Buat Teknik Balayage di Heka Salon, Berdekatan A Saloon Nu Sentral - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Buat Teknik Balayage di Heka Salon, Berdekatan A Saloon Nu Sentral

Trending

Buat Teknik Balayage di Heka Salon, Berdekatan A Saloon Nu Sentral

Buat Teknik Balayage di Heka Salon, Berdekatan A Saloon Nu Sentral | Can a haircut change your life? Bunyinya memang karut memotong rambut sebab nak get rid of bad luck or negative energy. Tapi kalau difikirkan ada juga betulnya. Making a positive change in your physical appearance is going to give you a fresh look. It's all about you to feel new and to feel better. Kadangkala bila menghadapi tekanan, we tend to follow our fool instinct, bad obsession. So, apa yang selalu Kak Bell buat, get my hair cut and change my hairstyle. Bukannya apa, just nak happy kan diri sendiri. Don't you agree?


Sebenarnya sudah lama teringin nak warnakan rambut dengan warna yang agak ekstrim. Tetapi takut juga akan nampak terlalu mencolok mata! Before this, I've tried curling my hair and now I decided to try balayage technic for my hair. Kalau korang nak tahu, teknik pewarnaan rambut Balayage semakin menjadi trend masa kini selain teknik pewarnaan Ombre. Dahulunya kita lebih biasa dengan kaedah 'highlight' tetapi sekarang teknik Balayage ni memang sangat popular. Kenapa popular? Jom baca terus.


Untuk menata rambut, Kak Bell memang akan sentiasa kunjungi Heka Hair Salon yang terletak di NU Sentral (berdekatan/depan A Saloon Nu Sentral). Kak Bell lebih suka berkunjung ke salon yang sudah biasa dikunjungi selain menggunakan khidmat jururambut yang sama sebab kadangkala hasil sesetengah tangan tidak menepati citarasa. Jadi, harini Kak Bell buat Ash Grey Balayage di Heka Hair Salon.

Lisa Nadia, Branch Manager Heka Salon yang menata rambut Kak Bell harini. Thanks!

Untuk mendapatkan hasil yang cantik, proses bleaching perlu dilakukan agar warna rambut lebih nampak. Disebabkan rambut Kak Bell curl dan berwarna, proses bleaching ni memang akan rosakkan struktur rambut. Digalakkan buat masa rambut dalam keadaan sihat.


Apa Itu Balayage?

Apa Itu Balayage? | Balayage ini adalah teknik untuk memberi highlight dengan efek lebih volume dengan hasil akhir yang lebih natural dan lembut berbanding teknik Ombre. Actually kedua-dua teknik ini tidak terlalu berbeza. Cuma berbeza tipis untuk hasil akhir selepas pewarnaan rambut. Teknik balayage sesuai digunakan untuk segala jenis rambut dan beberapa warna boleh diaplikasi. Nak buat warna rambut macam pelangi boleh, nak buat macam warna hijau mermaid pun boleh. Teknik balayage akan membuat warna utama lebih dominan, sementara warna highlight balayage lebih lembut. Teknik ini juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan pewarnaan biasa.

Warna rambut sebelum dan selepas



Warna yang Kak Bell gunakan ialah Loreal Color Code 71 (grey) dan beberapa warna campuran biru dan hijau. Hasilnya memang nampak lebih kepada warna grey. So amacam, cocok tak warna ash grey balayage ni dengan Kak Bell?



Bagi yang nak dapatkan perkhidmatan rambut bolehlah datang ke Heka Salon. Memang seronok datang ke sini sebab hair dresser mereka yang peramah dan berkebolehan. Servis di sini memang terbaik! Kepada yang stress tu, silalah tukar gaya rambut atau tukar warna rambut. Hehe.

Heka Hair Salon
Lot L3.03, Tingkat 3, Nu Sentral Mall, 
Jalan Tun Sambatan,
50470 Kuala Lumpur.

| FB | IG |


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post