Sri Siti Nurhaliza, sebuah filem dokumentari mengisahkan perjalanan belakang tabir sepanjang konsert jelajah ini berlangsung bertajuk They Call Me Siti bakal dilancarkan di layar lebar pada penghujung 2019.
Konsert jelajah termahal ini mencecah kos RM10 juta dan pihak penganjur, Shiraz Projects Sdn. Bhd. terbuka untuk menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk konsert yang bakal dilangsungkan di London pada 22 April 2019 kelak.
Kepada peminat setia Siti Nurhaliza yang ingin menonton konsert penyanyi kesayangan Malaysia ini boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (Meet & Greet) menerusi www.mytickets.asia bermula 26 Disember ini. Untuk tiket Meet & Greet sehari selepas konsert, pakej termasuk tiket konsert, t-shirt percuma, CD dan minuman di sesi Meet & Greet. Jangan ketinggalan merebut peluang mendekati Siti di sesi ini nanti. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman berikut.
http://www.mytickets.asia/
http://www.shirazproject.com/
Hotline: 0386050196, 0123695457
#SitiNurhalizaOnTour
Khas buat peminat Dato Sri Siti Nurhaliza dan pembaca blog Kak Bell. xoxox
Tags:
Aubrey Suwito
Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour
Hiburan
Royal Albert Hall
Shiraz Project Sdn Bhd
Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall
Steffani Fisher
Tulus